Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Sup Ikan Merah Menu Yang Cepat Masak Dan Berkhasiat

resepi sup ikan merah

Sumber Khairul Abdullah

Resepi sup ikan merah ini sangat ringkas, sedap dan juga berkhasiat. Selain mudah disediakan, ianya sangat sesuai dimakan dengan menghirupnya begitu sahaja atau dimakan dengan nasi yang panas-panas.

Kalau ada di antara ahli keluarga Mommy yang sedang demam atau mengalami selesema, sediakan hidangan sup ikan merah ini untuk mereka kerana ianya mengandungi kandungan khasiat yang tinggi dan mampu mengurangkan selesema dan panas badan.

Jom Min kongsikan beberapa resepi sup ikan merah yang mudah dan tidak bau hanyir:

Resepi Sup Ikan Merah Versi I

Kredit gambar: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Bahan-bahan

  • 3 ekor ikan merah
  • 1 sup bunjut ikan*
  • 3 ulas bawang putih yang dimayang*
  • 5 ulas bawang merah yang dimayang*
  • 1 batang serai yang dititik/ketuk
  • 3 biji bunga lawang*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 3 biji cengkih*
  • 1 batang kayu manis*
  • 2 inci halia yang diketuk*
  • 1 biji tomato yang dibelah empat
  • 1 pokok daun sup yang dimayang
  • 1 pokok daun bawang yang dimayang
  • 1 paket perencah sup

Cara-cara 

1. Basuh ikan dahulu dengan air asam jawa dan biarkannya untuk seketika waktu.

Kredit gambar: Facebook@Kamarul Ariffin Nor Sadan

Kemudian panaskan pula minyak dan tumis bahan-bahan yang bertanda * sehinggalah berbau wangi.

2. Masukkan pula air dalam 2 gelas atau mengikut kemahuan Mommy, setelah air mulai menggelegak, masukkan ikan, garam atau perasa jika suka.

Sumber Facebook@Kamarul Ariffin Nor Sadan

Tunggu sehingga ikan masak dan masukkan pula tomato.

3. Akhir sekali, tutup api dan taburkan potongan daun sup dan juga daun bawang.

Sedia untuk dihidangkan. Sangat sesuai dimakan bersama-sama dengan nasi yang masih lagi panas.

Resepi Sambal Kicap untuk Sup Ikan Merah

Kredit gambar: Hobi Makan

Bahan-bahan

  • Cili padi
  • Bawang putih
  • Limau nipis
  • Kicap

Cara-cara

  1. Tumbuk cili padi dan bawang putih, masukkan kicap, perahkan limau. Hiris nipis kulit limau dan masukkan ke dalam sambal.
  2. Siap untuk dinikmati bersama sup ikan dan nasi putih.

Resepi oleh : resipisheilarusly

Print

Resepi Sup Ikan Merah (Versi 1)

Course Menu Utama
Cuisine Melayu
Keyword Keluarga
Author Sheila Rusly

Ingredients

  • 3 ekor Ikan Merah
  • 1 paket Sup bunjut ikan*
  • 3 ulas Bawang putih* dimayang
  • 5 ulas Bawang merah* dimayang
  • 1 batang Serai dititik
  • 3 biji Bunga lawang*
  • 3 biji Buah pelaga*
  • 3 biji Cengkih*
  • 1 batang Kayu manis*
  • 2 inci Halia* diketuk
  • 1 biji Tomati dibelah empat
  • 1 pokok Daun sup dimayang
  • 1 pokok Daun bawang dimayang
  • 1 paket Perencah sup

Instructions

  • Basuh ikan dahulu dengan air asam jawa dan biarkannya untuk seketika. Kemudian panaskan pula minyak dan tumis bahan-bahan yang bertanda * sehinggalah berbau wangi.
  • Masukkan dalam 2 gelas air atau mengikut citarasa. Setelah air mulai menggelegak, masukkan ikan, garam atau serbuk perasa jika perlu. Tunggu sehingga ikan masak dan masukkan pula tomato.
  • Apabila sup sudah mendidih, tutup api dan taburkan potongan daun sup dan juga daun bawang.

