Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Menu Sahur Yang Mudah, Sedap Dan Mengenyangkan Untuk Seisi Keluarga!

Baru beberapa hari berpuasa, Mommy dah rungsing fikirkan menu sahur dan iftar? Boleh je kalau nak ke bazar Ramadan tu, tapi takkanlah hari-hari kan?

Terutamanya untuk sahur, memang kena sediakan sendirilah makanan. Jadi, biasanya menu yang dicari untuk bersahur adalah menu yang ringkas, sedap dan mengenyangkan. Susah pulak nanti kalau menunya rumit sangat. Masa untuk sahur pun singkat kan?

Jom, kita tengok 10 menu sahur yang Mommy boleh cuba untuk bulan puasa nanti:

10 Menu Sahur Yang Mudah, Sedap Dan Mengenyangkan

Print

Ayam Masak Blackpepper Cendawan

Hanya tumis-tumis dan masukkan sos, terus boleh nikmati masakan ayam blackpepper cendawan ini dengan nasi panas!
Course Makan Malam, Makan Tengah Hari
Cuisine Melayu
Keyword ayam
Author Che Nom

Equipment

  • Kuali

Ingredients

Bahan perap ayam

  • 3 ketul isi ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar tepung jagung

Bahan memasak

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • minyak masak
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 batang lobak merah
  • Sedikit air
  • air bancuhan tepung jagung
  • lada benggala
  • cendawan shitake
  • 1/2 biji bawang Holland
  • daun bawang
  • garam secukup rasa

Instructions

  • Gaulkan isi ayam dengan bahan-bahan perapannya dan perapkan sekejap selama beberapa minit.
  • Gorengkan ayam hingga separuh masak dan ketepikan.
  • Kemudian, tumiskan hirisan bawang dan halia. Masa ni juga, masukkan terus sos tiram, kicap manis dan serbuk lada hitam.
  • Diikuti dengan lobak merah atau sayur pilihan dan kacau rata.
  • Seterusnya, masukkan ayam tadi dan tambah air. Kacaukan rata.
  • Masukkan pula lada benggala dan cendawan shitake. Kalau nak letak cendawan lain pun boleh ya.
  • Tuangkan air bancuhan tepung jagung tadi untuk pekatkan kuah. Barulah sedap.
  • Perasakan dengan garam dan taburkan hirisan bawang Holland serta sedikit daun bawang ke dalam kuali.
  • Tutup api dan hidangkan! Taburkan juga lebihan hirisan daun bawang tadi untuk hiasan dan rasa yang lebih sedap.

Sumber resepi: Che Nom

 

Print

Susu Badam Kurma

Menu yang mudah untuk dibuat dan membuatkan rasa kenyang lebih lama.
Course Jus/Minuman
Cuisine Melayu
Keyword Susu
Author Noraini Abd Samad

Equipment

  • Pengisar

Ingredients

  • 200 gram kacang badam
  • 4 cawan air
  • buah kurma

Instructions

  • Rendamkan kacang badam di dalam mangkuk berisi air semalaman.
  • Basuh dan bilas kacang badam, terus masukkannya ke dalam pengisar bersama dengan air. Kisarkan sehingga halus.
  • Kemudian, tapiskannya dan tambah kurma untuk rasa yang lebih manis.
  • Siap untuk diminum!

Sumber resepi: Noraini Abd Samad

Print

Telur Bungkus

Campak-campak je, dah siap menu telur bungkus untuk sahur. Jom cuba!
Course Makan Malam
Cuisine Melayu
Keyword telur bungkus

Equipment

  • Kuali

Ingredients

  • Ayam cincang
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 biji bawang Holland dipotong dadu
  • Mixed vegetables
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 2 biji telur dipukul sebati bersama sedikit garam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Garam
  • Air
  • Minyak Masak

