Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Contoh Ucapan Hari Lahir Untuk Sahabat. Siap Boleh (dan Senang!) Untuk Dicetak

Ucapan Hari Lahir Untuk Sahabat

Kredit gambar: istockphoto

Tibanya hari lahir sahabat kita, seminggu awal lagi kita duk kalut beli dan balutkan hadiah kan? Kadang-kadang tu, sebulan awal lagi dah siap persiapannya.

Maklumlah.. untuk orang yang tersayang di hati ini kan?

Contoh Ucapan Hari Lahir Untuk Sahabat, Boleh Dan Senang Untuk Dicetak

Hadiah dah ada, macam mana pula dengan ucapan hari jadi? Mommy jangan pandang rendah pada kekuatan dan magik kata-kata ya!

Bahkan untuk sesetengah orang, kata-kata tulus ikhlas di hari lahirnya itulah yang paling bermakna. Lebih bermakna daripada hadiah itu sendiri!

Jom, selitkan ucapan indah dan tulus ikhlas buat sahabat kita di hari istimewanya:

#1.

Selamat Hari Ulang Tahun buat sahabatku! Tiada kata yang dapat ku ucapkan di hari istimewamu ini melainkan mengharapkan yang terbaik buatmu sentiasa.

#2.

Selamat menyambut hari kelahiran temanku. Semoga pada hari ini, kamu dikurniakan kebahagiaan dan kegembiraan di sisi yang tersayang.

Doaku, kamu bahagia sentiasa.

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

#3.

Selamat Hari Lahir! Ketahuilah pada hari kelahiranmu ini, ramai yang bersyukur kerana dianugerahkan seseorang sepertimu dalam kehidupan mereka dan aku adalah antaranya.

Terima kasih kerana menjadi sahabatku.

#4.

Selamat Hari Lahir wahai sahabatku. Walaupun kita berjauhan, ingatan dan kasihku padamu tidak terluput dan daku sentiasa terkenangkan memori persahabatan kita.

Semoga di hari istimewamu ini, ingatan tulus ikhlas dariku ini menceriakan lagi harimu.

#5.

Sanah Helwah buat teman tercinta! Semoga pada hari ini, dikurniakan lagi berkat dan rahmat Tuhan buatmu dalam menjalani kehidupan ini.

Semoga amal dan imanmu seiring dengan usia yang diberkati.

#6.

Selamat Hari Jadi sahabat! Aku bukanlah seorang yang mudah berkata-kata dan sering meluahkan rasa. Namun pada hari jadimu ini, aku ingin engkau tahu bahawa aku sentiasa kasih kepadamu dan sangat menghargai persahabatan kita.

#7.

Semoga dengan ucapan dan hadiah ini, hari jadimu lebih bermakna dan ceria hendaknya. Selamat Hari Ulang Tahun ya!

#8.

Di hari jadimu ini, aku harap engkau dapat melupakan persengketaan lalu kita. Tulus ikhlas dari hati ini memohon maaf sekali lagi di atas segala khilaf diri ini, yang disengajakan ataupun tidak.

Semoga hari istimewamu dihiasi kegembiraan dan kasih sayang dari orang sekelilingmu.

Kredit gambar: istockphoto

#9.

Ingatan tulus ikhlas daripada sahabatmu! Masihkah kau ingat sambutan hari jadimu yang lalu? Semoga kali ini lebih baik dan bahagia hendaknya..

#10.

Pada hari ini, semoga Allah titipkan rasa rinduku buatmu sahabat melalui warkah ringkas ini. Semoga Dia kurniakan rahmatNya buat kita dan persahabatan ini. InsyaAllah..

#11.

Dalam bergembira bersama yang tersayang, jangan lupakan aku ya? Maaf kerana tidak dapat bersama tetapi doa dan ingatan aku sentiasa buat kau.

Semoga hari lahir kau kali ini lebih bermakna!

#12.

Happiest birthday my bestest friend! Aku doakan kau sentiasa bahagia, diberkati dan sihat sejahtera.

#13.

Pada hari ini, lupakanlah segala keserabutan dan kesedihan dalam hidupmu. Sambut dan raikan hari istimewamu ini dengan setulusnya.

Percayalah, kamu dicintai oleh ramai orang dan aku adalah antaranya. I love you my friend!

#14.

Happy birthday! Dalam menyambut keriangan dan menjamu selera, jangan dilupakan aku kat sini tau! Maaf sebab tak dapat hadir tapi doa aku sentiasa ada dengan kau.

#15.

Selamat Hari Lahir sahabat istimewaku! Semoga kamu dimurahkan rezeki dan berjaya mencapai cita-cita dan impianmu.

Doaku sentiasa mengiringimu dalam setiap langkahmu wahai sahabatku.

Kredit gambar: istockphoto

Contoh Ucapan Hari Lahir Untuk Sahabat

Semoga dengan ucapan yang indah dan tulus ikhlas ini, hari lahir sahabat Mommy lebih bermakna dan bahagia hendaknya.