Ibu, Bayi & Kanak Kanak

25 Ucapan Indah Selamat Pengantin Baru Untuk Bakal Mempelai

ucapan selamat pengantin baru

Kredit gambar: istockphoto.com

Sebagai tanda ingatan dan ingin melahirkan kesyukuran dan kasih sayang, kita digalakkan untuk memberi ucapan yang elok dan indah untuk bakal pengantin pada hari bahagianya.

Sama ada untuk ditulis di atas kad ucapan, dihantar sebagai mesej atau diucapkan terus, ucapan-ucapan itu pasti akan memberi seribu makna buat mereka dan menjadi doa dalam melayari bahtera rumah tangga.

25 Ucapan Indah Selamat Pengantin Baru

Jadi dalam perkongsian kali ini, Motherhood ingin kongsikan beberapa ucapan selamat pengantin baru yang indah dan elok maknanya:

#1.

Semoga Allah memberi berkat dan rahmat kepadamu dan mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan. Amin.

#2.

Selamat berbahagia sahabatku. Selamat atas pernikahan kalian, dunia dan akhirat.

#3.

Semoga Allah menghimpunkan yang terserak daripada keduanya, memberkati kamu berdua dan semoga Allah meningkatkan darjat keturunanmu menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat.

#4.

Selamat pengantin baru, jagalah pasanganmu sebaik mungkin dalam mengharapkan redha Allah.

#5.

Cinta sesama manusia kerana Allah akan menuju ke syurga nan indah. Bawalah cinta ini mencari redha Allah agar pertalian ini kekal abadi selamanya.

#6.

Selamat menempuhi alam perkahwinan. Jadilah suami yang soleh dan isteri yang solehah. Moga dikurniakan cahaya mata yang menjadi penyeri buat rumah tangga kalian. Amin.

#7.

Semoga redha Allah S.W.T. menyertai kalian berdua dalam setiap langkah kehidupan. Carilah dan utamakan redhaNya dalam perjalanan bersama. Selamat pengantin baru!

#8.

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto.com

Selamat memulakan permulaan kehidupan yang baru. Semoga segera dikurniakan keturunan yang soleh dan solehah, disayangi dan menyayangi kerana Allah.

#9.

Semoga hari pernikahan kalian dilimpahi dengan sakinah, mawaddah dan rahmat. Selamat menempuh perjalanan hidup yang baru. Salam Pengantin Baru.

#10.

Semoga keluarga kalian menjadi keluarga yang bahagia dan membahagiakan, diberi kelapangan rezeki dan juga keturunan yang baik oleh Allah.

#11.

Tahniah di atas hari bahagiamu! Dengan sepenuh hati yang ikhlas, aku berdoa agar keluarga kecil baru kalian ini akan sentiasa diberkati olehNya.

#12.

Selamat menempuh hidup baru kawan. Semoga dengan ikatan pernikahan ini, Allah melindungi keluarga yang baru ini, penuh dengan kebahagiaan dan kenikmatan di dunia dan akhirat. 

#13.

Semoga Allah S.W.T. menyempurnakan kebahagiaan kalian dengan kehadiran antara satu sama lain dan menjadikan ikatan ini sebagai ibadah kepadaNya. Amin.

#14.

Sungguh kerajaan cinta itu benar-benar nyata. Selamat pengantin baru sahabat dunia dan akhiratku!

#15.

Semoga hubungan pernikahan kalian sarat dengan semuanya: Rasa cinta, gurau senda, sentuhan romantik dan pengertian buat satu sama lain. Selamat Pengantin Baru!

#16.

Kredit gambar: istockphoto.com

Hari ini dirasakan sungguh istimewa dan bahagia buat diri ini. Kau tahu kenapa? Kerana hari ini dua orang sahabatku sedang mengikat janji ikatan suci. Selamat bercinta dan semoga bahagia kawan, jaga keluarga kecilmu baik-baik.

#17.

Betapa indahnya hari ini, seakan-akan alam pun bergembira di atas penyatuan ini. Kalian adalah pasangan raja sehari merpati sejoli. Sama padan, sama sesuai. Selamat Pengantin Baru.

#18.

Selamat menempuhi fasa hidup yang baru rakanku. Tahniah! Akhirnya saat yang engkau nantikan telah tiba juga. Semoga ia penuh dengan kebahagiaan dan restu dari Ilahi.

#19.

Tiada doa dan ucapan yang mampu aku ungkapkan di hari ini melainkan semoga dikurniakan segala yang terbaik di dunia dan di akhirat buat kamu berdua.

#20.

Tahniah buat sahabatku, ibarat pinang dibelah dua pada hari ini. Semoga tautan dan ikatan kasih sayang kamu berdua kekal utuh buat selamanya di bawah teduhan rahmat dan redha Tuhan.

#21.

Cinta dan perasaan kasih sayang antara dua insan adalah antara anugerah yang terbaik. Semoga cinta terindah ini menjadikan iman kalian berdua lebih kukuh dan lebih bahagia hendaknya.

#22.

Semoga keluarga baru yang dibina ini penuh dengan sakinah, mawaddah dan rahmat dariNya. Sentiasalah mengutamakan dan bersyukur antara satu sama lain. Selamat melayari bahtera rumah tangga!

#23.

Terasa sebak di dada ketika melihat kalian berdua sah menjadi suami isteri. Sepanjang perkenalan kita, tiada yang diharapkan oleh diri ini melainkan kebahagiaan buatmu sahabat. Ingatlah Allah di setiap langkahmu, semoga kalian berdua sentiasa berada di bawah rahmatNya.

#24.

Kredit gambar: istockphoto.com

Busana yang menawan, bunga rampai yang wangi semerbak, senyuman yang tidak putus di bibirmu dan pasangan; aku turut merasakan kebahagiaan pada hari istimewa ini. Semoga dengan kebahagiaan yang dikurniakan, seiring dengan itu rahmat dan berkat Tuhan juga kepadamu.

#25.

Tahniah buat kalian berdua! Jadilah pasangan yang sama-sama memberi ketenangan dan kebahagiaan untuk satu sama lain. Semoga ikatan ini melengkapi dirimu dan pasangan, di bawah naungan cintaNya.

Ucapan Indah Buat Pengantin Baru

Semoga ucapan-ucapan ini menjadi doa buat pengantin baru dan hari bahagia mereka lebih berseri dan bertambah bahagia dengannya.

Sumber: nikahsatuBlog


Dapatkan panduan untuk menggembirakan hati yang tersayang di SINI.