Resepi Kerabu Sotong ala Thai
Juadah kerabu sotong ini merangkumi dua bahagian, iaitu bahan-bahan sayuran dan sosnya. Mommy boleh masukkan apa-apa sayur kegemaran, tapi secara asasnya, kerabu mempunyai sayuran menyegarkan seperti timun dan tomato, sedikit suhun dan juga buahan mangga, serta dihiasi atau dinaikkan rasa dengan daun ketumbar dan daun bawang. Selain sotong, Mommy boleh tambah juga udang kalau suka.
Prep Time 15 mins
Cook Time 5 mins
Bahan-bahan Untuk Kerabu
- 4 ekor sotong (dibersihkan dan dipotong)
- 1/2 biji bawang besar (dihiris nipis)
- sedikit suhun
- 1/2 batang timun (dihiris nipis)
- 3 biji tomato cherry (dipotong dua)
- 1/3 batang lobak merak (dihiris nipis)
- 1/6 biji lada benggala merah dan kuning (dihiris nipis)
- 1 batang serai (dihiris nipis)
- 1 tangkai daun ketumbar (dicincang kasar)
- 1 tangkai daun bawang (dihiris)
Bahan-bahan Untuk Sos
- 5 biji cili padi (dihiris nipis)
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
- 3 sudu sos ikan Thai
- 1 sudu kicap cair
- 1 sudu gula Melaka
- 2 biji limau nipis (diambil jus)
Cara-cara
Celur sotong dalam air rebus seketika dan toskan.
Rebus suhun sehingga lembut dan toskan.
Sediakan sos dengan mencampurkan sos ikan, kicap cair, jus limau nipis, gula melaka, bawang putih, dan cili padi dalam mangkuk kecil. Kacau hingga sebati.
Tuangkan sos kedalam bahan untuk kerabu.
Hiaskan dengan taburan daun ketumbar, daun bawang, serai, dan hirisan cili merah.