Mommy panaskan ketuhar hingga 218°C. Letakkan labu butternut atas loyang dan bakar selama 18-20 minit.
Sementara itu, panaskan santan dalam kuali. Masukkan pes kari dan kacau selama 5-7 minit.
Tambahkan bawang besar, lada benggala, dan cili hijau. Kacau hingga layu.
Masukkan ayam yang dipotong kecil. Masak dengan api sederhana sehingga ayam empuk.
Tambahkan garam, labu panggang, dan daun bayam. Gaul rata.
Hiaskan dengan daun ketumbar sebelum hidang.