Tempoh berpantang selepas bersalin adalah masa penting untuk pemulihan tubuh seorang ibu. Ia bukan sahaja melibatkan penjagaan fizikal tetapi juga pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.
Namun, bagi ramai ibu baru, cabaran utama adalah menyesuaikan diri dengan menu makanan pantang yang sering kali terhad dan kurang menarik.
Apabila makanan yang sama diulang setiap hari, rasa bosan pasti tidak dapat dielakkan. Oleh itu, artikel ini hadir untuk memberikan variasi dan inspirasi baharu kepada para ibu yang sedang berpantang.
Kami memperkenalkan lima resepi sayur-sayuran yang bukan sahaja sedap tetapi juga sesuai untuk keperluan Mommy.
Dengan resepi-resepi ini, Mommy boleh menikmati hidangan yang lebih enak sambil memastikan tubuh Mommy menerima khasiat yang diperlukan untuk proses pemulihan yang optimum.
Senarai Makanan Pantang Yang Sangat Berkhasiat
Kerabu Daun Mengkudu
Ingredients
- 200 g Noni Sprouts daun mengkudu muda
- 3 sudu kecil kelapa parut
- ½ bawang holland dicincang
- 1 sudu kecil Cuka
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
Instructions
- Mula-mula, Mommy perlu rebus pucuk mengkudu selama tiga hingga lima saat. Toskan.
- Hiris pucuk dengan saiz yang Mommy suka. Ketepikan.
- Kemudian, hiris bawang kuning menjadi kepingan nipis.
- Gaul rata hirisan pucuk mengkudu, bawang holland, kelapa parut dan cuka dalam satu mangkuk.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Hidangkan.
Kerabu Ikan Bilis dan Pegaga
Ingredients
- 200 g pegaga
- 1 biji bawang Holland dihiris nipis
- 3 sudu besar kelapa parut
- 1 sudu kecil cuka
- 3 sudu kecil ikan bilis
- Minyak masak
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
Instructions
- Mommy bersihkan daun pegaga dan hiris halus..
- Kemudian, panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing.
- Satukan ikan bilis, bawang, pegaga, dan kelapa parut ke dalam satu mangkuk. Gaul hingga sebati.
- Perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidangkan.
Kerabu Pegaga
Ingredients
- 1 ulas Bawang putih ditumbuk
- 2 mentol Bawang merah ditumbuk
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
- ½ inci Halia ditumbuk
- 1 genggam kelapa parut isi putih sahaja
- Tenggiri India dikukus dan ambil isinya
- Jus asam jawa secukup rasa
Instructions
- Mommy tumis semua bahan tumbuk dalam kuali hingga naik bau.
- Kemudian, masukkan isi ikan, kelapa parut, garam dan sedikit air asam jawa, gaul hingga sebati.
- Masukkan daun pegaga dan gaul sebati.
- Hidangkan.
Notes
Sup Lobak Putih
Ingredients
- ½ ayam
- 1 Lobak Putih
- 2-3 ulas Bawang putih
- 2-3 ulas Bawang merah
- ½ inci Halia
- 1 paket Perencah Sup Sayur
- 1 kiub Stok Ayam
Instructions
- Mula-mula Mommy hiris nipis bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis sehingga naik bau dan keperangan.
- Tuangkan 3 cawan air kosong dalam periuk lalu masukkan ayam dan perasa sup. Biarkan mendidih.
- Setelah mendidih, Mommy masukkan kiub pati ayam dan perasakan dengan lada hitam dan garam.
- Terus masukkan hirisan lobak putih dan masak sehingga siap.
- Boleh hiaskan dengan bawang merah goreng atau daun saderi.
- Siap untuk dihidang.
Daun Sawi dan Sup Tauhu
Ingredients
- 2 batang Daun Sawi
- 2 ulas Bawang merah dikisar
- 1 biji Bawang putih dikisar
- 2 ketul Tauhu didadu
- 2 cawan Air Kosong
Instructions
- Mommy kisar bawang merah dan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
- Masukkan pula air dan tauhu. Masak sehingga ia mendidih.
- Kemudian, masukkan bayam ke dalam sup dan perasakan dengan garam dan lada sulah.
- Siap untuk dihidang.
Pemakanan yang seimbang semasa tempoh berpantang bukan sahaja penting untuk pemulihan tubuh tetapi juga membantu memberi tenaga kepada ibu untuk menguruskan bayi.
Dengan lima resepi sayur-sayuran yang telah kami kongsikan, Mommy boleh menikmati hidangan yang lebih menarik tanpa mengorbankan keperluan pemakanan khusus berpantang.
Hidangan ini tidak hanya memberikan khasiat penting seperti serat, vitamin, dan mineral, tetapi juga menambah kelainan pada menu harian Mommy.
Jadi, jangan takut untuk mencuba resepi-resepi ini dan memperkayakan pengalaman berpantang Mommy.
Kesihatan Mommy adalah keutamaan, dan dengan pemakanan yang betul, tubuh Mommy akan lebih bersedia untuk kembali bertenaga dan sihat.
Semoga resepi ini memberikan manfaat dan menjadi inspirasi kepada semua Mommy yang sedang melalui tempoh berpantang.
Jika Mommy dan Daddy inginkan lebih maklumat berkenaan dengan parenting atau penjagaan bayi, jangan risau.
Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!
Artikel telah diolah daripada Story Motherhood (English).
Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Dapatkan pelbagai tips penjagaan dalam pantang dengan rujuk panduan di SINI!