Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Tak Perlu Pun Guna Produk Yang Mahal, Asalkan Mommy Amalkan Tips Penjagaan Muka Yang Betul Ni, Wajah Pasti Sentiasa Berseri-Seri!

tips penjagaan muka

Kredit gambar: istockphoto.com

Penjagaan muka bukanlah satu rutin yang harus diremehkan. Apabila kita berjumpa dengan orang, bersama pasangan, membentangkan hasil kerja, sebagai contohnya, kulit dan seri wajah kita memang memainkan peranan.

Terutamanya untuk pertama kali, orang kata first impression is everything.

15 Tips Penjagaan Muka Yang Betul

Sebab itulah Mommy kena ambil berat tentang keadaan dan kesihatan kulit muka. Jom, ikuti beberapa tips daripada Motherhood ini:

#1. Basuh muka dengan pencuci wajah yang sesuai

Mommy pernah dengar tak rakan-rakan Mommy duk hype je pasal satu produk ni? Katanya menjadi dan kulit wajah kelihatan lebih baik selepas menggunanya?

Tapi, bila Mommy cuba, tak sesuai lah pula. Kadang tu, boleh jadi makin teruk dari asalnya.

Haa.. memang pemilihan produk yang bagus tu penting, tapi Mommy kena tengoklah kesesuaiannya dengan kulit Mommy juga ya?

#2. Buang sel kulit mati secara berkala

Kalau di badan, lebih kepada dakilah. Tetapi pada kulit wajah, ada sel-sel kulit mati dan kotoran halus yang melekat yang Mommy tak nampak dengan mata kasar.

Sebab itulah kena scrub muka dan buang sel-sel kulit mati ni secara berkala.

#3. Wajib pakai sunscreen

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto.com

Kalau tanya mana-mana dermatologist tentang nasihat untuk kulit wajah bagi jangka masa yang panjang, tentu mereka akan sarankan Mommy untuk memakai sunscreen/sunblock setiap hari.

Bukan tu je, kena reapply setelah beberapa jam untuk memastikan kulit Mommy mendapat perlindungan yang optimum juga.

#4. Jangan tidur dengan mekap di muka

Memang betul tau Mommy. Tidur dengan mekap di wajah, tanpa membersihkannya terlebih dahulu, akan membuatkan pori-pori tersumbat dan kulit tidak sihat.

Lama-lama nanti makin kusam dan hilang seri kulit wajah Mommy nanti!

#5. Cuci muka setiap kali pulang ke rumah

Tak kiralah Mommy pakai mekap ataupun tidak, setiap kali pulang ke rumah dari luar, Mommy kena pastikan Mommy bersihkan kulit wajah terlebih dahulu ya?

Di luar sana, banyak pollutant dan kotoran yang Mommy tak nampak. Jadi walaupun Mommy keluar bare faced, wajib cuci muka dahulu sepulangnya ke rumah tau.

#6. Elakkan sentuh kulit muka dengan tangan

Kredit gambar: istockphoto.com

Tangan kita ni dah sentuh macam-macam bakteria dan kotoran padanya yang kita tak nampak. Bayangkan bila Mommy sentuh kulit wajah dan ia berpindah ke kulit muka Mommy?

Kalau kulit Mommy tak sensitif tak apa lagi. Kalau tak, boleh breakout kulit muka Mommy nanti.

#7. Wajib pakai pelembap

Bukan sahaja sunscreen ya, pelembap juga wajib dipakai setiap hari. Ini untuk memastikan kulit wajah Mommy sentiasa lembap dan tidak kering.

Jangan tak tau, kulit wajah yang kering ni boleh menyebabkan pelbagai masalah nanti seperti breakout, jerawat dan kedutan.

#8. Pilih produk penjagaan muka yang sesuai

Bila nak memilih produk penjagaan wajah ni memang kena pilih yang betul-betul sesuai lah. Tipsnya, Mommy kena rajin baca review produk dan bila nak cuba, beli yang trial set dulu dan buat patch test dahulu ya?

#9. Tukar tuala muka setiap hari

Kredit gambar: istockphoto.com

Kalau boleh, Mommy jangan guna tuala yang lap badan untuk lap muka ya? Kulit wajah ni, sensitif sikit. Jadi kena ada tuala kecil khas untuk lap wajah Mommy.

Tuala ni, Mommy kena sentiasa tukar tau. Jangan duk guna yang sama je untuk seminggu!

#10. Tukar sarung bantal dengan kerap

Bukan tuala je, sarung bantal pun boleh menjadi tempat berkumpulnya bakteria dan kotoran. Nanti Mommy tidur, kena di kulit wajah nanti.

Kena tukar dengan kerap ya sarung bantal ni.

#11. Cuci muka selepas syampu rambut

Ni merupakan antara tips penjagaan muka yang masih ramai ignore. Turutan membersihkan badan ni pun penting Mommy. Ingat ya, jangan cuci muka sebelum siap syampu dan basuh rambut kesemuanya.

Bila dah selesai membersihkan rambut, barulah cuci muka. Nanti tak adalah kotoran di bahagian kepala dan rambut melekat di wajah.

#12. Dapatkan rawatan wajah secara berkala

Kredit gambar: istockphoto.com

Memang kita boleh usaha jaga kulit wajah kita. Tapi kalau boleh, lagi elok sekiranya secara berkala, Mommy dapatkan rawatan wajah di spa atau pusat kecantikan.

#13. Buat rawatan wajah DIY

Kalau tak sempat atau ada kekangan lain, Mommy boleh je buat rawatan sendiri di rumah. Sebagai contoh, buat masker wajah menggunakan tepung beras, serbuk kunyit dan susu.

Ini salah satu masker DIY untuk wajah yang glowing tau! Tak semestinya secara professional, asalkan Mommy rajin je dah boleh buat rawatan sendiri.

#14. Jumpa dermatologist secara berkala

Untuk kesan yang lebih baik, seeloknya usahakanlah untuk jumpa doktor pakar kulit dari masa ke semasa. Bukannya apa, kita kadang-kadang tu tak tau dan faham sangat pun masalah kulit kita.

Ketika waktu sebeginilah, pandangan dan bantuan dari yang pakar diperlukan.

#15. Makan makanan berkhasiat

Kredit gambar: istockphoto.com

Apa yang kita makan, akan bagi kesan pada kesihatan dan overall looks kita. Cuba Mommy buat, amalkan makan makanan yang sihat, sarat dengan sayur dan buah setiap hari dan tengok kulit wajah Mommy selepas seminggu.

Motherhood jamin yang Mommy pasti akan nampak dan rasai perbezaannya!

Tips Penjagaan Muka Yang Betul

Tak susah pun sebenarnya kan? Mommy hanya perlu lakukan sedikit perubahan je pada rutin harian Mommy. Ubah kepada yang lebih baik dan pada kaedah yang betul, pasti kulit wajah akan berseri-seri nanti!