Ibu, Bayi & Kanak Kanak

7 Resepi Ketika Hamil untuk Mommy Kekal Sihat pada Trimester Ketiga

ketika hamil

Hai Mommy, perjalanan kehamilan Mommy dah masuk trimester ketiga, tahniah! Mommy mesti teruja untuk menyambut si kecil, tapi jangan lupa jaga pemakanan untuk kesihatan Mommy dan bayi ya. Jom cuba resepi-resepi ketika hamil yang mudah dan direka khas untuk keperluan Mommy ini.

Senarai Resepi Ketika Hamil yang Sihat Berkhasiat Ketika Trimester Ketiga

Print

Nasi Pucuk Campur

Taugeh memberikan rasa unik kepada hidangan ini, Mommy! Resepi ini kaya dengan nutrien dan mudah disediakan.
Course Menu Utama
Cuisine Asia
Keyword Ketika Hamil
Prep Time 15 minutes
Cook Time 45 minutes
Total Time 1 hour
Servings 2
Calories 800kcal

Ingredients

  • 1 cawan pucuk campur yang telah dimasak
  • 2 cawan nasi masak
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu kecil biji jintan manis
  • 1 biji bawang besar dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia parut
  • 1 secubit serbuk kunyit yang baru dikisar
  • 1 biji tomato dicincang
  • 1 biji capsicum dicincang
  • 1 sudu kecil daun ketumbar dihiris
  • garam secukup rasa

Instructions

  • Mommy panaskan minyak dalam kuali, tumis taugeh yang sudah direbus. Ketepikan sekejap.
  • Dalam kuali sama, Mommy masukkan biji jintan dan bawang, tumis sampai wangi.
  • Tambahkan pes halia, pes bawang putih, dan kunyit, gaul rata.
  • Masukkan tomato dan capsicum, tumis hingga empuk.
  • Campurkan nasi dan taugeh yang ditumis tadi. Gaul sebati, Mommy boleh tambah daun ketumbar untuk rasa lebih sedap. Hidang panas-panas untuk Mommy nikmati.

Notes

Taugeh perlu dimasak terlebih dahulu kerana tidak selamat untuk ibu hamil jika dimakan mentah.

Nutrition

Calories: 800kcal | Carbohydrates: 161g | Protein: 15g | Fat: 9g | Saturated Fat: 1g | Sodium: 20mg | Potassium: 610mg | Fiber: 6g | Sugar: 7g | Vitamin A: 2393IU | Vitamin C: 90mg | Calcium: 90mg | Iron: 3mg

 

Print

Nasi Tomato dengan Daun Halba

Vitamin C dari tomato sangat baik untuk Mommy dan bayi. Cuba menu nasi tomato ini dengan sentuhan daun halba.
Course Menu Utama
Cuisine Asia
Keyword Ketika Hamil
Prep Time 15 minutes
Cook Time 30 minutes
Total Time 45 minutes
Servings 2
Calories 534kcal

Ingredients

  • 1 biji tomato dicincang
  • 1 cawan nasi masak
  • 1 biji bawang besar dicincang halus
  • 1 sudu kecil pes bawang putih
  • 1 sudu kecil pes halia
  • 1 sudu kecil biji jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 cawan daun halba dihiris halus
  • 1 sudu besar minyak
  • 2-3 ulas
  • 2 buah buah pelaga
  • 1 daun salam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit yang baru dikisar
  • 1 biji cili hijau dihiris
  • 1/4 cawan kacang hijau
  • garam mengikut citarasa

Instructions

  • Mommy panaskan minyak, masukkan daun salam, buah pelaga, dan bunga cengkih. Biarkan wangi.
  • Masukkan bawang dan cili hijau, tumis sebati.
  • Tambahkan jintan, serbuk ketumbar, dan pes halia-bawang putih. Gaul rata.
  • Mommy masukkan tomato, secubit garam, serbuk kunyit, dan biarkan masak sebentar.
  • Akhir sekali, campurkan daun halba, kacang hijau, dan nasi. Gaul rata. Kalau nampak kering, Mommy boleh tambah sedikit air. Siap untuk dihidang!

Notes

Daun halba selamat dalam jumlah kecil tetapi boleh menyebabkan kelahiran dalam keadaan tertentu, sila rujuk pakar kesihatan sebelum Mommy mengambilnya.

