Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Nak Masak Apa Harini? 10 Resepi ‘All-time Favourite’ Wajib Ada Dalam Menu Iftar Tahun Ini

Kredit gambar: Facebook

“Stok bahan-bahan dan barang basah dah ada, tapi nak masak apa ni?” 

Kalau Mommy macam Min yang masuk hari ke-3 berpuasa dah rungsing nak masak menu apa untuk berbuka, senarai menu ini adalah yang terbaik untuk Mommy.

Selamat mencuba Mommy!

Print

Resepi Sotong Bakar Bersambal

Course Menu Utama
Cuisine Melayu
Keyword Keluarga

Ingredients

  • Sotong (saiz besar kalau dapat dengan telurnya sekali)
  • 15 tangkai lada kering (dikisar)
  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang kecil
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 1 batang serai
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit minyak masak

Instructions

  • Bersihkan sotong dan kelarkan bahagian badannya.
  • Untuk membuat sambal, kisar semua bahan (lada kering, cili merah, semua bawang, buah keras dan serai).
  • Selepas itu, masukkan sos tiram dan air asam jawa.
  • Kemudian, masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa dan akhir sekali masukkan sedikit minyak masak.
  • Adun semuanya hingga sebati untuk dijadikan sambal.
  • Ratakan sambal ke atas pemanggang dan letakkan sotong dan kemudian, tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
  • Masak lebih kurang 5-7 minit. Untuk keringkan air sotong, buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik-balikkan sotong) sehingga masak.
  • Kemudian, sedia untuk dihidang!

Notes

Kredit: Facebook Resepi Ummi
Print

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Course Menu Utama
Cuisine Melayu
Keyword Keluarga
Servings 6 orang

Ingredients

  • 1 kg daging salai
  • 15 biji belimbing buluh
  • 4 batang serai dititik
  • 1 mangkuk santan segar
  • 3 keping asam gelugor

Bahan-Bahan Kisar

  • 4 ulas bawang merah
  • Segenggam cili padi kampung (lebih pun boleh)
  • 1 inci belacan
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup

Instructions

  • Pertama sekali, masukkan semua bahan kisar dalam periuk.
  • Kemudian, masukkan daging salai dan reneh sebentar sambil kacau.
  • Tuangkan santan dalam periuk bersama serai dan asam keping. Pastikan sentiasa kacau.
  • Tambah garam dan serbuk perasa jika perlu.
  • Apabila mendidih, masukkan pula belimbing dan kacau rata.
  • Masak dengan api perlahan sehingga belimbing lembut.
  • Kemudian, sedia untuk dihidang.

Notes

Kredit: Facebook Resepi Umi
Print

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai

Course Menu Utama
Cuisine Melayu, Thailand
Keyword Keluarga

Ingredients

  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 biji bawang besar dihiris tebal
  • 4 sudu besar sambal
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos merah bawang
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
  • Garam
  • Gula
  • Secukup rasa
  • Serbuk perasa

Instructions

  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
  • Masukkan daging dan bila daging hampir garing, masukkan bawang besar dan semua jenis sos.
  • Masukkan bahan berbaki satu persatu kecuali air tepung jagung dan sayur.
  • Setelah mendidih, masukkan air tepung jagung, sayur dan air mengikut banyak kuah yang diingini kacau sebati.
  • Sedia untuk dihidang.

Notes

Kredit: Facebook Aisyah Humairah
Print

Resepi Ketam Masak Kam Heong

Course Menu Utama
Cuisine Cina
Keyword Keluarga

Ingredients

  • 6 ekor ketam, dicuci bersih dan dipotong 2 (gaul rata dgn serbuk kunyit, garam & sedikit tepung jagung)
  • 1 biji bawang merah besar (dipotong 2)
  • 4 ulas bawang putih (potong dadu)
  • 2 tangkai daun kari

Bahan Untuk Sos

  • 2 sudu besar serbuk kari ayam @ daging
  • 4 sudu besar cili sos
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1/2 cawan air
  • Serbuk maggi cukup rasa secukupnya
  • Sedikit tepung jagung dibancuh

Instructions

  • Mula-mula, goreng ketam dalam minyak panas, tetapi jangan lama-lama.
  • Goreng sehingga ketam bertukar warna sahaja kemudian angkat dan toskan minyak.
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari sehingga sedikit garing.
  • Masukkan serbuk kari.
  • Masukkan sos cili, sis tiram dan kicap manis.
  • Masukkan sedikit air.
  • Masukkan maggi cukup rasa secukupnya.
  • Masukkan ketam yg telah di goreng dan gaul rata.
  • Akhir sekali, masukkan sedikit air tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  • Siap untuk dihidang.

Notes

Kredit: Facebook Uwan Nolly Epin
Print

Resepi Sambal Tempoyak Daun Kayu

Course Menu Utama
Cuisine Melayu
Keyword Keluarga

Ingredients

  • Cili api
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Sedikit ikan bilis
  • Bawang kecil
  • Pucuk ubi
  • Daun kunyit dihiris halus
  • Ikan bilis digoreng garing
  • Petai
  • Santan pekat
  • Tempoyak
  • Asam keping

Instructions

  • Rebus pucuk ubi sampai empuk.
  • Dalam kuali, masukkan sedikit minyak & tumis bahan dikisar & bawang kecil yang dihiris.
  • Apabila bahan tumis sudah naik bau, masukkan tempoyak.
  • Tumis lagi smpi naik minyak sikit, masukkan santan pekat.
  • Masukkan asam keping, perasa maggi, garam & gula.
  • Apabila kuah mendidih, masukkan pucuk ubi, daun kunyit, ikan bilis & petai.
  • Siap, sedia untuk dihidang.

