Resepi Nasi Beriani Yang Mudah Dan Boleh Buat Di Rumah Je – Wajib Cuba!

Kredit gambar: cookpad.com

Dalam budaya memasak di kalangan rakyat Malaysia, terdapat beberapa resepi turun-temurun yang masih digunakan dan dijadikan panduan sehingga kini. Resepi-resepi ini tentunya sedap dan mendapat sambutan yang menyeluruh. Resepi nasi beriani juga merupakan salah satunya.

Ada yang panggil beriani, beryani, biryani dan juga briyani. Tetapi sebenarnya ia resepi yang sama sahaja. Cuma gelarannya sahaja yang pelbagai.

Resepi Nasi Beriani 

Highlighted

cara buat nasi beriani
Kredit gambar: istockphoto

Resepi oleh: cookpad

Bahan-Bahan

  • 3 pot beras basmathi (360 gram) yang telah dibasuh dan ditoskan
  • 3 pot air
  • 200 gram isi ayam yang dipotong dadu
  • Sebiji cili hijau yang dipotong serong

Bahan kisar

  • 3 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 10 biji tomato cherry atau sebiji tomato

Bahan tumis

  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar ghee
  • 4 sudu besar rempah briyani adabi

Perasa

  • Sebatang daun ketumbar berserta akarnya
  • Sebatang daun pudina
  • Sehelai daun pandan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 sudu besar sos tomato
  • Sesudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam himalaya
  • 1/2 sudu kecil  ajinomoto

Cara-Cara

1. Sediakan kesemua bahan dan kisarkan halus bahan-bahan kisar.

bahan-bahan untuk resepi nasi beriani
Kredit gambar: cookpad. com
kisar bahan beriani
Kredit gambar: cookpad. com

2. Panaskan ghee dan minyak dan terus tumis bahan yang dikisar.

panaskan minyak dan ghee
Kredit gambar: cookpad. com
tumis bahan kisar
Kredit gambar: cookpad. com

3. Bila dah agak kering, masukkan rempah beriani adabi dan kacau-kacau.

masuk rempah beriani adabi
Kredit gambar: cookpad. com

4. Kemudian, masukkan pula isi ayam dan kacau sebati sehingga ia separuh masak.

masuk ayam dan tumis
Kredit gambar: cookpad. com

5. Diikuti dengan kesemua bahan perasa satu persatu.

masuk daun pandan pudina dan ketumbar
Kredit gambar: cookpad. com
masuk susu cair
Kredit gambar: cookpad. com
masuk sos tomato
Kredit gambar: cookpad. com
masuk gula garam
Kredit gambar: cookpad. com

6. Kacau sebati kesemuanya dan masukkan beras basmathi, air dan cili hijau.

masuk beras dan cili hijau
Kredit gambar: cookpad. com
masuk air
Kredit gambar: cookpad. com

7. Gaulkan kesemuanya dan masak nasi macam biasa guna rice cooker.

resepi nasi beriani masak dalam rice cooker
Kredit gambar: cookpad. com

8. Nasi beriani dah masak dan siap untuk dihidang!

resepi nasi beriani
Kredit gambar: cookpad. com

Tips Memasak Nasi Beriani

  • Selepas nasi beriani dah masak, kacau perlahan-lahan untuk leraikannya.
  • Kalau tak ada beras basmathi, Mommy boleh gunakan beras biasa. Cuma ia tak akan lerai sama cantik seperti beras basmathi.
  • Sekiranya Mommy atau ahli keluarga tak suka lauk ayam, boleh tukar dengan lauk lain seperti daging atau kambing.

Nasi beriani ni memang sedap. Tambah-tambah dimakan bersama acar jelatah dan lauk ayam. Ayam masak merah ke, masak kurma ke, kari ke, boleh sahaja asalkan kena dengan selera masing-masing. Selamat mencuba!

0 replies on “Resepi Nasi Beriani Yang Mudah Dan Boleh Buat Di Rumah Je – Wajib Cuba!”