Resepi Daging Harimau Menangis Yang Mudah Tapi Terangkat!

resepi daging harimau menangis
Kredit gambar: Facebook @Resepi Sedap Mudah Buat

Bila tengok ketulan daging dalam peti sejuk, terfikir pula nak masak apa. Kadang-kadang tu, rasa nak makan protein je. Cicah dengan sos dan dilengkapi dengan sayur-sayuran. Tak nak makan nasi dan yang berat-berat.

Kalau Mommy tengah rasa macam ni dan sedang mencari resepi protein yang boleh membuka selera, apa kata cuba buat daging harimau menangis ni?

Resepi Daging Harimau Menangis

Highlighted

daging harimau menangis
Kredit gambar: ciktom.com

Resepi oleh: iCookAsia

Bahan-Bahan

Bahan perap daging

  • Sekilo daging yang dipotong nipis
  • 3 sudu besar sos cili SAJI
  • 3 sudu besar sos tiram SAJI
  • 4 sudu besar sos lada hitam
  • 4 sudu besar sos ikan
  • Sesudu besar lada hitam ditumbuk
  • 1/2 sudu kecil garam gunung SAJI
  • 1/4 cawan minyak masak SAJI

Bahan sos

  • Secawan air asam jawa
  • 3 sudu sos ikan
  • Jus sebiji limau nipis
  • 1/2 cawan gula melaka yang ditumbuk halus
  • 10 biji cili api yang ditumbuk
  • Sebiji bawang merah yang dihiris nipis
  • Sesudu besar beras yang disangai dan ditumbuk halus
  • 2 helai daun ketumbar yang dipotong halus
  • Sedikit garam

Cara-Cara

1. Dalam mangkuk, campurkan kesemua bahan perapan daging bersama dengan isi daging dan perapkan selama 2 jam.

gaul dan perap daging
Kredit gambar: Youtube @iCookAsia

2. Sementara tu, kita buatkan sosnya. campurkan kesemua bahan sos dan kacaukan sebati dalam mangkuk kecil.

campur semua bahan sos dan kacau
Kredit gambar: Youtube @iCookAsia

3. Sekarang, panaskan non-stick frying pan dan bakar daging kita yang diperap tadi.

panas kuali dan bakar daging
Kredit gambar: Youtube @iCookAsia

4. Bila daging dan masak, hidangkan dan siap untuk dicicah bersama sos tadi!

siap daging harimau menangis
Kredit gambar: Youtube @iCookAsia

Tips Memasak Daging Harimau Menangis

  • Mommy pandai-pandailah seimbangkan rasa manis, masin, pedas dan masam untuk bahan perapan daging dan sos ni ya? Apa pun, ikut selera masing-masing kan.

Sedapnya nikmati daging harimau menangis ni. Cicah dengan sosnya…memang menjerit lah!

Selamat mencuba!


Jom cuba resepi yang lain di SINI.

0 replies on “Resepi Daging Harimau Menangis Yang Mudah Tapi Terangkat!”