Bila melibatkan pakaian si kecil, Mommy pastinya lebih berhati-hati dalam memilih pencuci yang sesuai. Selain perlu membersihkan kesan kotoran dengan baik, produk yang digunakan juga perlu cukup lembut untuk kulit bayi yang sensitif dan sesuai untuk penggunaan harian.
Pakaian bayi mudah terkena kesan susu, makanan, peluh dan bau yang sukar hilang. Disebabkan itu, Mommy mencari bahan pencuci yang bukan sahaja membersih dengan efektif, tetapi juga membantu menjaga kebersihan fabrik tanpa memberi rasa kurang selesa pada kulit si manja.
Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam penjagaan cucian bayi, Nappikleen Antibac Liquid Wash menjadi antara pilihan yang dipercayai ramai untuk memastikan pakaian si kecil kekal bersih, segar dan selesa selepas setiap cucian.
Menerima Anugerah Sebagai Detergen Pakaian Bayi Terbaik
Sebagai tanda kepercayaan yang terus diberikan daripada Mommy, Nappikleen Antibac Liquid Wash telah menerima anugerah di Motherhood Choice Awards 2026 sebagai Detergen Pakaian Bayi Terbaik!
Anugerah ini mencerminkan keyakinan Mommy terhadap formulanya yang direka khas untuk membersihkan pakaian bayi dengan lebih efektif, sambil mengekalkan kelembutan dan selamat untuk kulit sensitif si kecil.
Sebagai jenama tempatan yang telah lama menjadi pilihan keluarga Malaysia, Nappikleen terus mendapat kepercayaan Mommy kerana formulanya yang dirumus khas untuk pakaian bayi serta individu yang mempunyai kulit sensitif.
Ia menggabungkan keberkesanan cucian dengan formula yang lembut pada fabrik dan kulit, menjadikannya sesuai untuk rutin harian tanpa perlu risau tentang keselesaan si kecil.
Kenapa Ramai Mommy Memilih Nappikleen
Highlighted
Antara sebab utama ramai mommy memilih Nappikleen Antibac Liquid Wash kerana formulanya yang direka khas untuk memberikan cucian yang lebih efektif, bersih dan selamat untuk pakaian bayi.
Dengan teknologi duo enzyme, ia membantu menanggalkan kotoran degil serta bau yang melekat pada pakaian dengan lebih berkesan; termasuk kesan susu, makanan dan bau yang sukar hilang.
Pada masa yang sama, ia turut membantu mengekalkan kelembutan fabrik supaya pakaian si kecil kekal selesa dipakai sepanjang hari.
Selain memberikan cucian yang bersih, Nappikleen juga menawarkan perlindungan antibakteria sehingga 24 jam yang membantu memastikan pakaian si kecil kekal bersih dan segar.
Dengan formula pH yang seimbang dan diuji secara dermatologi, detergen ini memberikan keyakinan tambahan kepada si ibu kerana ia lembut pada kulit si kecil.
Tambahan pula, wangian yang tahan lebih lama membantu pakaian sentiasa berbau segar selepas setiap cucian, sesuatu yang sangat dihargai dalam rutin harian Mommy.
Dengan inovasi formulasi yang berterusan, Nappikleen menawarkan penjagaan cucian premium pada harga yang masih mesra keluarga.
Menjadi Pilihan Mommy di Malaysia
Ramai Mommy yang telah mencuba Nappikleen berkongsi pengalaman positif, terutama dari segi keberkesanannya menanggalkan bau dan kesan kotoran pada pakaian bayi.
Antara maklum balas yang sering dikongsikan para ibu adalah pakaian si manja menjadi lebih bersih, wangi, dan kekal lembut walaupun digunakan setiap hari; menjadikannya antara pilihan yang sering dibeli semula oleh ramai Mommy di Malaysia.

Mudah Didapati untuk Kegunaan Harian
Mommy boleh mendapatkan Nappikleen Antibac Liquid Wash dengan mudah di pasar raya seperti Aeon, Jaya Grocer, TF Value, Lotus’s dan 99 Speedmart, selain turut tersedia secara online melalui Shopee dan Lazada.
Dengan pilihan ini, lebih mudah untuk Mommy mendapatkan detergen yang sesuai untuk pakaian si kecil mengikut keselesaan masing-masing. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, mommy juga boleh mengikuti laman rasmi mereka di Facebook dan Instagram.
Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Dapatkan pelbagai informasi tentang keibubapaan dan kesihatan di SINI!



