Go Back
resepi sotong kangkung

Resepi Sotong Kangkung

Prep Time 15 mins
Cook Time 30 mins

Ingredients
  

Bahan-bahan

  • 1 ekor sotong kembang (dibersihkan dan dipotong)
  • 1 cekak kangkung
  • 3 sudu sos merah (bahan-bahan dibawah)
  • 1 sudu petis (otak udang)
  • 1 sudu sos plum
  • 1 biji cili padi (dipotong)
  • 3 sudu kacang tanah (ditumbuk dan disangai)
  • 1 sudu bijan (disangai)

Bahan-bahan Sos Merah (dapat 1 cawan)

  • 4 sudu taucu (manis atau masin)
  • 8 sudu gula Melaka
  • 2 sudu minyak bijan
  • 1/2 sudu kecil cili boh
  • 1/2 sudu kecil pes asam jawa
  • 2 sudu kecil tepung jagung

Instructions
 

Cara-cara Membuat Sos Merah

  • Kisarkan bahan-bahan sos merah (kecuali tepung jagung) bersama sedikit air.
  • Renehkan bahan kisar dalam periuk sehingga cili boh masak.
  • Masukkan tepung jagung yang sudah dibancuhkan dengan air untuk memekatkannya.

Cara-cara Membuat Sotong Kangkung

  • Celur sotong dalam air mendidih seketika selepas dibersihkan dan dipotong.
  • Sementara sotong sedang dicelur, bersihkan dan potong kangkung.
  • Celur kangkung pula.
  • Sediakan sos dengan memasukkan petis dan sos plum dan gaul rata. Masukkan cili padi jika mahu pedas.
  • Susun kangkung dan sotong yang telah dicelur di atas pinggan untuk dihidang.
  • Tuangkan sos keatas sotong dan kangkung.
  • Taburkan kacang tanah dan bijan.
Tried this recipe?Let us know how it was!