Go Back
resepi kerutuk ayam

Resepi Kerutuk Ayam

Course Makan Tengah Hari
Cuisine Melayu

Ingredients
  

  • 1 ekor Ayam

Bahan kisar atau tumbuk

  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 4 sudu besar rempah kerutuk
  • 5 ulas bawang merah dimayang
  • 2 ulas bawang putih dimayang
  • 1 batang serai dititik
  • Asam keping
  • Sedikit kerisik
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Garam
  • Gula
  • Santan

Instructions
 

  • Mula-mula, panaskan minyak di dalam kuali, kemudian Mommy masukkan tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan bawang merah serta bawang putih yang telah Mommy mayang sehingga wangi.
  • Kemudian, masukkan bahan yang telah Mommy kisar atau tumbuk tadi. Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
  • Seterusnya, Mommy tambahkan pula rempah kerutuk yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga rata dan masukkan ayam serta sedikit santan.
  • Mommy gunakan api perlahan untuk masak sehingga air menjadi kering dan santan pecah minyak. Selepas itu Mommy masukkan serai yang diketuk dan, kerisik, asam keping, garam, gula secukupnya dan baki santan yang tinggal.
  • Kemudian, Mommy perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa Mommy.
  • Biarkan ia mendidih sekejap dan apabila kuah sudah pekat dan berpalit pada ayam, padamkan api. Sedia dihidang.
Keyword ayam
Tried this recipe?Let us know how it was!