Burger Ramly Sihat
Burger Ramly memang popular di Malaysia dan mudah didapati di gerai-gerai tepi jalan. Jika Mommy menggemarinya tetapi bimbang tentang kebersihan atau kesihatan semasa hamil, jangan risau! Kami kongsikan resipi burger Ramly yang lebih sihat untuk Mommy cuba di rumah.
Prep Time 10 mins
Cook Time 20 mins
Total Time 30 mins
Course Pembuka Selera
Cuisine Melayu
Servings 2
Calories 596 kcal
- 4 keping roti burger
- 1 sudu besar kicap
- 1 sudu kecil oregano segar
- 1 sudu besar sos cili
- 2 biji telur dipukul
- 2 sudu kecil serbuk lada hitam
- 300 g ayam cincang
- 1 biji bawang besar dipotong cincin
- 1 biji capsicum dicincang
- 1 biji tomato dicincang
- daun salad dicelur
- 1 biji timun dihiris
- 2 sudu besar minyak
- 1 sudu besar mentega tanpa garam
- 2 sudu besar mayonis
Mommy campurkan oregano, kicap, sos cili, serbuk lada hitam dengan ayam cincang. Bentukkan patties untuk burger.
Goreng patties dalam kuali dengan api sederhana sehingga perang keemasan.
Tumis bawang besar, capsicum, dan tomato. Tambah secubit garam.
Goreng telur dan bungkus patties dengan telur tersebut.
Mommy sapukan mentega pada roti burger dan goreng perlahan dalam kuali.
Sapukan sos cili pada dua keping roti. Letakkan daun salad, patties, sayur-sayuran, dan taburkan lada hitam serta garam ikut cita rasa.
Akhir sekali, sapukan mayonis dan letakkan bahagian atas roti burger. Siap untuk dihidang!
Serving: 1gCalories: 596kcalCarbohydrates: 21gProtein: 36gFat: 42gSaturated Fat: 8gTrans Fat: 1gCholesterol: 299mgSodium: 848mgPotassium: 1444mgFiber: 5gSugar: 14gVitamin A: 2760IUVitamin C: 93mgCalcium: 105mgIron: 3mg