- Basuh sotong sehingga bersih dan buang dakwat, mata, dan mulut sotong. 
- Potong sotong ikut citarasa dan perap dengan garam dan serbuk kunyit. 
- Bersihkan kacang buncis dan lobak merah dan potong mengikut citarasa. 
- Hiris bawang besar dan cili merah. 
- Panaskan minyak masak dan tumis bawang dan cili sehingga naik bau. 
- Besarkan api dan masukkan sotong yang telah diperap, lobak merah, dan kacang buncis. 
- Kacau rata dan masukkan sos tiram dan daun limau purut jika menggunakan bahan-bahan tersebut.