Resepi Sup Tulang Thai Yang Empuk Dan Pedas Memikat Selera!

Sup tulang antara menu yang sangat popularĀ setiap kali berkunjung ke kedai masakan siam.

Sup tulang ala thai mempunyai rasa pedas dan masam yang mampu memikat selera seseorang.

Kalau suami atau anak Mommy peminat daging dan tulang boleh lah cuba resepi ni. Confirm Daddy suka!

Resepi Sup Tulang Thai

Bahan-Bahan

  • 500g Tulang

Bahan Untuk Rempah Ratus:

  • kayu manis
  • buah pelaga
  • bunga lawang
  • 2-3 tangkai cengkih

Bahan Untuk Dikisar:Ā 

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan putih

Bahan Untuk Dipotong Dadu Besar:Ā 

  • 1/2 batang lobak merah
  • 2 biji kentang sederhana besar
  • tomato (potong 4)

Cara-Cara Penyediaan

1. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam periuk.

Kredit Gambar: Youtube Che Nom

2. Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak.

Kredit Gambar: Youtube Che Nom

3. Masukkan air rebusan tulang.

Kredit Gambar: Youtube Che Nom

4. Masukkan tulang dan kacau biar sebentar dalam beberapa minit.

resepi sup tulang thai
Kredit Gambar: Youtube Che Nom

5. Bila sup sudah mula mendidih,masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk.

6. Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa.

resepi sup tulang thai
Kredit Gambar: Youtube Che Nom

7. Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang.

resepi sup tulang thai
Kredit Gambar: Youtube Che Nom

Tips Menyediakan Resepi Sup Tulang Thai

  • Untuk menjimatkan masa Mommy memasak resepi sup tulang Thai ini, rebus tulang lembu di dalam periuk yang lain dan pastikan tulang dimasak sehingga empuk.

Kredit Resepi: Che NomĀ 

resepi sup tulang thai

Resepi Sup Tulang Ala Thai

Cook Time 20 mins
Course Sup
Cuisine Thailand
Servings 4

Ingredients
  

  • 500 gram Tulang

Bahan untuk rempah tumis

  • 1-2 batang Kayu manis
  • 2-3 biji Buah pelaga
  • 2-3 biji Bunga lawang
  • 2-3 ulas Cengkih

Bahan untuk dikisar

  • 3 ulas Bawang putih
  • 3 biji Bawang merah
  • 3 biji Buah keras
  • 1 sudu kecil Jintan manis
  • 1 sudu kecil Serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil Jintan putih
  • 1 sudu besar Lada hitam

Bahan untuk dipotong dadu besar

  • 1/2 batang Lobak merah
  • 2 biji Kentang (sederhana besar)
  • Tomato (dipotong empat)

Instructions
 

  • Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk.
  • Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak.
  • Masukkan air rebusan tulang.
  • Masukkan tulang, gaul, dan biar sebentar.
  • Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk.
  • Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa.
  • Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang.
Keyword Keluarga
Tried this recipe?Let us know how it was!

Selamat Mencuba Mommy!


Dapatkan lebih banyak pilihan resepi yang sedap dan sihat di SINI.

0 replies on “Resepi Sup Tulang Thai Yang Empuk Dan Pedas Memikat Selera!”