Nutrition

Serving: 1g | Calories: 534kcal | Carbohydrates: 97g | Protein: 14g | Fat: 10g | Saturated Fat: 1g | Trans Fat: 1g | Sodium: 90mg | Potassium: 469mg | Fiber: 7g | Sugar: 6g | Vitamin A: 665IU | Vitamin C: 24mg | Calcium: 81mg | Iron: 5mg

 

Print

Nasi dengan Kuah Lentil dan Bayam

Mommy, jika hilang selera makan, menu ini tetap memberi tenaga dan nutrisi untuk anda dan bayi.
Course Menu Utama
Cuisine Asia
Keyword Ketika Hamil
Prep Time 10 minutes
Cook Time 30 minutes
Total Time 40 minutes
Servings 2
Calories 756kcal

Ingredients

  • 1 cawan beras dibasuh
  • ½ cawan bayam dicincang
  • 1 cawan lentil merah dicuci
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil pes cili hijau
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 biji tomato dicincang
  • 1 sudu kecil biji jintan manis
  • 1 sudu besar daun ketumbar dihiris
  • 1 daun salam
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 400 ml air

Instructions

  • Mommy tambahkan sedikit minyak dalam periuk tekanan.
  • Kemudian, dengan api sederhana, Mommy masukkan daun bay dan biji jintan manis.
  • Setelah itu, Mommy masukkan pula bawang besar dan tomato, sedikit serbuk kunyit dan secubit garam.
  • Tumis tomato dan bawang besar sehingga naik bau dan keperangan.
  • Selepas itu, Mommy tambah sedikit bayam dan masak selama 5-6 minit lagi.
  • Akhir sekali, Mommy masukkan beras dan kacang merah ke dalam periuk, dan 3 cawan air.
  • Tutup tudung dan biarkan nasi masak sepenuhnya. Boleh hidangkan panas-panas.

Nutrition

Serving: 1g | Calories: 756kcal | Carbohydrates: 136g | Protein: 31g | Fat: 9g | Saturated Fat: 1g | Trans Fat: 1g | Sodium: 33mg | Potassium: 1254mg | Fiber: 31g | Sugar: 6g | Vitamin A: 1278IU | Vitamin C: 19mg | Calcium: 118mg | Iron: 9mg

 

Print

Salmon Panggang dengan Kacang Ayam Berempah

Omega-3 dari salmon dan asid folik dari kacang ayam adalah kombinasi sempurna untuk Mommy!
Course Menu Utama
Cuisine Barat
Keyword Ketika Hamil
Prep Time 10 minutes
Cook Time 30 minutes
Total Time 40 minutes
Servings 2
Calories 486kcal

Ingredients

  • 300 g ikan salmon
  • 200 g kacang ayam rebus
  • 1 zucchini dicincang
  • 1 biji capsicum dicincang
  • 1 biji tomato dicincang
  • 1 lobak merah diparut
  • ½ cawan bayam dicincang
  • 3 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 biji bawang merah dicincang halus
  • daun kucai untuk hiasan
  • ½ sudu besar minyak

Instructions

  • Mula-mula, Mommy panaskan minyak dalam kuali, dan tumis semua sayur hingga naik bau. Ketepikan.
  • Seterusnya, Mommy perasakan salmon dengan sedikit jus lemon.
  • Panggang di atas loyang selama 15 minit pada suhu 180°C.
  • Setelah itu, Mommy masukkan pula kacang ayam yang telah direbus dan taburan serbuk jintan manis dan masak selama 5 minit.
  • Tuang sayur tumis pada bekas, dan letakkan salmon panggang di atasnya.
  • Perah sedikit jus lemon dan taburan daun ketumbar jika Mommy suka. Hidangkan panas-panas.

Nutrition

Serving: 1g | Calories: 486kcal | Carbohydrates: 44g | Protein: 42g | Fat: 17g | Saturated Fat: 2g | Trans Fat: 1g | Cholesterol: 83mg | Sodium: 117mg | Potassium: 1775mg | Fiber: 12g | Sugar: 14g | Vitamin A: 8471IU | Vitamin C: 117mg | Calcium: 126mg | Iron: 6mg

 

Print

Sup Kacang Hijau

Sup kacang hijau yang berkrim dan kaya folat ini sesuai untuk trimester Mommy.
Course Menu Utama, Pembuka Selera
Cuisine Barat
Keyword Ketika Hamil
Prep Time 15 minutes
Cook Time 20 minutes
Total Time 35 minutes
Servings 2
Calories 293kcal

Ingredients

  • 400 g kacang hijau
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 inci halia parut
  • 1 biji cili hijau dihiris
  • 2 sudu besar yogurt Greek
  • 2 cawan stok sayur atau stok ayam
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • garam secukup rasa
  • lada secukup rasa
  • 50 g daun pudina dicincang

Instructions

  • Mula-mula, blend kacang sehingga ia menjadi pes.
  • Kemudian, Mommy panaskan sedikit minyak dalam kuali
  • Tumis bawang besar, halia dan cili hijau selama 2-3 minit.
  • Kemudian, Mommy tuangkan pes kacang dan masak adunan selama 5 minit.
  • Setelah itu, masukkan stok dan kacau rata dan biar selama 10-15 minit hingga mendidih.
  • Mommy masukkan yogurt dan daun pudina ke dalam hidangan.
  • Taburkan garam dan lada sulah secukup rasa, dan masak sup mengikut kepekatan yang Mommy suka. Boleh hidangkan panas-panas.

