Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Resepi Biskut & Kuih Raya ‘Evergreen’ Yang Pasti Menjadi Rebutan Sanak Saudara

biskut dan kuih raya

Kredit gambar: istockphoto

Pejam celik pejam celik, dah masuk minggu ke-2 Ramadan dah kita kan? Masa ni lah selain daripada mempersiapkan diri untuk meningkatkan amal ibadah, kita mencari masa dalam sebulan berpuasa ni untuk mencuba resepi-resepi biskut dan kuih raya yang popular dan sedap kan?

Ada yang mudah, ada yang agak rumit, tetapi semuanya sedap yang pasti akan membuatkan balang biskut raya anda kosong sekejap je di hari raya nanti!

10 Resepi Biskut dan Kuih Raya Yang Popular Dan Sedap

Jom, kita tengok dan cuba ikut 10 resepi kuih dan biskut raya dari perkongsian Che Nom ini:

Print

Biskut Almond London

Di mana-mana je, biskut almond london ni memang menjadi kegemaran ramai kan? Kanak-kanak pun suka sangat!
Course Snek
Cuisine Melayu
Keyword Kek, Kuih, dan Pastri
Author Che Nom

Equipment

  • Oven

Ingredients

  • 250 gram kacang badam
  • 100 gram kacang badam cincang
  • 250 gram mentega
  • 94 gram gula icing
  • 2 biji kuning telur
  • 250 gram tepung gandum
  • 200 gram tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 50 gram cornflakes/serbuk badam yang dikisar
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 500 gram coklat masakan
  • 1 atau 2 sudu besar shortening

Instructions

Biskut Kacang Badam

  • Bakar kacang badam dan kacang badam cincang pada suhu 150°C selama 10 minit. Kacang badam cincang lebih cepat masak jadi kena keluarkan lebih awal ya.
  • Ayak kesemua tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung dahulu.
  • Pukul butter dengan gula ising dan masukkan kuning telur.
  • Bila dah sebati, masukkan pula tepung-tepung tadi sedikit demi sedikit, diikuti dengan serbuk cornflakes yang dikisar dan susu tepung.
  • Ulikan adunan ini sehingga ia menjadi lembut dan mudah untuk dibentuk. Kemudian, rehatkan ia selama 10 minit.
  • Oleskan butter dengan nipis pada permukaan dulang dan lapikkan ia dengan baking paper.
  • Seterusnya, cubit sedikit doh tadi dan leperkan dan bentuk-bentukkannya. Letakkan sebiji kacang badam di tengah dan bulatkan ia memanjang.
  • Letak dan susun doh kacang badam ini atas dulang dan bakar ia dalam oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 170 °C.
  • Dah siap bakar, keluarkan dan sejukkan ia.

Salutan Coklat dan Hiasan

  • Untuk salutan coklatnya pula, cairkan coklat masakan tadi secara double boil dan masukkan shortening.
  • Bila dah cair elok, celupkan biskut kacang badam tadi ke dalamnya menggunakan penyepit dan letakkan ke dalam kertas lapik biskut raya.
  • Hiaskan dengan taburan kacang badam cincang di atasnya dan biarkan ia sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Print

Semperit

Dah lah senang nak buat, sedap pula tu. Cair di mulut, biskut semperit yang penuh rasa mentega ini akan membangkitkan suasana riang ria di hari raya!
Course Snek
Cuisine Melayu
Keyword Kek, Kuih, dan Pastri
Author Che Nom

Equipment

  • Oven

Ingredients

  • 250 gram mentega
  • 90 gram gula aising
  • 250 gram tepung gandum
  • 120 gram tepung kastad
  • 120 gram tepung jagung
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Ceri merah

Instructions

  • Potong kecil-kecil ceri merah untuk dijadikan hiasan.
  • Oles nipis mentega di permukaan loyang dan lapikkan dengan baking paper.
  • Mulakan dengan melenyekkan mentega dalam mangkuk dan masukkan gula aising ke dalamnya. Gaul sikit-sikit biar hampir sebati je.
  • Kemudian, masukkan kuning telur dan esen vanila. Gaulkan semuanya sebati.
  • Teruskan dengan memasukkan tepung kastad, tepung jagung dan separuh tepung gandum dahulu. Gaul-gaul dan masukkan separuh lagi tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan anda lembut elok.
  • Rehatkan adunan sebentar sebelum diuli panjang-panjang, sesuai dengan saiz untuk dimasukkan ke dalam acuan semperit.
  • Acuankan adunan satu-satu seperti bunga ke atas loyang dan hiaskan dengan ceri merah di atasnya.
  • Bakarkan ia selama 15 hingga 20 minit pada suhu 160°C dan sejukkan sebelum simpan dalam bekas kedap udara.
Print

Tart Nenas

Biskut raya yang tak lapuk dek zaman ni, memang popular lah kan di hari raya. Jom buat biskut tart nenas sekali dengan intinya!
Course Snek
Cuisine Melayu
Keyword Kek, Kuih, dan Pastri
Author Che Nom

