Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ini 10 Pilihan Resepi Untuk Banyakkan Susu Mommy. Pastinya Berkesan!

Penyusuan susu badan adalah satu perjuangan yang besar bagi ibu-ibu yang sedang menyusu anak kecil.

Mereka memerlukan makan lebih banyak protein untuk hasilkan susu badan mencukupi.

Biasanya untuk hasilkan susu badan sekurang-kurangnya perlu 300 kalori dan perlu diingat lemak juga penting dalam pembentukan sel otak dan tumbesaran tubuh untuk tahun pertama bayi.

Jangan bimbang, Mommy boleh amalkan makanan tambahan susu ibu dan mencuba resepi di bawah untuk memperbanyakkan lagi susu dengan nutrien yang secukupnya.

10 Resepi Untuk Banyakkan Susu Mommy 

Print

Sup Fenugreek

Course Sup
Cuisine Malaysian
Keyword Menyusu

Ingredients

  • 1 cawan daun funegreek segar
  • 1/2 bawang besar dicincang halus
  • 1 biji tomato segar
  • 3-4 ulas bawang putih yang dicincang
  • 2 cawan air
  • 2 sudu minyak bijan
  • garam secukupnya
  • lada secukupnya

Instructions

  • Cuci dan bersihkan daun fenugreek.
  • Masukkan minyak bijan, bawang putih, bawang besar dan tumiskan.
  • Masukkan tomato dan tunggu selama beberapa minit.
  • Tambah daun fenugreek dan tumis sehingga ia layu.
  • Masukkan 2 cawan air, garam dan lada reneh sehingga 15 minit.
  • Hidang dan boleh dimakan bersama nasi putih.

Print

Sup Ikan Campur Betik

Course Sup
Cuisine Melayu
Keyword Menyusu

Ingredients

  • 4 ekor ikan gelama kerisi
  • 1 biji betik saiz sederhana
  • 5 keping dried scallops
  • 3 biji buah kurma
  • 2 liter air
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu teh minyak
  • setengah inci halia

Instructions

  • Bersihkan ikan hingga bersih dan lumur sedikit garam.
  • Kupas dan potong betik bentuk kiub.
  • Boleh mula didihkan sup.
  • Dalam kuali, tambah minyak dan goreng ikan bersama api sederhana. Goreng sehingga ikan masak.
  • Masuk isi ikan ke dalam sup dan tambah air.
  • Setelah itu, masukkan pula betik dan halia.
  • Rebus sekurang-kurangnya satu jam.

 

Print

Oatmeal

Course Snek
Cuisine Barat
Keyword Menyusu

Ingredients

  • 1/2 cawan oat
  • 2 sudu gula perang
  • 2 sudu teh biji rami
  • 1/2 sudu brewer's yeast
  • 1/2 kayu manis
  • 1 cawan air
  • 1-2 sudu madu
  • beberapa sudu krimer
  • sedikit garam
  • buah-buahan

Instructions

  • Campurkan oat, biji rami, garam, gula perang, kayu manis, buah kering ke dalam mangkuk.
  • Tambah 1 cawan brewer's yeast. Kacau dan masukkan dalam microwave.
  • Panaskan selama 3 minit.
  • Sebelum makan, campurkan bersama madu dan susu.

Print

Muffin Malunggay

Course Kek
Cuisine Cina
Keyword Menyusu

Ingredients

  • 1/2 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung serbaguna
  • 3 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu vanila
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu daun malunggay yang sudah dikisar

Instructions

  • Ayak tepung serba guna, serbuk penaik dan garam. Kemudian ketepikan.
  • Gaul krim mentega dan gula. Setelah itu, tambah telur dan kacau rata.
  • Campurkan vanila, susu dan serbuk daun malunggay. Masukkan campuran basah ke dalam bahan kering tadi.
  • Tuang campuran ini ke dalam cawan muffin dan bakar dalam ketuhar dengan suhu 200°C selama 25 minit.

 

Print

Bobbies bites

Course Snek
Cuisine Barat
Keyword Menyusu

Ingredients

  • 1 cawan oatmeal
  • 1/2 cawan peanut butter
  • 1/2 cawan biji rami
  • 1 cawan kelapa yang telah dikisar
  • 1/3 cawan madu
  • 1/2 sudu brewer's yeast
  • 1 sudu vanilla
  • 1/2 gelas coklat cip mini

Instructions

  • Campurkan bahan kering terlebih dahulu iaitu oat, biji rami, kelapa, coklat cip mini dan brewer's yeast.
  • Masukkan peanut butter, madu dan vanila. Kemudian kacau rata.
  • Sejukkan sekurang-kurangnya satu jam.
  • Keluarkan dari peti sejuk dan bulatkan jadi bebola kecil. Selamat menikmati.

