Kerabu Daun Mengkudu
Terkenal dengan khasiat serta cirinya yang anti-radang, daun mengkudu boleh membantu Mommy sembuh dengan baik dan cepat.
Course Menu Utama
Cuisine Asia
- 200 g Noni Sprouts daun mengkudu muda
- 3 sudu kecil kelapa parut
- ½ bawang holland dicincang
- 1 sudu kecil Cuka
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
Mula-mula, Mommy perlu rebus pucuk mengkudu selama tiga hingga lima saat. Toskan.
Hiris pucuk dengan saiz yang Mommy suka. Ketepikan.
Kemudian, hiris bawang kuning menjadi kepingan nipis.
Gaul rata hirisan pucuk mengkudu, bawang holland, kelapa parut dan cuka dalam satu mangkuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Hidangkan.