- Campurkan semua bahan-bahan inti dan goreng sehingga telur hancur. Ketepikan. 
- Bersihkan dan potong kepala sotong. 
- Sediakan bahan-bahan untuk membuat sos/sambal dan panaskan minyak. 
- Sumbat inti telur ke dalam sotong yang telah dipotong. Tutup semula dengan kepala sotong dan cucuk dengan lidi pendek atau pencungkil gigi bersih. 
- Tumis cili kisar/cili boh sehingga garing dan pecah minyak. 
- Masukkan sos cili, sos tiram, gula, garam, dan asam jawa secukup rasa. 
- Masukkan sotong yang telah disumbat dan masak sehingga sambal mendidih. 
- Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat-bulat.