Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Masak Apa Hari Ini Mommy? Jom Masak Menu Kegemaran Anak-Anak! 5 Resepi Snek Menarik Untuk Terokai

Kredit gambar: Facebook

Hari-hari Mommy fikir nak masak apa bukan? Kadang-kadang kena fikirkan selera anak juga kerana kalau tak, mesti mereka tak nak makan. Setiap hari mesti lah menu berlainan, supaya mereka tidak bosan.

Resepi kali ini kita fokuskan dekat finger food, senang untuk dibuat dan rasanya pasti sedap, confirm mereka akan bertambah!

Kempen #MamaMasakMamaMenang yang dianjurkan oleh Motherhood.com.my. telah memberi pelbagai variasi resepi yang dikongsikan daripada barisan Mommy yang sangat berbakat!

Jom kita lihat resepi-resepi ini dan selamat mencuba.

Print

Resepi Tauhu Bergedil Daging Tomyam

Ingredients

  • 4 biji kentang
  • Perencah tomyam putih
  • Tauhu kering
  • Daging
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Telur
  • 1 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih

Bahan Untuk Pencicah

  • Cili
  • Bawang putih
  • Kicap
  • Perasa

Instructions

  • Keluarkan isi dalam tauhu kering dan ketepikan.
  • Rebus kentang sampai masak dan lenyekkan dan ketepikan.
  • Goreng daging yang dikisar halus masukkan bawang merah dan putih.
  • Masukkan kiub pati ayam masukkan perencah tomyam putih dan kacau sehingga masak.
  • Masukkam daging ke dalam kentang yang telah dilenyek masukkan isi tauhu, daun sup, bawang goreng, cili dan perasa gaul kesemuanya sehingga sebati.
  • Sumbat isi kentang ke dalam tauhu kering celup tauhu dalam telur dan goreng seketika.

Notes

Kredit: Facebook Nur Amalina

 

Print

Resepi Pastri Puff Cendawan

Ingredients

  • Pastri Puff segera
  • ½ mangkuk isi ayam
  • 6 biji cendawan shiitake (dihiris)
  • 8 biji cendawan butang (dihiris)
  • ½ biji bawang besar (dicincang)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk lada berperisa
  • 1 sudu besar serbuk perasa
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Sedikit air
  • Kuning telur
  • Sedikit tepung gandum
  • Hirisan cendawan butang untuk hiasan

Instructions

  • Panaskan kuali. Masukkan minyak masak.
  • Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan isi ayam. Diikuti lobak merah kacau sebati.
  • Setelah itu masukkan cendawan shitake dan cendawan butang. Kacau sebati.
  • Masukkan sedikit air.
  • Perasakan dengan serbuk perasa.
  • Masukkan serbuk lada hitam dan serbuk ada berperisa. Kacau sebati. Masak sehingga cendawan dan lobak betul-betul masak dan sedikit kering. Siap ketepikan.
  • Sediakan kulit Pastri. Taburkan sedikit tepung gandum untuk mengelakkan ia melekat. Tekap acuan berbentuk bulat letakkan inti Pastri Puff. Buatkan Pastri yang sama tutup Pastri tadi. Tekan tepi Pastri Puff mengunakan garpu.
  • Sapu atas Pastri tadi dengan kuning telur. Letakkan hirisan cendawan butang.
  • Bakar selama 30 minit suhu 200°c. Api atas bawah sehingga Pastri Puff menjadi keemasan. Siap dihidangkan.

Notes

Kredit: Facebook Rozaina Othman
Print

Resepi Puding Roti Dengan Sos Kastard

Ingredients

  • 8 keping roti
  • 2 cawan susu segar
  • 4 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar marjerin (dicairkan)
  • Jem Strawberi
  • Buah Strawberi
  • Coklat ganache
  • Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • ½ cawan air
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula

Instructions

  • Roti disapukan dengan jem strawberi dan dipotong 4.
  • Susun roti dalam bekas/loyang yang dah disapu dgn mentega.
  • Sementara itu kisarkan susu, telur, gula, esen vanila dan marjerin.
  • Tuangkan ke dalam loyang tadi.
  • Biarkan roti terendam seketika.
  • Pipekan lebihan jem strawberi dan letakkan buah strawberi yg dibelah 2.
  • Panaskan oven suhu 180°C dan bakar selama 30-35 minit atau sehingga masak.

Cara Membuat Sos Kastard

  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga pekat dan tutup api.
  • Hidangkan puding roti bersama coklat ganache dan sos kastard.

Notes

Kredit: Facebook Hidayati Hana

 

Print

Resepi Elote En Vaso (Corn In Cup)

Ingredients

  • 1 tin jagung kernel⁣ (Buang airnya atau nak guna jagung 'frozen' pun boleh)
  • 1 sudu besar butter⁣
  • ¼ cawan air⁣
  • Garam secukup rasa⁣
  • 1 sudu kecil susu manis⁣
  • 2 sudu besar mayonis⁣
  • Sedikit perahan jus limau⁣
  • 2 sudu besar susu cair (untuk lebih sedap guna 'cooking cream')⁣
  • Sedikit hirisan daun bawang⁣
  • ½ sudu kecil serbuk cili⁣

Instructions

  • Cairkan mentega dan air. Masukkan jagung. Kacau dan perasakan dgn sedikit saja garam. Kacau sehingga air kering, tutup api.⁣
  • Masukkan jagung ke dalam mangkuk. Masukkan susu manis, mayonis, jus limau dan serbuk cili. Kacau dan masukkan susu cair. Kacau sebati.
  • Hidangkan di dalam cawan. Tabur sedikit serbuk cili dan daun bawang untuk hiasan.⁣

Notes

Kredit: Facebook Nur Fakhira Mohd Rosli
Print

Resepi Korean Garlic Cheese Bread

Ingredients

  • Roti burger

Adunan Cheese

  • 250 gram Cream cheese
  • Bawang putih (dicincang)
  • Whipping cream
  • Parsley
  • Garam

Instructions

  • Pukul keju sehingga lembut, masukkan 3 sudu whipping cream anchor dan sedikit garam.
  • Paipkan ke dalam roti.
  • Masukkan sedikit butter dan bawang putih. Masak sehingga garing sedikit.
  • Masukkan whipping cream dan daun parsley.
  • Celup roti yang sudah dimasukkan cheese sebentar tadi ke dalam adunan garlic.
  • Bakar di dalam oven selama 10 min. 

Notes

Kredit: Facebook Fidzah Saad