- Bersihkah sotong dan kelar sedikit bahagian badan sotong. 
- Perap sotong dengan bahan-bahan perapan, iaitu jus limau, sos tiram, madu, dan sedikit garam.  
- Sementara sotong diperap, kisar bahan-bahan sos iaitu bawang putih, cili padi, cili merah, jus lemon, sos tiram, dan sos ikan.  
- Perasakan sos dengan garam dan gula secukupnya, kemudian barulah masukkan daun ketumbar dan gaul rata.  
- Bakar sotong yang telah diperap tadi hingga masak.  
- Tuang sos ke atas sotong selepas sudah dibakar untuk dihidang.