Kadang-kadang kita sebagai Mommy tak terlalu risau bila tengok anak nampak aktif, ceria, dan masih boleh bermain seperti biasa. Walaupun makan tak selalu habis atau ada hari mereka hanya mahu makanan tertentu, kita anggap itu perkara biasa dalam fasa membesar.
Namun, di sebalik rutin harian yang nampak “okay”, keperluan nutrisi anak sebenarnya mungkin tidak sentiasa dipenuhi sepenuhnya.
Apabila anak mula memilih makanan atau kurang selera makan, pengambilan vitamin dan mineral penting daripada diet harian boleh menjadi tidak seimbang tanpa kita sedari.
Dalam tempoh tumbesaran yang pesat, kanak-kanak memerlukan sokongan nutrisi yang menyeluruh untuk membantu perkembangan otak, fokus, imuniti serta tumbesaran fizikal yang sihat.
Kekurangan nutrisi tertentu mungkin tidak nampak serta-merta, tetapi boleh memberi kesan kepada perkembangan mereka dalam jangka masa panjang.
Sebab itu, ramai Mommy mula peka dan mencari cara untuk memastikan keperluan nutrisi harian anak sentiasa lengkap, sebagai sokongan tambahan kepada diet seharian mereka.
Satu Tablet, 12 Vitamin Penting untuk Si Manja
Highlighted
Bagi membantu melengkapkan keperluan nutrisi harian anak, Pentavite Mixed Peach with Multivitamin C Chewable Tablet hadir sebagai pilihan yang praktikal untuk Mommy dalam menyokong tumbesaran si manja setiap hari.
Tidak hairanlah apabila Pentavite Mixed Peach with Multivitamin C Chewable Tablet menerima anugerah di Motherhood Choice Awards 2026 sebagai Suplemen Kanak-kanak Terbaik.
Pentavite merupakan jenama dari Australia yang telah dipercayai lebih 85 tahun sejak 1940. Dirumus bersama pakar nutrisi, ia direka khas untuk menyokong kesihatan, tumbesaran dan kesejahteraan keseluruhan kanak-kanak.

Apa yang menjadikannya lebih istimewa ialah kandungan 12 vitamin penting dalam satu tablet, yang dirumus berdasarkan Recommended Nutrient Intakes (RNI) untuk Malaysia bagi memenuhi keperluan nutrisi harian kanak-kanak.
Formulasi ini membantu menyokong perkembangan mata dan otak, daya fokus dan konsentrasi, sistem imun, kesihatan tulang, kulit serta selera makan, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk anak yang aktif, sedang membesar, mahupun picky eater.
Mudah Diambil dan Digemari Kanak-kanak

Salah satu cabaran yang sering dihadapi Mommy adalah memastikan anak mahu mengambil suplemen setiap hari.
Pentavite memudahkan rutin ini dengan bentuk Peach Bears chewable tablet yang comel serta rasa peach yang lazat daripada serbuk jus buah semula jadi. Rasa yang mesra kanak-kanak ini menjadikan waktu pengambilan vitamin lebih mudah dan menyeronokkan tanpa perlu dipaksa.
Dalam masa yang sama, formulanya juga lebih meyakinkan kerana bebas daripada pewarna tiruan, perisa tambahan, pengawet, bahan tenusu, soya, telur dan gluten.
Selain rasa yang digemari anak-anak, Pentavite juga mempunyai pensijilan KKM, SGS dan HALAL, menambahkan keyakinan kepada Mommy untuk mencuba.
Pilihan yang Meyakinkan Mommy untuk Si Manja
Mommy-mommy yang pernah mencuba turut berkongsi maklum balas positif, terutamanya dari segi rasa yang mudah diterima oleh anak serta kemudahan mendapatkan 12 vitamin penting dalam hanya satu tablet.


Dapatkan Pentavite Hari Ini

Secara keseluruhan, Pentavite bukan sahaja membantu melengkapkan keperluan nutrisi harian, malah memberi keyakinan kepada Mommy dalam menyokong tumbesaran si manja dengan lebih menyeluruh.
Produk ini boleh didapati melalui Pentavite Official Store di Shopee, Lazada dan TikTok Shop Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, Mommy boleh layari https://pentavite.com.my/.
Ketahui lebih lanjut tentang penjagaan kanak-kanak di SINI.



