Ibu, Bayi & Kanak Kanak

25+ Aneka Resepi Sotong Yang Pasti Menaikkan Selera Mommy Dan Anak-Anak!

resepi sotong

Dengan hanya satu bahan utama, terdapat banyak resepi yang boleh dihasilkan dengan mudah, serta pantas! Dan untuk kali ini, jom lihat lebih 25 resepi sotong untuk anda!

Print

Resepi Sotong Rendam Masak Kicap (Sotong Kembang)

Prep Time 25 minutes
Cook Time 15 minutes

Ingredients

Bahan-bahan

  • 2 ekor sotong kembang / sotong rendam
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap sotong
  • 2 tangkai cili merah
  • 4 batang kacang panjang (dipotong serong)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk dan dihiris)

Instructions

Cara-cara

  • Potong sotong dan rebus seketika. Angkat sotong dan toskannya.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama cili kisar sehingga naik bau.
  • Masukkan bawang besar dan kacang panjang dan gaul rata.
  • Masukkan sos cili, kicap pekat, kicap manis, dan kicap sotong. Gaul rata.
  • Masukkan sotong dan kacau hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan cili potong.

 

Print

Resepi Singgang Sotong

Prep Time 15 minutes
Cook Time 21 minutes

Ingredients

  • 1 kg sotong (dibersihkan dan dipotong)
  • 5 ulas bawang merah (dihiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 5 keping asam keping
  • 4 batang serai (diketuk)
  • 3 biji tomato (dipotong empat)
  • 3 tangkai cili merah (dipotong serong)
  • garam secukup rasa

Instructions

  • Bersihkan sotong dan potong mengikut citarasa.
  • Masukkan sotong dalam periuk dan isikan air sehingga lebih sedikit sahaja paras sotong.
  • Kemudian, masukkan bahan hirisan dan juga serai dan asam keping.
  • Gaul seketika dan masukkan sayuran seperti tomato dan cili merah. 
  • Biarkan air rebusan mendidih dan perasakan dengan garam.
  • Kacau seketika sebelum dihidangkan.

 

Print

Resepi Sotong Masak Hitam Ala Mamak

Prep Time 15 minutes
Cook Time 15 minutes

Ingredients

  • 1/2 kg sotong (dibersihkan)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 helai daun pandang (potong pendek)
  • 3 sudu cili kisar
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 2 biji tomato (dihiris nipis)
  • kicap manis secukupnya
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 biji bawang besar (dipotong atau dikisar kasar)
  • garam dan gula

Bahan-bahan Rempah Tumis

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang

Bahan-bahan Tumbuk / Kisar Halus

  • 6 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 ketul kunyit hidup

Instructions

  • Bersihkan sotong dan toskan.
  • Panaskan minyak dan tumis serai, daun pandan, daun kari, dan bahan-bahan rempah tumis.
  • Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau sehingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan pula cili kisar, atau juga dikenali sebagai cili boh, dan masak seketika. 
  • Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, dan sotong.
  • Tuang kicap secukupnya, mengikut citarasa.
  • Masukkan bawang besar yang dikisar kasar, bersama dengan sos tiram.
  • Masak sehingga kuah pekat sebelum memasukkan garam dan gula mengikut citarasa.
Print

Resepi Sotong Masak Kicap

Resepi sotong masak kicap yang mudah dan tidak memerlukan banyak bahan ini sesuai dimasak untuk kanak-kanak dan seisi keluarga.
Course Menu Utama
Cuisine Melayu
Keyword Keluarga
Cook Time 35 minutes

Ingredients

Bahan-bahan

  • 500 gram sotong
  • 1 biji bawang besar Holland
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 helai daun limau purut
  • air asam jawa
  • garam
  • serbuk kunyit
  • serbuk perasa
  • kicap masin
  • gula

Instructions

Cara-Cara

  • Bersihkan sotong dan potong ikut citarasa.
  • Perap sotong dengan garam, serbuk kunyit, dan serbuk perasa secukupnya.
  • Panaskan minyak dan goreng sotong yang diperap tadi. Tutup kuali dan goreng sehingga air sotong keluar dan minyak terbit.
  • Kacau sekali-sekala supaya sotong tidak hangus.
  • Setelah air sotong kering, masukkan air asam jawa dan kacau.
  • Masukkan gula dan kicap masin mengikut citarasa dan kacau hingga sebati.
  • Masukkan hirisan cili, bawang, dan daun limau purut.
  • Masak sehingga cili dan bawang layu.

Video

Print

Resepi Kari Sotong

Kari Sotong Tanpa Santan Ala Nasi Kandar
Prep Time 20 minutes
Cook Time 20 minutes

Ingredients

Bahan-bahan

  • 500 gram sotong (dibersihkan dan dipotong)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu halba campur
  • 1 paket rempah kari ikan
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 tangkai cili merah atau hijau
  • 1 sudu cili kisar / cili boh / serbuk cili
  • sedikit air
  • garam dan gula secukupnya

