Go Back
+ servings
Char Kway Teow Versi Sihat

Char Kway Teow Versi Sihat

Char kway teow memang hidangan mi yang digemari ramai, terutama versi tepi jalan. Namun, untuk pilihan lebih sihat, cubalah resipi ini. Rasanya tetap sedap, dan Mommy boleh menikmatinya tanpa rasa bersalah!
Prep Time 10 mins
Cook Time 20 mins
Total Time 30 mins
Course Menu Utama
Cuisine Asia
Servings 2
Calories 349 kcal

Ingredients
  

  • 400 g mi leper
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 biji bawang besar dicincang
  • 1 biji cili hijau dihiris
  • 1 pes halia-bawang putih
  • 1 sosej ayam dimasak dan dicincang
  • 2 cawan taugeh
  • 2 biji telur digoreng
  • bawang hijau dicincang
  • 2 sudu besar kicap ringan
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • garam mengikut citarasa

Instructions
 

  • Rebus mi leper hingga lembut dan toskan air.
  • Mommy panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang, cili hijau, taugeh, pes halia-bawang putih, dan serbuk ketumbar.
  • Masukkan sosej ayam dan telur goreng. Gaul rata.
  • Masukkan mi leper, kicap, sos tomato, dan garam. Gaul hingga masak.
  • Hidangkan dengan taburan bawang hijau.

Nutrition

Serving: 1gCalories: 349kcalCarbohydrates: 17gProtein: 18gFat: 25gSaturated Fat: 4gTrans Fat: 1gCholesterol: 194mgSodium: 1665mgPotassium: 396mgFiber: 4gSugar: 9gVitamin A: 476IUVitamin C: 22mgCalcium: 63mgIron: 3mg
Keyword Ketika Hamil
Tried this recipe?Let us know how it was!