Equipment

  • Oven
  • Kuali
  • Sudip

Ingredients

Inti Nenas

  • 2 biji buah nenas
  • 2 cawan gula
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil garam

Tart Nenas

  • 250 gram mentega
  • 375 gram tepung gandum
  • 60 gram tepung jagung
  • 20 gram tepung kastad
  • 14 gram gula kastor
  • 2 biji kuning telur
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil garam

Sapuan Telur

  • 2 sudu besar minyak
  • 2 biji kuning telur
  • Sedikit pewarna kuning

Instructions

Cara Buat Inti Nenas

  • Kisarkan isi nenas tanpa air dan tapiskan.
  • Kemudian, masak ia bersama kayu manis, bunga cengkih, daun pandan dan gula. Kalau nak kurang manis, boleh kurangkan kuantiti gula ya.
  • Bila dah pekat dan nampak macam pes isi nenas ni, tambahkan garam. Kalau anda guna mentega salted untuk tart nanti, tak perlu ya tambah garam. Boleh juga tambah gula lagi jika perlu.
  • Sejukkan inti dan bulat-bulatkan ia. Tekan juga sedikit supaya intinya sedikit membujur ya.

Cara Buat Tart

  • Lenyekkan mentega biar lembut dan masukkan susu pekat. Kacau-kacau.
  • Ayakkan dahulu kesemua jenis tepung dan tambahkan garam sedikit.
  • Ke dalam mangkuk adunan mentega tadi, masukkan kuning telur, gula kastor dan kesemua tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit.
  • Gaulkan sebati hingga ia cukup lembut.
  • Tekan adunan doh itu secara memanjang ke atas loyang dengan acuannya.
  • Letakkan inti nenas tadi di atasnya dan cantumkan doh. Kemudian potong dan kemaskan tart di bahagian tepi.
  • Ulang langkah ini sehingga penuh loyang dan sapukan adunan sapuan telur tadi di atasnya.
  • Bakarkan selama 15 hingga 20 minit pada suhu 160°C dan sejukkannya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Print

Biskut Double Chocolate Chips

Macam famous amos cookies, biskut double chocolate chip ni memang rugi kalau anda tak cuba buat. Dijamin laku keras di hari raya tau!
Course Snek
Cuisine Melayu
Keyword Kek, Kuih, dan Pastri
Author Che Nom

Equipment

  • Oven
  • Mixer

Ingredients

  • 1 cawan mentega unsalted pada suhu bilik
  • 2 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 3/4 sudu kecil baking soda
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 3/4 cawan gula perang
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1 1/2 hingga 2 cawan chocolate chips sederhana manis
  • 1/2 cawan badam cincang yang dibakar sekejap

Instructions

  • Pre-heat oven pada suhu 170°C.
  • Ayakkan tepung gandum, serbuk koko dan baking soda. Kemudian tambahkan garam.
  • Putarkan mentega bersama gula kastor dan gula perang sehingga putih dalam bekas lain. Diikuti dengan sebiji demi sebiji telur sehingga adunan kembang.
  • Perlahankan kelajuan mixer anda dan masukkan campuran tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit hingga sebati.
  • Seterusnya, masukkkan chocolate chips dan badam cincang ke dalam adunan ini dan kacau biar sekata. Rehatkan doh sekejap.
  • Oles mentega nipis pada permukaan dulang dan lapikkan baking paper.
  • Dengan menggunakan scoop ais krim atau sudu, sudukan adunan doh tadi ke atas loyang secara berjarak untuk ruang ia kembang nanti.
  • Kemudian bakarkan selama 15 hingga 20 minit.
Print

Biskut Batang Buruk

Biskut batang buruk adalah biskut raya tradisional yang masih mempunyai peminat tersendiri sehingga kini. Rangup dan rapuh, sedapnya rasa biskut ini bila digigit.
Course Snek
Cuisine Melayu
Keyword Kek, Kuih, dan Pastri
Author Mariana Zainal

Equipment

  • Kuali
  • Sudip

Ingredients

  • 300 gram tepung gandum
  • 100 gram tepung kacang hijau
  • 150 gram tepung beras
  • 120 gram gula aising
  • 1/2 biji santan kelapa
  • 2 biji telur
  • Minyak masak secukupnya

Instructions

  • Didihkan santan dan sejukkannya.
  • Campurkan tepung kacang hijau bersama gula aising.
  • Kemudian, gaulkan tepung gandum dan tepung beras bersama santan yang telah dimasak tadi. Masukkan sekali juga telur dan uli sebati menjadi adunan.
  • Canai adunan ini dan potong pada saiz kira-kira 2x3cm. Gulungkannya dan biarkan bahagian di tengahnya berlubang.
  • Panaskan minyak dan goreng potongan adunan ini hingga garing.
  • Selepas anda toskan minyaknya, isi bahagian tengahnya dengan tepung kacang hijau yang dicampur dengan gula aising tadi.
  • Biskut batang buruk sedia untuk dinikmati!

