Kerabu Ikan Bilis dan Pegaga
Mommy juga boleh cuba buat kerabu ikan bilis dan pegaga jika lebih gemar masakan kampung.
Course Menu Utama
Cuisine Asia
- 200 g pegaga
- 1 biji bawang Holland dihiris nipis
- 3 sudu besar kelapa parut
- 1 sudu kecil cuka
- 3 sudu kecil ikan bilis
- Minyak masak
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
Mommy bersihkan daun pegaga dan hiris halus..
Kemudian, panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing.
Satukan ikan bilis, bawang, pegaga, dan kelapa parut ke dalam satu mangkuk. Gaul hingga sebati.
Perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidangkan.