Resepi Begedil Daging Yang Jauh Lebih Sedap & Sihat Daripada Nugget!

resepi begedil daging
Kredit gambar: Youtube @Che Nom

Selalunya kalau nak cepat, Mommy gorengkan atau letak je sosej atauĀ nuggetĀ dalam air-fryer kan? Hmm…sebenarnya kalau macam ni, tak sihat tau Mommy. Terutamanya untuk anak-anak yang sedang membesar, mereka memerlukan makanan yang cukup nutrisinya.

Apa kata kita buat makanan yang lebih kurang je seperti nugget tetapi lebih sihat iaitu begedil? Bukan budak-budak je, orang tua pun sukalah!

Resepi Begedil DagingĀ 

resepi begedil daging yang sedap
Kredit gambar: Youtube @Che Nom

Resepi oleh: Che Nom

Bahan-Bahan

  • Sekilo atau 7-8 biji kentang
  • 200 gram daging kisar
  • 1/2 biji bawang besar yang dipotong dadu kecil
  • 6 biji bawang merah yang dihiris nipis
  • Sepokok daun sup yang dihiris halus
  • 2 biji cili merah yang dipotong dadu kecil
  • Serbuk lada putih
  • Garam secukupnya
  • Sebiji telur untuk menggoreng

Cara-Cara

1. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumiskan sekejap bawang besar yang dihiris dadu.

tumiskan bwg besar
Kredit gambar: Youtube @Che Nom

2. Diikuti dengan daging kisar.

masuk daging kisar
Kredit gambar: Youtube @Che Nom

3. Kemudian, perasakan dengan garam dan serbuk lada putih. Kacau-kacau dan ketepikan.

perasakan dgn garam dan lada putih
Kredit gambar: Youtube @Che Nom

4. Masukkan minyak dan gorengkan kentang sehingga keperangan dengan api yang perlahan.

goreng kentang dan angkat
Kredit gambar: Youtube @Che Nom

5. Sekarang, kita nak goreng bawang goreng pula. Masukkan bawang merah yang dihiris nipis tadi dan gorengkan sehingga keperangan.

goreng bawang grg
Kredit gambar: Youtube @Che Nom

6. Dah sedia semua bahan untuk diadunkan, kita masukkan kentang goreng tadi ke dalam mangkuk dan lenyekkan ya Mommy.

lenyek kntg grg dlm mangkuk
Kredit gambar: Youtube @Che Nom

7. Kemudian, masukkan daging yang digoreng tadi bersama dengan bawang goreng, cili merah dan daun sup yang dihiris halus. Perasakan sekali dengan garam dan serbuk lada putih secukup rasa.

masuk dgg, daun sup, cili dan perasakan
Kredit gambar: Youtube @Che Nom

8. Adunkan rata dan bulatkan begedil mampat. Susun di atas dulang.

adunkan rata dan bulatkan mampat
Kredit gambar: Youtube @Che Nom

9. Pecahkan telur dan kacaukan dengan sedikit garam dan salutkan begedil dengannya.

salut begedil dlm telur
Kredit gambar: Youtube @Che Nom

10. Terus gorengkan begedil daging sehingga keperangan. Siap dimakan panas-panas!

goreng resepi begedil daging
Kredit gambar: Youtube @Che Nom

Tips Memasak Begedil DagingĀ 

  • Kalau tak nak buat sendiri bawang goreng tu pun tak apa. Tapi kalau Mommy nak buat sendiri, pastikan jangan terlebih garing ya? Rasa hangit nanti.
  • Pastikan goreng daging tu sehingga airnya kering tau Mommy. Kita tak nak begedil kita terlebih lembut nanti.
  • Ada juga yang suka campurkan sekali dengan sayur seperti lobak merah yang disagat halus. Boleh juga cuba ya?

Kalau nak simpan dan buat lain kali, bekukan je dengan dulang sekejap. Bila dah agak keras, bolehlah masukkan ke dalam bekas plastik atau storage bag yang air-tight.Ā 

Tak susah pun, sedap dan sihat kan Mommy?

begedil daging

Resepi Begedil Daging

Course Snek
Cuisine Melayu

Equipment

  • Kuali
  • Sudip
  • Potato masher

Ingredients
  

  • Sekilo kentang
  • 200 gram daging kisar
  • 1/2 biji bawang besar yang dipotong dadu kecil
  • 6 biji bawang merah yang dihiris nipis
  • Sepokok daun sup yang dihiris halus
  • 2 biji cili merah yang dipotong dadu kecil
  • Serbuk lada putih
  • Garam secukupnya
  • Sebiji telur untuk menggoreng

Instructions
 

  • Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumiskan sekejap bawang besar yang dihiris dadu.
  • Diikuti dengan daging kisar.
  • Perasakan dengan garam dan serbuk lada putih. Kacau-kacau dan ketepikan.
  • Masukkan minyak dan gorengkan kentang hingga keperangan dengan api yang perlahan.
  • Sekarang, kita nak goreng bawang goreng. Masukkan bawang merah yang dihiris nipis tadi dan gorengkan sehingga keperangan.
  • Dah sedia semua bahan untuk diadunkan, masukkan kentang goreng ke dalam mangkuk dan lenyekkan.
  • Diikuti daging yang digoreng tadi bersama dengan bawang goreng, cili merah dan daun sup yang dihiris halus. Perasakan sekali dengan garam dan serbuk lada putih secukup rasa.
  • Adunkan rata dan bulatkan begedil mampat. Susun di atas dulang.
  • Pecahkan telur dan kacaukan dengan sedikit garam dan salutkan begedil dengannya.
  • Terus gorengkan begedil daging sehingga keperangan. Siap dimakan panas-panas!
Keyword Kek, Kuih, dan Pastri
Tried this recipe?Let us know how it was!

Untuk pelbagai resepi menyelerakan selain daripada resepi kari ikan ini, Mommy boleh klikĀ SINI.

0 replies on “Resepi Begedil Daging Yang Jauh Lebih Sedap & Sihat Daripada Nugget!”