20 Idea Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri Yang Terkini

hadiah untuk isteri
Kredit gambar: istockphoto

Orang kata, kaum wanita ni memang cerewet. Kalau nak beli apa-apa untuk mereka, memang kena fikir betul-betul. Yeke macam tu Mommy?

Dari sudut lain pula, mereka sukakan kejutan. Nak bagi hadiah apa ya untuk isteri tersayang ni?

20 Idea Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri Yang Terkini

Cuba je tips daripada Motherhood ni Daddy. Mula-mula, kena cakna dengan keluhan mereka kebelakangan ni. Apa yang mereka sering mengadu tiada, dah habis atau rosak?

Kemudian, tengok kecenderungan mereka. Katakanlah purse mereka dah rosak dan Daddy nak hadiahkan yang baru. Pilihlah warna, design dan brand yang mereka suka ya?

Macam tulah nak ambil hati isteri dan bagi kejutan yang mengujakan.

#1. Purse

Highlighted

hadiah untuk isteri purse
Kredit gambar: istockphoto

Memang purse ni keperluan asas wanita kan? Mommy bukan hanya simpan wang kertas dan kad-kad je Daddy. Resit pembelian dan sebarang nota pun diselitkan sekali di dalamnya.

#2. Powerbank

Kredit gambar: istockphoto

Sekarang ni semuanya di hujung jari kan? Apa-apa je, boleh buat melalui telefon pintar je. Sebab itulah Mommy perlukan powerbank!

#3. Telefon pintar

hadiah untuk isteri telefon
Kredit gambar: istockphoto

Kalau telefon Mommy dah guna bertahun dah, boleh dah kot Daddy surprise kan dia dengan model yang terbaru.

#4. Kaca mata hitam

hadiah untuk isteri kaca mata hitam
Kredit gambar: istockphoto

Dapat kaca mata hitam sebagai hadiah hari jadi pun syok juga kan? Barang keperluan ni kan di negara tropikal macam kita.

#5. Minyak wangi

hadiah untuk isteri minyak wangi
Kredit gambar: istockphoto

Bukan Mommy je, Daddy pun suka kalau Mommy berbau harum.

#6. Kasut 

hadiah untuk isteri kasut
Kredit gambar: istockphoto

Orang kata, kasut ni memainkan peranan penting buat kaum wanita. Kasutlah yang akan membawa kita menuju impian kita.

#7. Thermomix

thermomix
Kredit gambar: thevocket.com

Memang agak mahal tetapi bibik robot ni pelaburan yang berbaloi tau Daddy. Blender, bread maker, chopper, periuk dan macam-macam lagi; ia adalah multifunctional!

#8. Jam tangan

hadiah untuk isteri jam tangan
Kredit gambar: istockphoto

Lain reka bentuk jam tangan, sesuai untuk fesyen yang berlainan kan? Walaupun Mommy dah ada jam tangan, bukannya tak boleh ada extra untuk matching-matching kan?

#9. Barang kemas

Kredit gambar: istockphoto

Ramai je para suami yang datang survey ke kedai barang kemas seperti HABIB kan? Secara umumnya memang kaum wanita sukalah barang hiasan kan?

#10. Beg tangan

beg tangan
Kredit gambar: istockphoto

Tengok pada keadaan lah. Kalau majlis formal, lain design beg tangannya. Majlis informal? Atau untuk ke pasar ke? Kena ada beberapa beg tangan untuk Mommy ni Daddy.

#11. Set penjagaan kulit

Kredit gambar: istockphoto

Cuba tengok di meja solek Mommy tu, dah nak habis ke set penjagaan kulitnya? Mungkin boleh dah kot nak beli yang baru.

#12. Bouquet wang kertas

bouquet duit
Kredit gambar: edesa.my

Sekarang ni memang menjadi trend kan? Berbanding dengan bunga segar, orang gantikan dengan bunga yang digubah menggunakan wang kertas.

#13. Pembedahan lasik

hadiah untuk isteri pembedahan lasik
Kredit gambar: istockphoto

Tak salah kalau Daddy surprise kan Mommy dengan rawatan pembedahan lasik kan? Bila kena buat cermin mata pun guna duit juga secara berkala.

#14. Rawatan facial premium

rawatan wajah
Kredit gambar: istockphoto

Daddy tengok wajah artis nampak flawless je kan? Mereka selalu dapatkan rawatan facial yang premium di klinik estetik tau. Mesti makin menawan Mommy kalau buat rawatan hilangkan jeragat, jerawat, freckles dan macam-macam lagi.

#15. Beg laptop

hadiah untuk isteri beg laptop
Kredit gambar: istockphoto

Kalau Mommy selalu letak laptop nya dalam beg tangan, Daddy memang wajib belikannya beg laptop. Tak sama macam beg lain, beg laptop ni memang direka khas untuk menyimpan laptop dengan selamat dan selesa.

#16. Smart watch

hadiah untuk isteri smart watch
Kredit gambar: istockphoto

Kesihatan Mommy pun antara priority kan Daddy?

#17. Percutian ke luar negara

Kredit gambar: istockphoto

Untuk ulang tahun Mommy tahun ini, apa kata surprise kan dia dengan percutian ke luar negara yang Mommy selalu teringin nak pergi?

#18. Kain sembahyang

Kredit gambar: carousell.com.my

Kain sembahyang ni kena ada banyak. Untuk di rumah, untuk travel dan untuk bergilir-gilir.

#19. Buku

hadiah untuk isteri buku
Kredit gambar: istockphoto

Kalau Mommy suka membaca, beli je beberapa buku yang dalam wish list dia Daddy!

#20. Sarung bantal sutera

hadiah untuk isteri sarung bantal sutera
Kredit gambar: istockphoto

Orang kata, penggunaan sarung bantal sutera ni dapat mengurangkan rambut gugur dan kedutan di wajah. Berbaloi sangatlah kalau hadiahkan untuk Mommy tidur. Selesa lagi tu!

Hadiah Untuk Isteri

Memang pemberian hadiah ni subjektif kan? Kena pekalah dengan citarasa Mommy ya Daddy?

0 replies on “20 Idea Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri Yang Terkini”