Tahniah atas kehamilan Mommy! Ini adalah masa yang sangat penting untuk memberi perhatian kepada pemakanan Mommy dan bayi dalam kandungan. Pemilihan resepi ketika hamil yang seimbang dan berkhasiat sangat penting bagi memastikan kesihatan Mommy dan bayi berkembang dengan baik.
Di sini, kami kongsikan beberapa resipi mudah dan berkhasiat untuk ibu mengandung yang dicipta oleh Chef Mohd Faizal bin Nasir Mohamad dari Café Columbia, Columbia Asia Hospital – Taiping.
Setiap resipi telah disemak oleh Pakar Diet Hospital Columbia Asia, Rafidah Abdul Rashid, untuk memastikan ia memenuhi keperluan nutrisi Mommy.
Yoghurt Berperisa dengan Kacang dan Buah-buahan Kering
Ingredients
- 6 biji anggur gelap
- 4 biji prun
- 2 sudu besar kismis
- 1 sudu besar biji bunga matahari panggang
- 4 biji walnut
- 1 cawan yogurt strawberi
Instructions
- Mommy perlu campurkan semua bahan kecuali yogurt.
- Taburkan bahan campuran tadi di atas yogurt.
- Hidangkan sejuk-sejuk.
Notes
Toast Roti Rai dengan Pisang, Mentega Kacang dan Madu
Ingredients
- 2 keping roti rai
- 1 pisang (pisang berangan) saiz sederhana, masak
- 1 sudu kecil mentega kacang
- 1 sudu kecil madu
Instructions
- Bakar roti rai sehingga rangup.
- Potong pisang kepada tiga bahagian.
- Sapukan mentega kacang pada setiap roti panggang.
- Hiaskan dengan hirisan pisang dan letakkan roti panggang kedua di atasnya.
- Tuangkan madu ke atas roti bakar sebelum dihidangkan
Notes
Salmon Bakar Ketuhar dengan Tomato Bayam Berkrim dan Kentang Herba Bakar
Ingredients
- 120 g fillet salmon dengan kulit
- 1 secubit dill kering
- 1 cawan kentang dikupas dan dipotong kiub
- 2 sudu besar minyak jagung
- ½ biji bawang besar dihiris
- 1 secubit herba campuran
- 1 cawan bayam separuh rebus
- 2 biji bawang putih dihiris
- ½ cawan susu rendah lemak
- 4 biji tomato ceri ditumis
- Garam dan lada secukup rasa
Instructions
- Perap salmon dengan dill kering, garam, dan lada sulah. Bakar dalam ketuhar selama 20-25 minit pada suhu 170°C.
- Campurkan kentang dengan minyak jagung, bawang, herba campuran, garam, dan lada sulah. Bakar selama 15 minit pada suhu 170°C.
- Rebus bayam sehingga separuh masak, kemudian tapis airnya.
- Tumis bawang putih hingga kekuningan, kemudian masukkan susu rendah lemak, bayam, garam, dan lada sulah. Masak sehingga pekat.
- Hidangkan salmon bersama kentang bakar dan bayam berkrim, dihias dengan tomato ceri.
Notes
Setiap resipi yang dikongsi dalam koleksi ini direka dengan teliti untuk membantu Mommy mendapatkan nutrisi penting yang diperlukan sepanjang tempoh kehamilan.
Nutrisi yang mencukupi bukan sahaja menyokong kesihatan Mommy, tetapi juga memainkan peranan penting dalam memastikan perkembangan bayi dalam kandungan berjalan dengan lancar.
Selain menawarkan rasa yang enak dan memuaskan, resipi-resipi ini turut dirancang untuk memberikan manfaat kesihatan yang optimum.
Dengan penyediaan yang mudah dan ringkas, Mommy dapat menjimatkan masa sambil menikmati hidangan berkhasiat, memberikan peluang untuk Mommy lebih fokus kepada momen istimewa sepanjang perjalanan kehamilan.
Selamat mencuba kesemua resepi ketika hamil yang istimewa dan direka khas untuk ibu mengandung ini!
Semoga setiap hidangan menjadi pelengkap kepada pengalaman kehamilan Mommy, membawa kegembiraan, kesihatan, dan ketenangan dalam setiap langkah menuju detik istimewa menanti kehadiran si kecil.
Jika Mommy dan Daddy inginkan lebih maklumat berkenaan dengan parenting atau penjagaan bayi, jangan risau.
Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!
Artikel telah diolah daripada Story Motherhood (English).
Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Dapatkan pelbagai tips penjagaan dalam pantang dengan rujuk panduan di SINI!