Go Back
Sup Susu Soya Bok Choy

Sup Susu Soya Bok Choy

Susu soya sangat bagus kerana ia boleh menggalakkan penghasilan susu ibu dan meningkatkan sistem imun bayi Mommy.
Total Time 5 mins
Course Sup
Cuisine Cina

Ingredients
  

  • 200 g bok choy
  • 200 ml susu soya
  • garam secukup rasa
  • lada hitam secukup rasa
  • 5 ml minyak masak
  • 10 g bawang hijau
  • 10 g halia

Instructions
 

  • Bersihkan bok choy, halia, dan bawang hijau. Potong bok choy dan hiris halia serta bawang hijau.
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis halia dan bawang hijau hingga naik bau.
  • Masukkan bok choy dan tumis sebentar. Tambahkan garam secukup rasa.
  • Keluarkan halia dan bawang hijau dari kuali. Tuangkan susu soya ke dalam kuali, renehkan dengan api kecil selama beberapa minit.
  • Hidangkan panas-panas untuk santapan Mommy!
Keyword Makanan Pantang
Tried this recipe?Let us know how it was!