Resepi Kerutuk Ayam Masakan Simple Tapi Rasa Yang Menyengat!

resepi kerutuk ayam
Kredit gambar Blog Arisa

Resepi kerutuk ayam adalah hidangan yang popular dan berasal dari negeri pantai timur iaitu Kelantan. Hidangan ini mempunyai rasa yang sangat enak walaupun tampak ringkas dan mudah disediakan.

Bagi Mommy yang suka masak menu yang simple, resepi ini adalah antara salah satu pilihan menu yang tepat dan patut ada dalam senarai masakan mingguan Mommy.

Jom kita pelajari menu sedap dari pantai timur ini!

Resepi Kerutuk Ayam

Bahan-bahan

  • Ayam – potong dan bersihkan

Bahan kisar atau tumbuk

  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 4 sudu besar penuh rempah kerutuk
  • 5 ulas bawang merah (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1 serai dititik
  • Asam keping
  • Sedikit kerisik
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Garam dan gula
  • Santan

Cara-cara Masak

#1. Mula-mula, panaskan minyak di dalam kuali, kemudian Mommy masukkan tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan bawang merah serta bawang putih yang telah Mommy mayang sehingga wangi.

kerutuk ayam
Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Kemudian, masukkan bahan yang telah Mommy kisar atau tumbuk tadi.

menu ayam
Kredit gambar: Facebook @MAHN

Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.

#3. Seterusnya, Mommy tambahkan pula rempah kerutuk yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga rata dan masukkan ayam serta sedikit santan.

menu kerutuk ayam
Kredit gambar: Facebook @MAHN

#4. Mommy gunakan api perlahan untuk masak sehingga air menjadi kering dan santan pecah minyak.

menu ayam
Kredit gambar: Facebook @MAHN

Selepas itu Mommy masukkan serai yang diketuk dan, kerisik, asam keping, garam, gula secukupnya dan baki santan yang tinggal.

#5. Kemudian, Mommy perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa Mommy.

#6. Biarkan ia mendidih sekejap dan apabila kuah sudah pekat dan berpalit pada ayam, padamkan api. Sedia dihidang.

kerutuk ayam
Kredit gambar: Blog ThokohMakan

Tips/Petua Memasak Resepi Kerutuk AyamĀ 

  • Selain ayam, Mommy boleh juga gantikannya dengan itik, daging dan juga kambing.
  • Masakan ini agak pedas, tetapi boleh seimbangkan dengan rasa manis dari bahan gula melaka.
  • Kalau Mommy nak sedapkan lagi kerutuk ayam ini, pastikan Mommy guna kerisik yang masih lagi segar dan berbau harum.
  • Masak biar kuah berpalit dengan ayam barulah rasanya lebih enak dan mesra.
resepi kerutuk ayam

Resepi Kerutuk Ayam

Course Menu Utama
Cuisine Melayu

Ingredients
  

  • 1 ekor Ayam

Bahan kisar atau tumbuk

  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 4 sudu besar rempah kerutuk
  • 5 ulas bawang merah dimayang
  • 2 ulas bawang putih dimayang
  • 1 batang serai dititik
  • Asam keping
  • Sedikit kerisik
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Garam
  • Gula
  • Santan

Instructions
 

  • Mula-mula, panaskan minyak di dalam kuali, kemudian Mommy masukkan tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan bawang merah serta bawang putih yang telah Mommy mayang sehingga wangi.
  • Kemudian, masukkan bahan yang telah Mommy kisar atau tumbuk tadi. Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
  • Seterusnya, Mommy tambahkan pula rempah kerutuk yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga rata dan masukkan ayam serta sedikit santan.
  • Mommy gunakan api perlahan untuk masak sehingga air menjadi kering dan santan pecah minyak. Selepas itu Mommy masukkan serai yang diketuk dan, kerisik, asam keping, garam, gula secukupnya dan baki santan yang tinggal.
  • Kemudian, Mommy perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa Mommy.
  • Biarkan ia mendidih sekejap dan apabila kuah sudah pekat dan berpalit pada ayam, padamkan api. Sedia dihidang.
Keyword Keluarga
Tried this recipe?Let us know how it was!

Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lainĀ DI SINI.

0 replies on “Resepi Kerutuk Ayam Masakan Simple Tapi Rasa Yang Menyengat!”