Pernah Perasan Cara Anak Berjalan Bila Angkat Beg Sekolah?

Bila anak mula bersekolah, banyak perkara yang Mommy fikirkan setiap hari seperti jadual sekolah, kerja rumah, bekal makanan, aktiviti harian dan macam-macam lagi. 

Tetapi ada satu perkara yang kadang-kadang nampak kecil, walhal digunakan anak hampir setiap hari tanpa gagal iaitu beg sekolah mereka.

Pernah tak Mommy perasan, bila anak angkat beg sekolah, terus nampak bahu mereka jadi lebih berat? Ada yang berjalan sedikit membongkok, ada juga yang nampak cepat penat walaupun baru masuk kereta atau berjalan ke pintu sekolah.

Pada awalnya, ramai anggap itu perkara biasa. Lagipun buku sekolah memang banyak, botol air pun besar, ditambah lagi dengan barang-barang lain yang perlu dibawa setiap hari. 

Tetapi bila perkara yang sama berlaku berulang kali, ramai Mommy mula sedar pemilihan beg sekolah sebenarnya memainkan peranan lebih besar daripada yang disangka. 

Apabila Beg Sekolah Direka Khas untuk Memahami Keperluan Anak

Highlighted


beg sekolah ergonomik

Inilah yang cuba diberi perhatian oleh Tiger Family Malaysia. Bukan sekadar menghasilkan beg sekolah yang cantik dipandang, tetapi direka dengan mengambil kira keselesaan dan postur tubuh kanak-kanak yang sedang membesar.

Dengan lebih 50 tahun pengalaman di lebih 50 negara, Tiger Family memberi fokus kepada rekaan ergonomik yang membantu mengagihkan berat beg dengan lebih seimbang pada tubuh anak. Secara tak langsung, ia membantu mengurangkan tekanan pada bahu dan belakang ketika anak membawa beg dalam tempoh yang lama di sekolah.

beg sekolah

Apa yang menarik, setiap beg juga direka mengikut kesesuaian ketinggian anak supaya ia lebih selesa dipakai dan tidak kelihatan terlalu besar pada tubuh mereka. Struktur beg yang ringan tetapi masih kukuh turut membantu anak bergerak dengan lebih mudah sepanjang hari.

Pendekatan ini juga diperakui oleh Institute for Health and Ergonomics (IGR), Germany, yang mengiktiraf reka bentuk mereka dalam menyokong postur dan keselesaan tulang belakang kanak-kanak sejak usia kecil lagi.

Selain itu, bahan yang digunakan juga selamat dan tidak toksik untuk kegunaan harian anak-anak. 

Dalam masa yang sama, Tiger Family turut menggunakan bahan dengan pensijilan Global Recycled Standard, menjadikan penghasilannya lebih mesra alam tanpa menjejaskan kualiti dan ketahanan beg.

Apabila Mommy Mula Lebih Peka Tentang Keselesaan Anak

tiger family - beg sekolah

Hari ini, semakin ramai Mommy mula melihat beg sekolah bukan sekadar aksesori untuk anak ke sekolah, tetapi sebagai sebahagian daripada rutin harian yang boleh mempengaruhi keselesaan mereka setiap hari.

Sebab itu juga Tiger Family Malaysia menerima anugerah sebagai Beg Sekolah Ergonomik Kanak-Kanak Terbaik di Motherhood Choice Awards 2026, mencerminkan bagaimana Mommy sekarang memberi perhatian terhadap pilihan yang lebih menyokong perkembangan dan postur anak ketika membesar.

Pengalaman Mommy yang Memilih Tiger Family

Ramai Mommy berkongsi bahawa mereka mula memberi lebih perhatian terhadap pemilihan beg sekolah apabila melihat sendiri bagaimana ia mempengaruhi postur dan keselesaan anak setiap hari. 

Apa yang sering menjadi perhatian ialah reka bentuknya yang lebih ringan, selesa dipakai dan sesuai dengan saiz tubuh anak, menjadikan mereka lebih mudah bergerak tanpa rasa terlalu terbeban ketika ke sekolah.

review tiger family 1

rewies tiger family 2

review tiger family 3

Di Mana Nak Dapatkan Tiger Family Malaysia

 beg sekolah

Bagi Mommy yang ingin melihat sendiri koleksi Tiger Family Malaysia, ia boleh didapati di showroom mereka di Atria Shopping Mall, Petaling Jaya. 

Di sani, Mommy boleh meneroka sendiri pilihan beg mengikut saiz, rekaan dan ciri ergonomik yang direka untuk keselesaan anak sepanjang hari di sekolah.

Untuk pilihan yang lebih mudah, koleksi Tiger Family Malaysia juga boleh didapati secara online melalui laman rasmi Tiger Family Malaysia, Lazada, Shopee dan TikTok Shop rasmi mereka.

Pilihan yang memberi keseimbangan antara gaya, keselesaan dan sokongan yang lebih baik untuk anak ketika melalui rutin persekolahan setiap hari.


Ikuti pelbagai lagi panduan dan tips menarik semasa melancong bersama anak-anak di SINI!
0 replies on “Pernah Perasan Cara Anak Berjalan Bila Angkat Beg Sekolah?”