 

Print

Biskut Cornflakes

Rangup dan sedap, bukan orang dewasa je, kanak-kanak pun suka sangat biskut cornflakes ni. Senang pula tu nak buat.
Course Snek
Cuisine Melayu
Keyword Kek, Kuih, dan Pastri
Author Mariana Zainal

Equipment

  • Oven
  • Mixer

Ingredients

  • 125 gram mentega
  • 125 gram tepung naik sendiri
  • 375 gram cornflakes diramas kasar
  • 90 gram gula kastor
  • 1 biji telur

Instructions

  • Pukul mentega dan gula sekata.
  • Kemudian, sambung pukul sehingga kembang dengan memasukkan telur.
  • Masukkan tepung ke dalam adunan ini dan gaul sebati.
  • Sudukan adunan ini kecil-kecil dan gaulkan ke dalam cornflakes yang separa hancur.
  • Susun di atas dulang dan bakar pada suhu 180°C selama 12 hingga 15 minit. Biskut akan berwarna kuning keemasan bila ia dah masak elok.
  • Sejukkan biskut sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.
Print

Biskut Sarang Semut

Sedapnya biskut ni... rapuh dan cair di mulut, biskut sarang semut memang antara biskut raya yang legend kan?
Course Snek
Cuisine Melayu
Keyword Kek, Kuih, dan Pastri
Author Mariana Zainal

Equipment

  • Oven
  • Mixer

Ingredients

  • 1 cawan mentega
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil pewarna kuning
  • Sedikit Esen vanila
  • Coklat urai atau manik

Instructions

  • Pukul mentega bersama gula hingga hancur dan adunan kembang. Masukkan pula telur dan esen vanila sedikit dan pukul sekejap sahaja.
  • Kemudian, masukkan susu tepung, tepung kastad dan pewarna kuning. Gaulkan sebati.
  • Diikuti dengan tepung naik sendiri dan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
  • Balutkan doh dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk sekejap dalam kira-kira 20 minit.
  • Teruskan dengan memarut doh ini ke dalam cawan kertas dan taburkan coklat urai di atasnya.
  • Panaskan oven dan bakar ia pada suhu 160°C selama 20 minit. Jangan lupa untuk tunggu ia sejuk sebelum simpan di dalam bekas ya.

 

Print

Biskut Cornflakes Madu

Antara biskut raya yang termudah untuk buat tapi laku keras adalah, biskut raya cornflakes madu! Jom buat?
Course Snek
Cuisine Melayu
Keyword Kek, Kuih, dan Pastri
Author Mariana Zainal

Equipment

  • Oven
  • Kuali
  • Sudip

Ingredients

  • 1 ketul mentega
  • 1 cawan gula perang
  • 10 sudu besar madu
  • 500 gram cornflakes

Instructions

  • Cairkan mentega dan gula perang di dalam kuali diikuti dengan madu hingga berbuih.
  • Tutup api dan masukkan cornflakes, salut dan gaulkan rata.
  • Kemudian sudukannya ke dalam cawan kertas dan bakar pada suhu 150°C selama 10 minit je.
  • Dah sejuk, terus simpan ke dalam bekas kedap udara.

 

Print

Almond Rocher

Biskut raya ni semakin dikenali ramai kan? Almond rocher ni bukan sahaja mudah untuk dibuat, tetapi rasanya tu memang akan buat anda nak dan nak lagi.
Course Snek
Cuisine Melayu
Keyword Kek, Kuih, dan Pastri
Author Mariana Zainal

Ingredients

  • 250 gram coklat susu compound
  • 50 gram pes kacang hazel
  • Badam jejari secukupnya dipanggang

Instructions

  • Cairkan coklat susu compound secara double boil.
  • Masukkan badam jejari yang telah dipanggang ke dalamnya dan gaul sebati.
  • Sudukan ke dalam cawan kertas dan sejukkan. Siap untuk dihidang!

 

Print

Biskut Florentine

Nipis dan rangup, dipenuhi dengan kekacang dan bijirin, siapa je yang tak suka biskut florentine kan?
Course Snek
Cuisine Melayu
Keyword Kek, Kuih, dan Pastri
Author Che Nom

Ingredients

  • 200 gram tepung florentine
  • 150 gram sliced almond
  • 100 gram kuaci hijau
  • 50 gram kuaci putih
  • 2 sudu besar bijan hitam

Instructions

  • Pre-heat oven pada suhu 160°C.
  • Bakar semua kacang sehingga rangup, dalam sekitar 5 minit.
  • Sejukkan dan gaulkan bersama tepung florentine dan bijan hitam.
  • Kemudian, lapikkan loyang dengan parchment paper dan tuangkan campuran tadi.
  • Bakarkan pada suhu 160°C untuk 10 minit dan potongkan kecil-kecil ketika masih panas. Kalau potong nanti dah sejuk, boleh patah tau.
  • Simpankan di dalam bekas kedap udara.

Kredit resepi: Che Nom

Begitu banyak resepi kuih dan biskut raya yang sedap, popular dan mudah dibuat. Jom cuba!