Resepi Ikan Bakar dan Cara Buat Pesnya

resepi ikan bakar
Kredit gambar:

Aduhai.. kalau dengar je lauk ikan bakar, panggang tawar pun sedap. Apatah lagi kalau yang berempah dan penuh dengan rasa kan?

Haa.. kalau nak belajar cara buat pes ikan bakar dan kaedah yang betul untuk bakar ikan, jom, tengok bahan-bahan dan cara-caranya di bawah.

Resepi Ikan Bakar

Highlighted

ikan bakar
Kredit gambar: Youtube @Che Nom

Resepi oleh: Che Nom

Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk ikan bakar

  • 4 ekor ikan yang bersaiz besar seperti ikan mabong
  • Daun pisang secukupnya
  • Sedikit minyak masak

Bahan-bahan untuk pes ikan bakar

  • 3 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • Seketul kunyit hidup *
  • ½ inci halia *
  • Sebatang serai *
  • ½ inci lengkuas *
  • 2 hingga 3 sudu besar cili kisar *
  • ½ sudu besar serbuk kari ikan *
  • 2 sudu besar air asam jawa *
  • ½ hingga sesudu kecil garam *
  • Sedikit air *
  • Sesenduk minyak masak
  • ½ hingga sesudu kecil gula

Cara-Cara

Cara buat pes ikan bakar

1. Pertama sekali, kisarkan halus kesemua bahan bertanda * untuk buat pes ikan bakar.

kisar halus semua bahan bertanda
Kredit gambar: Youtube @Che Nom

2. Kemudian, panaskan minyak masak dan tumiskan bahan kisar halus ini sehingga pecah minyak.

tumis hingga pecah minyak
Kredit gambar: Youtube @Che Nom

3. Masukkan pula gula dan tambah air jika pes terlalu pekat ya.

masukkan gula dan tambah air
Kredit gambar: Youtube @Che Nom

4. Sambung tumis selama 15 minit gitu dan siap pesnya.

sambung tumis dalam 15 minit
Kredit gambar: Youtube @Che Nom

Cara bakar ikan bakar

1. Kelarkan ikan pilihan supaya pes lebih menyerap nanti.

kelar ikan
Kredit gambar: Youtube @Che Nom

2. Kemudian lumurkan pes pada ikan, masukkan di celah-celah kelar ikan dan perutnya juga.

lumur ikan dgn pes
Kredit gambar: Youtube @Che Nom

3. Dah siap, balutkan ikan dalam daun pisang. Tambahkan pes jika perlu dan ada lebih.

balut ikan dengan daun pisang
Kredit gambar: Youtube @Che Nom

4. Kemudian, panaskan minyak sedikit di dalam pan dan bakarkan ikan dengan api sederhana. Tutup pan jika perlu, tapi jangan sepenuhnya ya.

panas minyak dan bakar ikan
Kredit gambar: Youtube @Che Nom

5. Bila ikan dah nak masak, bolehlah nak balikkan sekejap.

balikkan ikan
Kredit gambar: Youtube @Che Nom

6. Ikan bakar dah masak!

ikan bakar dah masak
Kredit gambar: Youtube @Che Nom

Tips Memasak Ikan Bakar

  • Kalau Mommy tak ada daun pisang, boleh je gantikan dengan daun kunyit. Dua-dua sedap tau.
  • Ikan yang bersaiz kecil kurang sesuai untuk resepi ini. Nanti dah masak, isinya tak banyak sebab agak kecut dan lebih mudah hancur.

Tengok juga resepi-resepi yang lain di SINI. Mudah, cepat, dan tentunya sedap!

 

0 replies on “Resepi Ikan Bakar dan Cara Buat Pesnya”