- Sediakan adunan basah iaitu telur biasa, garam atau serbuk perasa, dan lada putih, dan juga adunan kering iaitu tepung gandum dan tepung jagung.  
- Celupkan sotong dalam adunan telur tersebut kemudian dalam adunan tepung sehingga mensaluti semua bahagian sotong.  
- Panaskan minyak dan goreng sotong sehingga berwarna keperang-perangan dalam tiga hingga empat minit. Angkat sotong dan toskan. 
- Untuk sos telur masin, lenyekkan kuning telur masin dengan sedikit air masak dan ketepikan dahulu. 
- Panaskan mentega atau marjerin dan tumis bawang putih, cili, dan daun kari sehingga wangi.  
- Masukkan larutan telur masin dan kacau rata.  
- Akhir sekali masukkan sotong yang telah digoreng tadi dan gaul rata sehingga sos menyelaputi sotong.