Ibu, Bayi & Kanak Kanak

7 Tips Untuk Mengeratkan Hubungan Suami Isteri, Inspirasi Hana Halim dan Suami

Setiap pasangan yang sudah berkahwin, pastinya akan melalui satu fasa perubahan terutamanya pasangan yang bergelar mak ayah. Fokus dan keutamaan yang asalnya milik berdua sahaja kini bertambah apabila si kecil muncul dalam hidup seisi keluarga.

Walaupun status dan ‘title‘ suami isteri sekali gus berubah menjadi ibu dan ayah, jangan sesekali lupakan atau biarkan hubungan antara mak ayah tidak terurus.

Tanggungjawab untuk menyemarakkan lagi hubungan antara mak ayah perlu dipikul bersama. Hubungan intim apabila mendirikan rumah tangga sahaja tidak cukup.

Min nak kongsikan lagi beberapa tip untuk mengeratkan hubungan anda sebagai suami isteri, inspirasi daripada salah seorang influencer, Hana Halim:

1. Elakkan daripada berpisah tempat tidur.

Sekiranya pasangan anda tertidur di luar bilik, anda boleh kejutkan pasangan atau sama-sama tidur di tempat yang sama.

Contohnya, isteri boleh tidur bersama jika encik suami tertidur di ruang tamu. Tidur bersama dapat mengeratkan kasih sayang di antara suami isteri apabila berada di bawah satu bumbung yang sama.

Highlighted


2. Saling Mengalah

Amalkan sikap beralah dan mudah berbaik sekiranya berlaku pertelingkahan. It doesn’t matter who’s right or wrong, siapa yang perlu dipersalahkan dan sebagainya.

Ingat! Apabila ‘api’ bertemu dengan ‘api’, salah satu pihak harus bertukar menjadi ‘air’ untuk menyejukkan keadaan.

3. Tidak Lokek Dengan Kata-kata ‘Sayang, Cinta, Rindu’ Dsb

Mungkin ini nampak mudah. Amalkan untuk saling mengungkap kata-kata seperti ‘I love you‘, atau ‘I miss you, tak sabar nak balik kerja sebab nak rasa masakan you.’

Sekiranya komunikasi verbal seperti ini sering diungkapkan, percayalah, ia dapat mengeratkan lagi hubungan anda suami isteri.

4. Body gestures

Selain daripada komunikasi verbal, body gestures atau gerak tubuh anda untuk memeluk pasangan anda, mencium tangan, dahi atau pipi sebelum masing-masing perlu berpisah ke tempat kerja atau keluar daripada rumah patut diamalkan.

Sometimes the things we do to show our love and support for your partner can be done through the things we do. Mungkin anda bukan seorang yang romantis atau pandai berkata-kata. So, boleh cuba untuk ‘mengungkapkan’ kasih sayang dan perasaan cinta menerusi perbuatan.

5. Apa-apa pun, family comes first!

Tumpukan perhatian sepenuhnya kepada pasangan dan ahli keluarga anda berbanding dengan rakan-rakan atau orang luar.

Selepas mendirikan rumah tangga serta memiliki anak, tanggungjawab anda sebagai suami atau isteri, fokus dan keutamaan anda berubah. Family should be above anyone or anything. As a matter of fact, family comes first. Jalankan tanggungjawab yang diamanahkan dan nikmati kehidupan berkeluarga sepenuhnya.

6. Sentiasa Ingat dan Raikan Tarikh-tarikh Penting 

Hargai tarikh-tarikh penting dalam kehidupan berkeluarga. Tarikh lahir anak, tarikh lahir pasangan, tarikh ulang tahun perkahwinan dan sebagainya.

Selitkan kad ucapan, jambangan bunga, coklat atau apa sahaja jenis hadiah yang berbaloi untuk dibeli supaya pasangan anda rasa dihargai. Inginkan sesuatu yang lebih kreatif?

Mungkin anda boleh lakukan sedikit kejutan dengan pelbagai cara seperti membeli kek bertingkat, mengupah atau memakai kostum maskot atau merakamkan suara anda menyanyikan lagu kegemaran pasangan.

Ini merupakan antara beberapa cara kreatif yang anda boleh gunakan untuk menunjukkan kasih sayang yang tidak ternilai terhadap pasangan. 

7. Sentiasa Selitkan Masa Untuk Berdua-duaan 

Walaupun sudah beranak-pinak, tidak bermaksud anda sudah tidak perlu masa untuk berdua-duaan bersama pasangan. 

Cari sedikit masa dan luangkan masa tersebut untuk pergi ‘ber-dating’ bersama untuk menyemarakkan lagi kemesraan anda sebagai suami isteri.

Meluangkan sedikit masa bersama sudah memadai untuk membuatkan pasangan anda rasa bagaikan diawal pertemuan, menjalin rasa cinta terhadap satu sama lain sebelum dikurniakan zuriat. 

Romantik gitu!