Go Back
Mee Sup

Mee Sup

Course Sup
Cuisine Asia

Ingredients
  

  • 1 ekor Ayam (dipotong kecil)
  • 1 biji Bawang holland (dikisar)
  • 1 labu Bawang putih (ditumbuk)
  • 3 inci Halia (ditumbuk)
  • 1 sudu besar Jintan manis
  • 1 sudu besar Serbuk lada hitam
  • 1 gelas Air asam (dicampur dengan 1 ibu jari belacan bakar)
  • 2 kiub Stok daging
  • Air secukupnya
  • Sedikit Minyak (untuk menumis)
  • 2 pek Mee kuning/mee hoon (dicelur)
  • 1 ikat Sawi (dicelur)
  • Daun sup (dihiris)
  • Bawang goreng

Instructions
 

  • Tumis bawang putih yang ditumbuk dengan halia. Masukkan bawang besar. Tumis sehingga wangi. 
  • Masukkan serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam. Kacau seketika.
  • Masukkan ayam dan kacau rata lagi sehingga ayam kecut dan air ayam kering. Masukkan pula air asam jawa tadi yang telah ditapis. 
  • Masukkan air agak agaklah jumlahnya. Saya guna lebih kurang 1 blender. Masukkan kiub stok daging dan garam secukup rasa. Biarkan kuahnya mendidih.
  • Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan dengan mee atau mee hoon bersama bahan bahan lain.
Keyword Keluarga
Tried this recipe?Let us know how it was!