Instructions

  • Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang Holland.
  • Bila bawang dah naik bau dan agak garing, masukkan ayam cincang dan kacau-kacau.
  • Kemudian, masukkan mixed vege. Kalau tak ada, boleh potong dadu lobak merah dan zucchini. Masukkan juga tomato ketika ini. Gaulkan rata kesemuanya.
  • Teruskan dengan memasukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis. Masukkan juga sedikit air dan perasakan dengan garam.
  • Kacau-kacau hingga masak dan ketepikan.
  • Tuangkan telur ke dalam kuali bersih dan lenggang sekelilingnya.
  • Bila telur hampir masak, masukkan cepat-cepat inti kita buat tadi ke dalamnya.
  • Bungkus telur dengan rapi, letakkan pinggan di atasnya dan terbalikkan kuali.
  • Telur bungkus siap dihidang!
Print

Sup Ikan Siakap

Sup ikan untuk membangkitkan selera seisi keluarga pada waktu sahur!
Course Makan Malam, Makan Tengah Hari
Cuisine Melayu
Keyword sup

Equipment

  • Periuk

Ingredients

  • 3 biji bawang merah dihiris
  • 3 biji bawang putih dihiris
  • 1 inci halia dihiris
  • 2 batang serai diketuk
  • 1 batang kayu manis
  • 1 bunjut sup bunjut
  • 5 biji cili dipotong
  • 3 biji tomato
  • 1 batang saderi dihiris serong
  • 1 ekor ikan siakap dipotong
  • Daun sup dihiris
  • Garam
  • Minyak masak
  • Air secukupnya
  • Jus limau nipis

Instructions

  • Panaskan minyak masak di dalam periuk dan tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau dan agak garing.
  • Kemudian, tuangkan air dan masukkan serai, kayu manis dan sup bunjut.
  • Apabila mendidih, masukkan ikan siakap dan kacau-kacau perlahan.
  • Seterusnya, masukkan saderi dan diikuti dengan tomato dan hirisan cili apabila saderi mulai lembut. Kalau nak saderi rangup, tak payah tunggu lama ya.
  • Perasakan dengan garam dan taburkan hirisan daun sup. Perahkan juga limau nipis ketika ini.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidang!
Print

Air Nabeez

Minuman air rendaman kurma kegemaran Rasulullah S.A.W. ini bukan sahaja mudah untuk disediakan tetapi boleh membekalkan tenaga sepanjang hari!
Course Jus/Minuman
Cuisine Arab
Keyword kurma

Ingredients

  • 3 biji buah kurma
  • 1 gelas air panas

Instructions

  • Basuh 3 biji buah kurma dan buangkan bijinya.
  • Rendamkan isi kurma ini di dalam segelas air berisi air panas. Kalau nak guna air suam atau air kosong pun boleh dan tutup gelas tersebut. Biarkan semalaman sehingga waktu sahur.
  • Minum air rendaman kurma ini pada waktu sahur. Isinya jangan dibuang ya, boleh digunakan untuk buat jus atau apa-apa.
Print

Bubur Rolled Oat Ayam

Sedap, mudah dan diet-proof.
Course Bubur
Cuisine Barat
Keyword ayam, Oat

Equipment

  • Kuali

Ingredients

  • 2 cawan rolled oat
  • 1 cawan potongan ayam
  • 1 cawan bunga kubis
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • Garam secukupnya
  • Air tapis secukupnya

Instructions

  • Didihkan air di dalam kuali kira-kira dalam 5 cawan.
  • Basuh rolled oat dengan bersih dan masukkan ke dalam kuali.
  • Bila rolled oat agak kembang, masukkan potongan ayam. Gaulkan sebati.
  • Kemudian, tambahkan sayur pilihan seperi bunga kubis, lobak merah, broccoli dan lain-lain. Tambah air jika perlu.
  • Perasakan dengan serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan garam.
  • Kacau hingga ayam dan sayur betul-betul masak dan siap untuk dihidang!
Print