Nutrition

Serving: 1g | Calories: 293kcal | Carbohydrates: 43g | Protein: 14g | Fat: 8g | Saturated Fat: 1g | Cholesterol: 1mg | Sodium: 1041mg | Potassium: 746mg | Fiber: 14g | Sugar: 17g | Vitamin A: 3094IU | Vitamin C: 95mg | Calcium: 141mg | Iron: 4mg

 

Print

Kari Semolina Sayur Kering

Semolina penuh dengan folat dan serat, sesuai untuk Mommy yang memerlukan khasiat tambahan.
Course Menu Utama
Cuisine Asia
Keyword Ketika Hamil
Prep Time 5 minutes
Cook Time 30 minutes
Total Time 35 minutes
Servings 2
Calories 491kcal

Ingredients

  • 200 g semolina
  • 1 biji tomato dicincang
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • ¼ cawan kacang hijau
  • ¼ cawan lobak merah dicincang
  • 1 sudu kecil halia parut
  • ¼ cawan capsicum dicincang
  • air mengikut keperluan
  • garam secukup rasa
  • 4-5 helai daun kari

Instructions

  • Mommy panaskan minyak dalam kuali yang sama, dan masukkan biji sawi serta daun kari.
  • Kemudian, Mommy masukkan pula bawang besar dan tomato dan masak selama 2-3 minit.
  • Seterusnya, masukkan secubit garam, cili hijau, halia parut, lobak merah, capsicum, dan kacang hijau, tumis hingga semua bahan menjadi empuk.
  • Masukkan semolina dan tuangkan secawan air, serta perasakan garam dan masak selama 15 minit. Hidangkan panas-panas.

Nutrition

Serving: 1g | Calories: 491kcal | Carbohydrates: 86g | Protein: 16g | Fat: 9g | Saturated Fat: 1g | Sodium: 19mg | Potassium: 562mg | Fiber: 8g | Sugar: 7g | Vitamin A: 3984IU | Vitamin C: 85mg | Calcium: 59mg | Iron: 5mg

 

Print

Telur Kacau dengan Tumis Bayam

Telur dan bayam merupakan gabungan sihat dalam hidangan yang lazat dan padat nutrisi untuk keperluan Mommy.
Course Menu Utama
Cuisine Barat
Keyword Ketika Hamil
Prep Time 10 minutes
Cook Time 20 minutes
Total Time 30 minutes
Servings 2
Calories 160kcal

Ingredients

  • 2 biji telur
  • 1 ½ cawan bayam dicincang
  • 1 sudu kecil mentega tanpa garam
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • ½ cawan cendawan mana-mana cendawan mesra kehamilan dihiris
  • 1 sudu besar daun ketumbar dihiris
  • 2 sudu besar bawang besar dicincang
  • 1 sudu kecil pes halia
  • 1 biji cili hijau dihiris
  • 1 biji tomato dicincang
  • garam secukup rasa
  • lada secukup rasa

Instructions

  • Kacau dan goreng telur. Ketepikan.
  • Mommy masukkan sesudu mentega pada kuali dan tumis bawang besar, cili dan tomato.
  • Kemudian masukkan bayam dan cendawan.
  • Perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa.
  • Tuang telur yang telah dimasak tadi dan goreng selama 15-20 minit.
  • Hidangan siap untuk dihidang.

Nutrition

Serving: 1g | Calories: 160kcal | Carbohydrates: 7g | Protein: 8g | Fat: 12g | Saturated Fat: 2g | Trans Fat: 1g | Cholesterol: 164mg | Sodium: 164mg | Potassium: 427mg | Fiber: 2g | Sugar: 4g | Vitamin A: 2878IU | Vitamin C: 19mg | Calcium: 59mg | Iron: 2mg

Trimester ketiga adalah tempoh yang mencabar dan penting bagi ibu mengandung. Perkongsian artikel kali ini telah mengetengahkan tujuh resepi yang kaya dengan nutrien untuk memenuhi keperluan pemakanan Mommy dan bayi.

Dari hidangan nasi seperti Nasi Pucuk Campur hingga makanan tinggi Omega-3 seperti Salmon Panggang, setiap resepi ini direka khas untuk memberikan tenaga, vitamin, dan mineral yang diperlukan sepanjang Mommy dalam fasa kehamilan.

Untuk makluman Mommy, pemakanan seimbang bukan sahaja membantu Mommy kekal sihat tetapi juga menyokong perkembangan bayi dengan baik.

Selepas bersalin, Mommy juga sangat digalakkan untuk meneruskan gaya pemakanan sihat, termasuk semasa fasa berpantang dan penyusuan, untuk mempercepatkan pemulihan badan.

Ingatlah, sentiasa rujuk pakar perubatan untuk panduan pemakanan yang terbaik yang menjamin kesihatan Mommy dan bayi.

Selamat mencuba resepi dan menikmati kesihatan yang terbaik, Mommy!

Jika Mommy dan Daddy inginkan lebih maklumat berkenaan dengan parenting atau penjagaan bayi, jangan risau.

Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!

Artikel telah diolah daripada Story Motherhood (English).


Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Dapatkan pelbagai tips penjagaan dalam pantang dengan rujuk panduan di SINI!