Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Tips Saat Terakhir Mendapatkan Kulit Yang Lebih Anjal, Lembap & Awet Muda Bak Cleopatra Raya Ini!

Bagi para wanita, perkara utama yang sering dititikberatkan (selain kesihatan dalaman) adalah kesihatan kulit yang lembut, anjal, dan muda remaja.

Eh, siapa tak inginkan kulit yang cantik sentiasa, terutamanya semasa musim perayaan ini. 

Lebih-lebih lagi apabila melihat idola-idola kita yang memiliki kulit cantik dan glowing sentiasa. Antara contoh yang sangat terkenal di seantero dunia ialah Cleopatra—ratu mesir yang sangat popular dengan kecantikannya yang memukau dan menjadi idaman ramai wanita (dan lelaki!). 

Ketika hayatnya, ratu Mesir ini dikatakan telah mengamalkan pelbagai rawatan kecantikan yang masih menjadi bualan dan ikutan orang ramai hingga sekarang. 

Antara rutin kecantikan yang diamalkannya adalah penggunaan emas tulen 24 karat, yang bagus dalam merangsang penghasilan kolagen, dan juga campuran susu keldai dengan minyak badam untuk mendapatkan kulit yang lembap, lembut, dan anjal.

Seronoknya kalau boleh dapatkan kulit macam Cleopatra menjelang Aidilfitri ni! Barulah rasa lebih yakin untuk berjumpa dengan ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Jangan risau, masih sempat lagi untuk Mama mencuba rutin penjagaan kulit yang betul bagi mendapatkan kulit yang diidamkan semasa Raya nanti.

Jom cuba tips last-minute ini.

  1. Kurangkan Gula

Bagi mereka yang beragama Islam, gunakan peluang berpuasa di bulan Ramadan untuk menjamah makanan yang sihat semasa berbuka dan hanya minum air kosong atau air suam sahaja. 

Kurangkan gula dalam masakan dan elakkan minuman manis semasa berbuka sehingga sahur.

Pengambilan gula yang banyak akan menyebabkan peningkatan insulin yang dapat menghasilkan enzim yang boleh mengganggu serat kolagen, yang seterusnya mengakibatkan kulit menjadi tidak kuat dan kurang anjal. 

Malah, dengan hanya minum air suam SAHAJA selama dua ke tiga minggu boleh membuatkan kulit kelihatan lebih glowing, lembap, dan tegang. 

  1. Cuba untuk Menguruskan Tekanan Sebaik-baiknya

Dengan keadaan pandemik sekarang yang mengehadkan pergerakan dan aktiviti sosial, ia boleh membawa kepada tekanan dalam kehidupan seharian.

Lebih-lebih lagi apabila telah diputuskan bahawa kita tidak dibenarkan untuk merentas negeri bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama ahli keluarga lain di kampung. 

Kredit: keluarga.my

Sabar dulu Mama, cuba untuk bertenang, dan cari jalan terbaik untuk menguruskan tekanan tersebut. 

Hal ini kerana, apabila kita tertekan atau cemas, badan kita akan menghasilkan hormon cortisol. Hormon ini akan mengaktifkan sifat tindak balas flight or fight (yang sebenarnya bagus untuk diri kita), tetapi, tekanan yang berterusan akan menjadikan tindak balas ini lebih ‘letih’ dan seterusnya mengakibatkan masalah kesihatan yang lain. 

Peningkatan hormon cortisol juga boleh menyebabkan kulit kehilangan seri semula jadi dengan mengurangkan tindak balas kulit untuk mengekalkan kelembapan, dan ini akan mengakibatkan pengeluaran minyak yang berlebihan. 

  1. Penggunaan Ais Kiub Pada Wajah

Paling best

Kredit: haipedia.com

Tip ini merupakan antara tip utama untuk mendapatkan kulit anjal dan baik dalam mengawal kedutan dan tanda-tanda penuaan. Mama hanya perlu ambil beberapa ketul ais kiub dan balutkannya, kemudian Mama boleh tuam, urut, atau menggosok ke atas kulit wajah.  

Dengan meletakkan ais kiub pada wajah, ia dapat membantu melancarkan peredaran darah, menjadikan kulit kelihatan lebih berseri secara semula jadi. Untuk kesan berganda, Mama boleh menggunakan ais kiub buah-buahan atau sayuran seperti tomato dan timun pada wajah anda. 

