- Bersih dan potongkan sotong. Tambahkan cuka epal. 
- Gaulkan sotong dengan bawang putih, garam, kunyit, lada hitam, dan lada sulah. Letak tepi. 
- Dalam bekas lain, pukul telur hingga sebati. 
- Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali. 
- Buat adunan tepung dengan mencampurkan tepung gandum dan tepung jagung. 
- Untuk menggoreng, ambil sotong yang telah diperap, cicah ke dalam bekas telur, kemudian masukkan dalam bekas tepung untuk salutkan. 
- Masukkan sotong dalam minyak yang sudah panas dan goreng sehingga keperang-perangan. 
- Keluarkan sotong berserta kerak dan toskan di atas tisu dapur. 
- Goreng selebih sotong sehingga habis.