Resepi Sotong Paprik Ala Thai Mudah Dimasak Di Rumah

resepi sotong paprik
Sumber: senangmasak.com

Restoran Thai di Malaysia amat popular kerana jenis hidangannya yang masam manis dan sedikit pedas yang menjadi kegemaranĀ orang ramai. Salah satu jenis masakan yang selalu dipesan tentu sekali masakan paprik, tak kira paprik ayam atau makanan laut.

Kali ini Motherhood ingin berkongsi resepi sotong paprik ala Thai yang mudah untuk dimasak di rumah.

Rahsia atau bahan kunci yang diperlukan untuk membuat masakan sotong paprik ini sama lazat seperti di restoran Thai ialah dengan menggunakan sos ikan. Tapi kalau tak guna pun tidak mengapa, kerana resepi paprik sotong ini amat mudah dan tentu menjadi!

Untuk resepi sotong paprik ini, Mama boleh menggunakan sotong sahaja atau boleh tambah makanan laut lain seperti udang. Selain itu, resepi ini menggunakan bahan-bahan ringkas lain yang selalunya ada di kebanyakan dapur seperti bawang besar, bawang putih, cili kisar atau cili boh dan serai.

Mama boleh masukkan juga sayur-sayuran seperti kacang panjang, jagung kecil atau batang seleri.

resepi sotong paprik ala thai
Kredit gambar: anekaresepienak

Cara-cara Memasak Resepi Sotong Paprik

1. Mula-mula, bersihkan sotong dan potongkannya. Ketepikan dan teruskan potong bahan-bahan lain seperti lobak, jagung kecil dan batang seleri.

potong sayur
Kredit gambar: YouTube
potong sayur jagung
Kredit gambar: YouTube

2. Kemudian, sediakan bahan-bahan tumis dengan menghiris bawang, halia dan cili. Mama juga boleh menumbuk bahan-bahan tumis jika lebih suka.

3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia sebelum memasukkan serai dan cili boh. Tumis kesemuanya sehingga naik bau dan pecah minyak.

tumis bahan tumis
Kredit gambar: YouTube

4. Kemudian, masukkan sotong berserta makanan laut lain seperti udang jika ada.

masuk lauk
Kredit gambar: YouTube
masuk sotong
Kredit gambar: YouTube

5. Seterusnya, masukkan daun limau purut, cili padi dan sayur-sayuran pilihan. Perasakan dengan seimbang dengan bahan sos iaitu sos tiram, sos cili, sos tomato, sos ikan dan kicap pekat manis.

masuk sayur
Kredit gambar: YouTube
masuk sos
Kredit gambar: YouTube

6. Kacau-kacau sehingga masak. Tambah air jika rasa kuahnya terlalu kering ya.

kacau hingga masak
Kredit gambar: YouTube

7. Sedia untuk dihidang! Sedapnya.

resepi sotong paprik mudah
Kredit gambar: resepibonda.my

Tips-tips Lain

1. Jangan masak sotong dan makanan laut lain terlalu lama kerana boleh menjadi liat atau keras.

2. Untuk bahan-bahan sos, lebih elok jika Mama pandai agak-agak sukatannya mengikut citarasa sendiri, sama ada mahu kuah yang pekat ataupun cair.

Selamat mencuba Mama! Lihat resepi sotong phat phet Thailand.

resepi sotong paprik

Resepi Sotong Paprik

Teringin makan di luar tapi takut ramai orang? Cuba resepi sotong paprik yang mudah ini ala hidangan paprik di restoran Thai!
Cook Time 30 mins
Course Menu Utama
Cuisine Melayu, Thailand

Ingredients
  

Bahan-bahan Utama

  • 500 gram sotong (dipotong bulat)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk dan cincang)
  • 2 inci halia (potong mancis)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 3 sudu cili kisar/cili boh
  • 4 helai daun limau purut
  • 6 biji cili padi (dihiris atau tumbuk sehingga pecah)
  • sayuran-sayuran (kacang panjang / jagung kecil / lobak merah)
  • 2 sudu minyak masak

Bahan-bahan Sos

  • 1 sudu sos ikan
  • 1-2 sudu kicap pekat manis
  • 2 sudu sos tiram
  • 3 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos cili

Instructions
 

Cara-Cara

  • Bersihkan dan potong sotong, bahan tumis, dan sayur-sayuran.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, dan halia.
  • Masukkan serai dan cili kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.
  • Masukkan sotong dan kacau.
  • Masukkan daun limau purut, cili padi, dan sayur-sayuran pilihan.
  • Masukkan bahan sos dan kacau sehingga masak.
  • Tambah sedikit air jika terlalu kering.
Keyword Keluarga
Tried this recipe?Let us know how it was!

Sumber resepi: Resepi Che Nom / rasa.my

0 replies on “Resepi Sotong Paprik Ala Thai Mudah Dimasak Di Rumah”