  1. Penggunaan Produk Penjagaan Kulit Anti-penuaan

Sebenarnya, penggunaan produk penjagaan kulit anti-penuaan yang komprehensif dan berkesan merupakan satu pelaburan yang baik dan sangat disarankan untuk kita mengamalkannya seawal yang mungkin. 

Selain daripada rutin penjagaan kulit yang biasa seperti mencuci muka, penggunaan penyegar, pelembab, dan sunscreen, Mama juga dinasihatkan untuk menggunakan serum anti-penuaan. 

Serum sangat berkesan dalam membantu merawat kulit wajah kerana molekul di dalam serum akan lebih cepat menyerap ke dalam kulit dan melembapkan kulit dengan lebih berkesan.

Sebab itulah serum dikenali sebagai salah satu produk rahsia untuk mengurangkan masalah kulit seperti kulit kusam, tona tidak sekata, garis-garis halus, bahkan jerawat. 

Antara serum anti-penuaan yang bagus dan berkesan untuk dicuba ialah Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate. Yang menariknya, serum ini didatangkan dalam dua varian: satu untuk semua jenis kulit dan lagi satu khas untuk kulit sensitif. 

Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate (All Skin Types)

Serum ini telah terbukti secara klinikal untuk mendapatkan kulit yang lebih anjal, licin, dan awet muda. Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate juga membantu dalam mengurangkan garis halus dan kedutan yang ketara, dan menganjalkan kulit agar kelihatan lebih runcing dan firm

Yang lebih menarik mengenai serum ini ialah, Mama boleh melihat kesannya seawal 7 hari! Bolehlah Mama lebih yakin dengan kecantikan kulit sendiri masa Raya nanti! 

Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate (Sensitive Skin)

Serum anti-penuaan yang sesuai untuk kulit sensitif ini telah diuji secara dermatologi dan diformulasikan dengan hipoalergenik yang memberikan penjagaan kulit yang terbaik dan manfaat awet muda tanpa mengakibatkan iritasi pada kulit. 

Mama juga tidak perlu risau akan tahap kelikatan atau kepekatannya kerana serum ini sangat mudah untuk dioleskan pada wajah, tidak melekat, dan cepat meresap. 

Tambahan pula, ahli Home Tester Club yang diuruskan oleh pihak Nutox telah bersetuju bahawa kulit mereka kelihatan lebih sihat, licin, dan anjal selepas menggunakan Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate, membuatkan mereka ingin mengesyorkan serum anti-penuaan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. 

Serum Yang Kaya Dengan Bahan-bahan Terbaik

Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate mengandungi dua bahan utama yang sangat bagus dalam membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan.

B’Nest Collagen merupakan sejenis nutrien yang diekstrak dari sarang burung, yang membantu dalam meningkatkan tahap keanjalan kulit, sekaligus melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan yang ketara. 

Serum ini juga diformulasikan dengan satu teknologi khas iaitu Actigenic+, yang mengekalkan dan menghasilkan kolagen, elastin dan asid hyaluronik, yang berkesan dalam meningkatkan keanjalan kulit dan pertumbuhan semula sel-sel kulit wajah. 

Eh, nampak muda lah you sekarang! 

Haa, Mama tak suka ke kalau ‘ditegur’ macam ni masa hari Raya nanti? Walaupun Mama mungkin ‘mak muda’ yang berumur awal 20-an, tak salah, dan sebenarnya, sangat disyorkan untuk anda mula menggunakan serum anti-penuaan seperti Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate ini dalam rutin penjagaan wajah anda. 

Jom dapatkan kulit anjal, licin, lembap, dan awet muda Raya ini dengan Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate. Anda boleh mendapatkan serum ini di rangkaian farmasi utama seperti Watsons dan Guardian, atau dapatkan secara atas talian di Shopee hari ini. 

Sekiranya Mama memerlukan bantuan untuk mendapatkan penjagaan kulit yang sempurna, jom cuba Nutox Skincare Finder.

Untuk maklumat lanjut mengenai serum ini dan produk lain daripada Nutox, anda boleh layari laman rasmi, Facebook & Instagram