Go Back
Sup Lobak Putih

Sup Lobak Putih

Sup ini sesuai menjadi hidangan ketika hari hujan untuk panaskan tubuh. Ia sangat enak dan cukup berkhasiat. Mommy perlu cuba!
Course Menu Utama
Cuisine Asia

Ingredients
  

  • ½ ayam
  • 1 Lobak Putih
  • 2-3 ulas Bawang putih
  • 2-3 ulas Bawang merah
  • ½ inci Halia
  • 1 paket Perencah Sup Sayur
  • 1 kiub Stok Ayam

Instructions
 

  • Mula-mula Mommy hiris nipis bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis sehingga naik bau dan keperangan.
  • Tuangkan 3 cawan air kosong dalam periuk lalu masukkan ayam dan perasa sup. Biarkan mendidih.
  • Setelah mendidih, Mommy masukkan kiub pati ayam dan perasakan dengan lada hitam dan garam.
  • Terus masukkan hirisan lobak putih dan masak sehingga siap.
  • Boleh hiaskan dengan bawang merah goreng atau daun saderi.
  • Siap untuk dihidang.
Keyword Makanan Pantang
Tried this recipe?Let us know how it was!