Ikan Siakap Kukus dengan Halia
Hidangan ini ringkas tetapi penuh rasa dan kebaikan untuk Mommy.
- 1 ekor ikan siakap
- 1 ulas bawang putih hiris
- Pasli dan daun bawang untuk hiasan
- Halia hancurkan
- Sos ikan garam, lada hitam, minyak bijan, dan kicap secukupnya
- Bersihkan ikan dan perap dengan sos ikan, garam, dan lada hitam selama 30 minit. 
- Sumbat bawang putih ke dalam perut ikan. Kukus selama 10 minit. 
- Goreng halia hingga garing dan taburkan atas ikan. 
- Tuangkan campuran kicap dan minyak bijan. Hiaskan dengan pasli dan daun bawang sebelum dihidang untuk Mommy.