Resepi Sup Ikan Merah Versi II 

Bahan-bahan

  • 4 ketul ikan merah
  • 1 biji bawang besar yang dihiris
  • 3 ulas bawang putih yang dihiris
  • 1 inci halia yang dihiris
  • 2 batang serai yang diketuk
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji bunga cengkih
  • 3 tangkai hujung daun sup yang dipotong 2 inci
  • 1 paket sup bunjut ikan
  • 1 sdb serbuk rempah sup ayam (dibancuh dengan sedikit air)
  • Serbuk pati ayam
  • 1 sdt serbuk lada hitam yang kasar
  • Bawang kecil yang digoreng
  • Daun sup
  • Air secukupnya

Bahan-bahan Sayur

  • lobak merah
  • kentang
  • tomato
  • saderi

Cara-cara

1. Tumis dahulu bunga lawang, kayu manis, buah pala, bunga cengkih seketika.

Kredit gambar: Facebook@Noorazwa Wawa

2. Kemudian masukkan bawang, halia, bawang putih dan serai. Tumis sehingga bawang layu. Seterusnya masukkan rempah sup ayam yang sudah dibancuh air.

3. Menggunakan api sederhana, tumis sehingga rempah pecah minyak, kemudian masukkan serbuk lada hitam dan hujung daun sup.

Kredit gambar: Facebook@Noorazwa Wawa

4. Tumis sebentar dan masukkan air. Seterusnya masukkan pula serbuk pati ayam dan sup bunjut.

5. Bila kuah sudah mendidih, masukkan kentang, lobak merah dan saderi. Boleh perasakan sup dengan garam.

Kredit gambar: Facebook@Noorazwa Wawa

5. Bila kuah sudah pekat, kentang dan lobak merah sudah empuk, masukkan ikan dan tomato.

6. Tunggu sehingga masak, sedia untuk dihidang.

Kredit resepi: roszana ismail via Resepi Sedap

Print

Resepi Sup Ikan Merah (Versi 2)

Course Menu Utama
Cuisine Melayu
Keyword Keluarga

Ingredients

  • 4 ekor Ikan Merah
  • 1 biji Bawang besar dihiris
  • 3 ulas Bawang putih dihiris
  • 1 inci Halia dihiris
  • 2 batang Serai diketuk
  • 2 biji Bunga lawang
  • 2 biji Bunga cengkih
  • 3 tangkai Hujung daun sup (dipotong 2 inci)
  • 1 paket Sup bunjut ikan
  • 1 sudu besar Serbuk rempah sup ayam dibancuh dengan sedikit air
  • Serbuk pati ayam
  • 1 sudu kecil Serbuk lada hitam kasar
  • Bawang kecil yang digoreng
  • Daun sup
  • Air

Bahan-bahan Sayur

  • Lobak merah dihiris atau dipotong dadu
  • Kentang dipotong dadu besar
  • Tomato dibelah empat
  • Saderi

Instructions

  • Tumis bunga lawang, kayu manis, buah pala, bunga cengkih seketika.
  • Kemudian masukkan bawang, halia, bawang putih dan serai. Tumis sehingga bawang layu. Seterusnya masukkan rempah sup ayam yang sudah dibancuh air.
  • Menggunakan api sederhana, tumis sehingga rempah pecah minyak, kemudian masukkan serbuk lada hitam dan hujung daun sup.
  • Tumis sebentar dan masukkan air. Seterusnya masukkan pula serbuk pati ayam dan sup bunjut.
  • Bila kuah sudah mendidih, masukkan kentang, lobak merah dan saderi. Boleh perasakan sup dengan garam.
  • Bila kuah sudah pekat, kentang dan lobak merah sudah empuk, masukkan ikan dan tomato.
  • Tunggu sehingga masak, sedia untuk dihidang.

Tips/Petua Memasak Resepi Sup Ikan Merah

  • Untuk sedapkan lagi sup, Mommy boleh ambil minyak dari gorengan bawang untuk dijadikan minyak tumis sup.

Dapatkan pelbagai resepi menarik DI SINI.