Sepanjang tempoh kehamilan, kebanyakan persiapan lebih tertumpu kepada perkara yang sedang berlaku ketika itu seperti pemeriksaan kesihatan, persiapan bersalin, barang bayi dan rutin harian yang perlu dijaga.
Namun dalam banyak-banyak persiapan tersebut, ada juga Mommy yang mula memikirkan tentang sesuatu yang lebih jauh ke hadapan. Bukan hanya tentang kelahiran, tetapi tentang apa yang boleh dilakukan hari ini untuk masa depan anak nanti.
Sebab itu, Mommy mula memberi perhatian terhadap stem cell banking sebagai salah satu bentuk persediaan awal yang boleh dipertimbangkan sejak bayi dilahirkan lagi.
Bila Mommy Mula Sedar Tentang Kebaikan Simpan Stem Cell
Highlighted
Di sinilah CryoCord memainkan peranan penting dengan memberikan peluang kepada Mommy untuk menyimpan sel stem daripada tali pusat bayi sejurus selepas kelahiran, untuk kegunaan jangka panjang pada masa hadapan.
Sel stem ini mempunyai potensi regeneratif dan telah digunakan dalam rawatan lebih daripada 80 jenis penyakit, terutamanya melibatkan gangguan berkaitan darah.
Selain penyimpanan darah tali pusat, CryoCord juga menawarkan penyimpanan Mesenchymal Stem Cells (MSCs), iaitu sel yang berpotensi membantu dalam proses pembaikan tisu dan organ.
Ia dikaji untuk pelbagai keadaan kesihatan termasuk masalah jantung, pemulihan selepas strok, diabetes dan banyak lagi.
Malah, CryoCord turut menyediakan teknologi penyimpanan induced Pluripotent Stem Cells (iPSCs), di mana sel daripada darah tali pusat diprogram semula menjadi sel pluripoten.
Sel ini mempunyai keupayaan luar biasa untuk berkembang menjadi lebih daripada 200 jenis sel dalam tubuh manusia, selain mampu memperbaharui diri tanpa had. Potensi ini menjadikan iPSCs antara teknologi yang sangat menjanjikan dalam bidang perubatan regeneratif pada masa depan.
Di Sebalik Stem Cell Banking: Apa yang Mommy Perlu Tahu
Dalam industri ini, CryoCord merupakan antara bank sel stem yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan Mommy di Malaysia.
Dengan pengalaman lebih dua dekad, CryoCord telah dipercayai oleh puluhan ribu keluarga dalam penyimpanan sel stem untuk jangka masa panjang.
Apa yang membezakan CryoCord adalah keupayaannya menyimpan pelbagai jenis sel, bukan hanya cord blood tradisional tetapi juga Mesenchymal Stem Cells (MSCs), induced Pluripotent Stem Cells (iPSCs) serta immune cells seperti NK cells.

Kemudahan makmal mereka di Cyberjaya juga dibangunkan mengikut piawaian perubatan antarabangsa dengan pengiktirafan seperti AABB, ISO dan cGMP (PIC/S) bagi memastikan proses penyimpanan dilakukan secara konsisten, selamat dan berkualiti tinggi.
Selain penyimpanan, CryoCord turut terlibat dalam penyelidikan dan perkembangan teknologi sel stem, menunjukkan komitmen mereka dalam bidang perubatan regeneratif yang terus berkembang dari semasa ke semasa.
Satu Lagi Pencapaian untuk CryoCord Tahun Ini

Bagi Mommy, keputusan ini bukan sekadar tentang teknologi atau rawatan perubatan. Ia lebih kepada rasa tenang kerana mengetahui mereka sudah mengambil satu langkah awal untuk masa depan anak, walaupun untuk perkara yang belum pasti berlaku.
Pendekatan inilah yang membawa kepada pengiktirafan CryoCord sebagai Bank Sel Stem Terbaik di Motherhood Choice Awards 2026, mencerminkan keyakinan Mommy terhadap pengalaman, kepakaran dan standard penyimpanan yang ditawarkan.
Bagi Mommy yang Ingin Ketahui Lebih Lanjut

Bagi Mommy yang sedang mempertimbangkan stem cell banking sebagai sebahagian daripada perjalanan kehamilan mereka, CryoCord menyediakan sesi konsultasi dan penerangan untuk membantu memahami proses ini dengan lebih jelas.
Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman rasmi CryoCord atau dengan mengunjungi ibu pejabat mereka di Bio-X Centre, Cyberjaya.
Dapatkan tips penjagaan si manja yang menarik di SINI.



