Resepi Sotong Bakar Ala Thai Yang Penuh Nikmat!

Sumber: Nur @ rasa.my

Sejak bermulanya fasa endemik, rakyat Malaysia sudah dibenarkan untuk pergi melancong, sama ada dalam negeri ataupun ke negara luar. Kalau Mama suka pergi ke Thailand, tentu teringat-ingat makanan di situ, tomyam original dari Thailand, ikan stim limau dan sotong bakar ala Thai. Sosnya yang penuh perasa itu mesti dah lama diidam-idamkan!

Tak perlu risau kalau tak dapat melancong dan makan di Thailand. Kali ini Motherhood ingin kongsikan resepi sotong bakar ala Thai yang amat ringkas dan memenuhi citarasa ramai. Mommy cuma perlu pastikan Mommy boleh mendapatkan bahan-bahan yang sesuai untuk mendapatkan rasa yang sama macam dekat Thailand itu.

Resepi ini terbahagi kepada dua bahagian – satu untuk perap sotong bakar dan lagi satu untuk sos sotong bakar tersebut. Jom tengok macam mana nak masak resepi sotong bakar yang mudah ini.

Cara-Cara Memasak Resepi Sotong Bakar Thai

1. Bersihkan sotong dan kelar sedikit di bahagian atas badan sotong. Mesti hati-hati, jangan sampai putus ya, cukup sekadar untuk ‘membuka’ badannya supaya sotong akan masak dengan sempurna dan menyerap sosnya dengan lebih baik.

2. Perap sotong dengan bahan-bahan perapan iaitu jus limau, sos tiram, madu dan sedikit garam. Biarkan perapan ini selama 10-20 minit.

3. Sementara itu, kisarkan bahan-bahan untuk buat sos seperti bawang putih, cili padi, cili merah, jus limau, sos tiram dan sos ikan. Nak tumbuk pun boleh.

tumbuk bahan sos
Kredit gambar: youtube.com/watch?v=WbWcF-qasiY

4. Jangan lupa untuk perasakan sos itu dengan garam dan gula secukupnya ya. Akhir sekali, barulah masukkan daun ketumbar dan gaul rata sosnya.

masuk daun ktmbar
Kredit gambar: rasa.my

5. Seterusnya, bakarkan sotong perap tadi hingga masak.

bakar sotong hingga masak
Kredit gambar: youtube.com/watch?v=WbWcF-qasiY

6. Akhir sekali, tuangkan sos Thai tadi ke atasnya, biarkan sos itu masuk di celah-celah potongan badan sotong.

tuang sos

7. Siap untuk dihidang!

resepi sotong bakar thai
Sumber: Nur @ rasa.my

Untuk memudahkan Mommy, Mommy boleh ikuti langkah-langkah yang telah dirumuskan di bawah ini. Mommy nak cetak dan kongsikan bersama rakan-rakan yang lain pun boleh.

Resepi Sotong Bakar Ala Thai

Sedap sungguh gabungan sotong bakar dengan sos Thai yang rasa masam dan pedas! Lihat di sini untuk resepi sotong bakar Thai yang mudah ini.
Cook Time 40 mins
Course Menu Utama
Cuisine Melayu, Thailand

Ingredients
  

Bahan Perap Sotong

  • 5 ekor sotong (dibersihkan)
  • 1 1/2 sudu jus lemon
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu madu
  • secubit garam

Bahan Sos Sotong

  • 5 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi
  • 1-2 tangkai cili merah
  • 3 sudu jus lemon
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • garam dan gula secukupnya

Instructions
 

  • Bersihkah sotong dan kelar sedikit bahagian badan sotong.
  • Perap sotong dengan bahan-bahan perapan, iaitu jus limau, sos tiram, madu, dan sedikit garam.Ā 
  • Sementara sotong diperap, kisar bahan-bahan sos iaitu bawang putih, cili padi, cili merah, jus lemon, sos tiram, dan sos ikan.Ā 
  • Perasakan sos dengan garam dan gula secukupnya, kemudian barulah masukkan daun ketumbar dan gaul rata.Ā 
  • Bakar sotong yang telah diperap tadi hingga masak.Ā 
  • Tuang sos ke atas sotong selepas sudah dibakar untuk dihidang.Ā 
Keyword Keluarga
Tried this recipe?Let us know how it was!

Cuba sekali, pasti nak lagi! Sedap bukan?

Yang tak makan pedas pun pasti rasa nak lagi dan lagi. Sambil-sambil Mommy tambah nasi untuk habiskan lauk sotong bakar ini, lihat juga resepi sotong paprik ala thai yang amat mudah dan menyelerakan ini.

Sumber resepi: Erna Hezreen Hamzah @ cookpad

0 replies on “Resepi Sotong Bakar Ala Thai Yang Penuh Nikmat!”