Ayam Masak Kicap Ala 3 Budak Gemuk

Course Makan Tengah Hari
Cuisine Melayu
Keyword ayam

Equipment

  • Kuali
  • Pengisar

Ingredients

  • 6 ulas bawang merah yang dikisar
  • 1/2 ekor ayam
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar rempah kari ayam dibancuh menjadi pes
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 6 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Gula melaka
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak

Instructions

  • Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit. Kemudian, gorengkan hingga separuh masak.
  • Ketepikan ayam dan dalam kuali yang sama, tumiskan bawang merah dan daun kari sehingga naik bau dan garing.
  • Masukkan pes rempah kari dan tumis lagi hingga garing. Tambah minyak masak jika tak cukup ya.
  • Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kicap manis. Gaulkan rata.
  • Terus masukkan ayam tadi dan kacau sebati.
  • Perasakan dengan gula melaka dan garam secukupnya.
  • Ayam masak kicap ala 3 budak gemuk siap untuk dihidang bersama dengan nasi panas!
Print

Smoothie Strawberi Oat

Minuman berkhasiat yang dapat memberikan tenaga sepanjang hari.
Course Jus/Minuman
Cuisine Barat
Keyword Buah-buahan

Equipment

  • Pengisar

Ingredients

  • 1 gelas susu
  • 3 sudu besar oat
  • 1 biji buah pisang
  • 7 biji buah strawberi
  • 1 sudu besar gula
  • Secubit garam

Instructions

  • Potongkan buah pisang dan strawberi supaya lebih kecil.
  • Kemudian, masukkannya ke dalam pengisar bersama bahan-bahan yang lain.
  • Kisarkan hingga halus dan sebati.
  • Siap untuk dihidang! Boleh tambah ais jika mahu ya.
Print

Udon Goreng

Course Makan Malam
Cuisine Jepun
Keyword Mi/Pasta

Equipment

  • Kuali

Ingredients

  • 3 biji bawang merah dihiris
  • 3 biji bawang putih dihiris
  • 5 biji cili dihiris
  • 1 mangkuk isi ayam dipotong kecil
  • 1 mangkuk cendawan butang
  • 2 pek udon
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu besar gula
  • 1/4 cawan stok ayam dicampur bersama air
  • Sedikit minyak masak
  • Air secukupnya

Instructions

  • Masukkan udon ke dalam air panas dan biarkan seketika. Kemudian, leraikan udon perlahan-lahan dan tapis airnya.
  • Dalam kuali, panaskan minyak masak dan tumis bawang putih, diikuti dengan bawang merah dan cili.
  • Kemudian, masukkan ayam dan gaul-gaul sehingga ia masak.
  • Masukkan terus cendawan butang atau sayur pilihan yang lain. Gaul sebati.
  • Bila sayur dah mula layu sedikit, masukkan udon tadi dan teruskan masuk sos tiram, kicap pekat, kicap manis, minyak bijan dan gula. Gaulkan sebati dengan perlahan.
  • Diikuti juga dengan stok ayam, tuangkan rata ke dalam kuali.
  • Kacau hingga semuanya masak dan udon siap untuk dinikmati!
Print

Telur Separuh Masak

Telur separuh masak yang menjadi kegemaran ramai semasa bersarapan sangat bagus dalam memberikan tenaga dan rasa kenyang yang lebih lama.
Cuisine Melayu
Keyword telur separuh masak

Equipment

  • Air Fryer

Ingredients

  • 2 biji telur
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih
  • Kicap cair

Instructions

  • Basuh telur dan masukkan ke dalam air fryer.
  • Set kan suhu pada 160°C untuk 7 minit.
  • Telur separuh masak siap untuk dinikmati bersama serbuk lada hitam, kicap cair dan serbuk lada putih!

 


Selamat mencuba dan selamat menjalani ibadah puasa semua! Nantikan resepi sahur yang seterusnya hanya di Motherhood Story.