Notes

Kredit: Facebook Ina Abbas
Print

Resepi Sambal Terung Ikan Bilis

Course Menu Utama
Cuisine Melayu
Keyword Keluarga

Ingredients

  • 10 biji terung potong ikut suka digoreng
  • 150 gram ikan bilis digoreng garing

Bahan Untuk Dikisar

  • 10 biji cili besar campur merah hijau
  • 15 biji cili padi
  • Sedikit halia
  • 2 biji bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit perahan limau/lemon/air asam jawa

Instructions

  • Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar. Kemudian, kacau hingga naik minyak dan garing.
  • Masuk garam, gula dan serbuk perasa, serta perahan lemon atau asam jawa; sesuai dengan citarasa masing-masing.
  • Kalau nak kuah, masukkan sedikit air.
  • Masuk terung dan ikan bilis, kemudian kacau rata dan tutup api.
  • Siap dan sedia untuk dihidang.

Notes

Kredit: Facebook Azizah Daud

 

Print

Resepi Ikan Kembung Goreng Berlada Petai

Course Menu Utama
Cuisine Melayu
Keyword Keluarga

Ingredients

  • Ikan kembung
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili merah
  • Petai

Instructions

  • Gaulkan ikan bersama perahan limau purut, serbuk kunyit dan sedikit garam.
  • Goreng ikan sampai garing.
  • Kemudian, carikkan ikan dan asingkan tulang-tulang ikan.
  • Ambil bawang putih, bawang merah dan cili merah dan kisarkan.
  • Tumis bahan kisar sampai naik bau/garing.
  • Kemudian, masukkan serbuk perasa dan garam.
  • Akhir sekali, masukkan isi ikan dan petai, kacau dan sedia dihidang.

Notes

Kredit: Facebook Nurulain Shaari
Print

Resepi Tomyam Merah

Course Sup
Cuisine Thailand
Keyword Keluarga

Ingredients

  • Bawang merah
  • Serai
  • Bawang putih
  • minyak panas
  • 2 sudu cili kisar
  • 3 sudu pati tomyam
  • 1 sudu serbuk cili
  • 1 jug air
  • 1 batang ketumbar
  • 2 sudu air limau botol
  • 1 sudu gula
  • 1/2 sudu kiub ayam@ajinamoto
  • 1 sudu sos sotong
  • Daun limau purut
  • Udang, lala, sotong
  • Cendawan, tomato, lobak merah, bawang merah

Instructions

  • Tumis bawang merah, serai dan bawang putih dalam minyak panas.
  • Kemudian, masukkan cili kisar, pati tomyam, serbuk cili.
  • Tumiskan hingga pecah minyak dan masukkan 1 jug air.
  • Setalah mendidih, masukkan batang ketumbar, sedikit air limau dan gula.
  • Perisakan dengan kiub ayam/ajinamoto dan masukkan sos sotong.
  • Kemudian, masukkan daun limau purut, dan makanan laut kegemaran.
  • Selepas makanan laut masak, masukkan pula cendawan, tomato, lobak merah, dan bawang merah.
  • Tabur daun ketumbar dan siap untuk dihidang.

Notes

Kredit: Facebook Nor Erma Nazlin 

 

Print

Resepi Sambal Hijau Ikan Tenggiri

Course Menu Utama
Cuisine Melayu
Keyword Keluarga

Ingredients

Bahan-Bahan Untuk Dikisar Kasar

  • 2 keping ikan tenggiri
  • 15 biji cili api
  • 5 biji cili hijau
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu teh belacan

Bahan Tumis

  • 1 labu bawang besar (hiris kasar)
  • 2 biji cili hijau (hiris kasar)
  • 3 biji limau kasturi (perah ambil jusnya)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 cawan minyak masak

Instructions

  • Sapukan ikan tenggiri dengan garam dan kunyit.
  • Panaskan minyak masak di dalam kuali dan gorengkan ikan sehingga garing.
  • Asingkan separuh minyak tadi dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  • Masukkan ikan yang sudah digoreng, bawang besar, cili hijau. Kacau rata.
  • Padamkan api dan tuangkan jus limau kasturi. Kacau rata lagi.
  • Siap dan selamat menjamu selera.

Notes

Kredit: Yunie Signature originalperfumeby_yunez
Print

Resepi Udang Nestum

Course Menu Utama
Cuisine Cina
Keyword Keluarga

Ingredients

  • 10-15 ekor udang besar
  • 2 sudu besar butter
  • 8 tangkai cili padi
  • 1 tangkai daun kari
  • Nestum
  • 4 ulas bawang putih dicingcang
  • Maggi cukup rasa secukupnya
  • Minyak

Instructions

  • Gaul udang bersama garam dan sedikit serbuk lada hitam dan tepung jagung.
  • Panaskan sedikit minyak. Kemudian, goreng dan toskan udang.
  • Tambahkan butter dalam minyak goreng udang. Kemudian tumis bawang putih, cili padi & daun kari hingga naik bau.
  • Selapas itu, masukkan sedikit maggi cukup rasa dan nestum.
  • Apabila nestum sudah garing, masukkan udang.
  • Gaul bagi rata dan siap untuk dihidangkan.

Notes

Kredit: Facebook Uwan Nolly Epin