Print

Kurma Merah dan Teh Longan

Course Jus/Minuman
Cuisine Malaysian
Keyword Menyusu

Ingredients

  • 25 biji buah kurma
  • 18 biji buah longan
  • 1 liter air
  • 3 sudu gula perang

Instructions

  • Masukkan 1 liter air ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  • Semasa air mendidih, rendam buah kurma merah dan longan.
  • Rebus dalam api sederhana selama 20 minit.
  • Tambah lebih kurang tiga sudu gula perang.
  • Kacau seketika dan tutup api.

Print

Puding Sagu

Course Pemanis Mulut
Cuisine Melayu
Keyword Menyusu

Ingredients

  • 1/3 cawan sagu
  • 1/4 cawan gula
  • 5 cawan susu
  • 6 biji kacang gajus dicincang
  • 5 biji kacang badam dicincang
  • 1/4 serbuk cardamon
  • 1 sudu ghee

Instructions

  • Rendam sagu selama satu jam hingga lembut dan berisi.
  • Panaskan minyak dan panggang semua jenis kacang.
  • Dalam periuk besar masukkan susu dan kacau hingga mendidih.
  • Tambah sagu ke dalam susu dan masak hingga lembut. Gaul rata.
  • Masukkan gula dan kekacang. Kemudian gaul sehingga masak.
  • Sejukkan dahulu sebelum makan.
Print

Biskut Laktasi

Course Snek
Cuisine Barat
Keyword Menyusu

Ingredients

  • 1 cawan minyak kelapa dara
  • 1/2 cawan biji rami
  • 1/2 gelas air
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 cawan tepung kelapa
  • 3 cawan tepung oat
  • 3 cawan rolled oat
  • 2 sudu brewers yis
  • 1 sudu baking soda
  • 3/4 sudu garam
  • coklat cip gelap

Instructions

  • Rendam biji rami ke dalam air dan ketepikan selama tiga hingga lima minit.
  • Campurkan minyak kelapa dan gula bersama biji rami dan brewers yis. Gaul sehingga ringgan dan lembut.
  • Tambah tepung kelapa, oat, tepung oat dan baking soda sehingga rata.
  • Masukkan coklat cip dan tambah sedikit air.
  • Tuang ke dalam bekas dan bakar selama 30 ke 40 minit sehingga masak.

Print

Air Barli

Course Jus/Minuman
Cuisine Melayu
Keyword Menyusu

Ingredients

  • 1 cawan barli
  • Gula batu/ Madu (ikut selera sendiri)
  • 1 liter air
  • Daun pandan (jika suka)

Instructions

  • Masukkan ke semua bahan dan rebus barli sehingga kembang. Gunakan api perlahan sahaja.
  • Bila dah cukup kembang, boleh minum 3 kali sehari untuk melihat kesannya dengan segera.
Print

Smoothie Kelapa Muda & Daun Bayam

Course Jus/Minuman
Cuisine Barat
Keyword Menyusu

Ingredients

  • 1 cawan susu badam
  • 1/2 cawan isi kelapa muda segar
  • 2-3 biji buah kurma
  • 1/2 sudu vanila
  • 1 cawan strawberi
  • beberapa helai sayur bayam segar
  • ais batu

Instructions

  • Campurkan semua bahan dan kisar. Kemudian letak beberapa ketul ais. Siap.

Notes

Amalkan 1 cawan sehari dengan konsisten untuk kesan yang lebih cepat.

Selamat mencuba, Mommy!

Semoga perkongsian resepi ini bermanfaat dan sesuai dengan tubuh badan agar dapat membantu Mommy untuk memperbanyakkan lagi susu.

Kredit gambar: Motherhood.com.my

Bagi Mama yang masih aktif menyusukan si manja, jom sama-sama kita menyertai acara Breastfeeding Pledge TERBESAR yang dianjurkan Motherhood.com.my pada bulan 8 ini. Mama bakal menerima sijil penyertaan dan goody bag bernilai RM100*.

Daftarkan penyertaan dan ikrar Mama sebagai seorang breastfeeding mom di SINI hari ini.

*Tertakluk kepada terma & syarat


Dapatkan lebih banyak info tentang penyusuan di SINI.