Instructions

Cara-cara

  • Panaskan minyak dan tumis halba campur seketika.
  • Masukkan daun kari dan tumis sehingga naik bau. 
  • Kemudian masukkan bahan kisar bawang merah dan bawang putih dan tumis sehingga wangi.
  • Masukkan cili kisar, cili boh, atau serbuk cili dan kacau rata. 
  • Masukkan rempah kari ikan dan kacau sebati.
  • Tuang sedikit air dan tumis lagi sehingga pecah minyak. 
  • Setelah sudah pecah minyak, Mommy boleh perasakan dengan garam dan gula.
  • Masukkan pula air asam jawa dan kacau rata. 
  • Sesudah sahaja rempah sudah merenih, masukkan sotong yang telah dipotong dan dibersihkan tadi.
  • Tutup kuali sebentar untuk memasak sotong.
  • Setelah mendidih, masukkan hirisan cili merah dan masak seketika lagi.
Print

Resepi Sotong Masak Serai

Course Menu Utama
Cuisine Asia, Melayu
Keyword Keluarga
Total Time 25 minutes

Equipment

  • Kuali

Ingredients

  • 3 sudu besar minyak masak
  • 6 biji cili merah
  • 1 cm kunyit
  • 1 cm halia liar atau lengkuas
  • 1 biji bawang holland
  • 200 ml santan (½ untuk pes & ½ untuk masak)
  • 600 g sotong (bilas kemudian keringkan pada tuala kertas)
  • 2 tangkai serai
  • 3 helai daun limau purut
  • Garam untuk perasa

Instructions

  • Pertama sekali, sediakan bahan-bahan untuk membuat pes, kemudian tuangkan ke dalam pemproses makanan bersama ½ paket santan untuk sebati. Simpan 3 sudu besar pes untuk perap sotong.
  • Sediakan dan bersihkan sotong. Perap sotong dengan batang serai, daun limau purut dan pes.
  • Panaskan kuali dengan minyak masak, tuangkan pes yang telah dikisar, baki ½ daripada santan, garam dan masak sehingga cecair sejat dan minyak terapung di permukaan.
  • Akhir sekali, kacau sebati dan hidangkan bersama nasi yang panas.
Print

Resepi Sotong Bakar Ala Thai

Sedap sungguh gabungan sotong bakar dengan sos Thai yang rasa masam dan pedas! Lihat di sini untuk resepi sotong bakar Thai yang mudah ini.
Course Menu Utama
Cuisine Melayu, Thailand
Keyword Keluarga
Cook Time 40 minutes

Ingredients

Bahan Perap Sotong

  • 5 ekor sotong (dibersihkan)
  • 1 1/2 sudu jus lemon
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu madu
  • secubit garam

Bahan Sos Sotong

  • 5 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi
  • 1-2 tangkai cili merah
  • 3 sudu jus lemon
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • garam dan gula secukupnya

Instructions

  • Bersihkah sotong dan kelar sedikit bahagian badan sotong.
  • Perap sotong dengan bahan-bahan perapan, iaitu jus limau, sos tiram, madu, dan sedikit garam. 
  • Sementara sotong diperap, kisar bahan-bahan sos iaitu bawang putih, cili padi, cili merah, jus lemon, sos tiram, dan sos ikan. 
  • Perasakan sos dengan garam dan gula secukupnya, kemudian barulah masukkan daun ketumbar dan gaul rata. 
  • Bakar sotong yang telah diperap tadi hingga masak. 
  • Tuang sos ke atas sotong selepas sudah dibakar untuk dihidang. 
Print

Resepi Sotong Masak Sos Tiram

Prep Time 15 minutes
Cook Time 15 minutes

Ingredients

Bahan-bahan

  • 300 gram sotong (dipotong bulat)
  • 6 tangkai cili padi
  • 2 tangkai cili besar (dipotong serong)
  • 1 biji bawang besar (dipotong besar)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 keping asam gelugor
  • garam
  • minyak masak

Instructions

Cara-cara

  • Bersihkan sotong, potong, dan celur atau rebus seketika. Toskan.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih, serai, dan halia sehingga naik bau.
  • Masukkan sotong berserta kunyit dan kacau hingga sebati.
  • Masukkan asam gelugor, cili besar, dan cili padi dan gaulkan.
  • Masukkan sos tiram dan bawang besar dan masak sehingga bawang layu.
Print

Resepi Sotong Masak Merah

Prep Time 15 minutes
Cook Time 15 minutes

Ingredients

  • 500 gram sotong (dibersihkan dan dipotong)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 5 biji bawang merah (dihiris nipis)
  • 2 sudu cili kisar
  • 1 sudu sos cili
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 1 tangkai cili hijau (dipotong serong)
  • 1/4 sudu kecil pes asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa

Instructions

  • Panaskan kuali dan tumis bawang merah, bawang putih, dan serai sehingga wangi.
  • Masukkan cili kisar atau cili boh dan tumis sehingga pecah minyak. 
  • Masukkan sotong, diikuti dengan pes asam jawa dan sos cili. Kacau rata.
  • Setelah kuah merenih sedikit, perasakan dengan garam dan gula. 
  • Tambah sedikit air jika mahu kuah yang lebih cair. 
  • Msukkan bawang besar dan cili hijau yang telah dipotong tadi. 
Print

Resepi Kerabu Sotong ala Thai

Juadah kerabu sotong ini merangkumi dua bahagian, iaitu bahan-bahan sayuran dan sosnya. Mommy boleh masukkan apa-apa sayur kegemaran, tapi secara asasnya, kerabu mempunyai sayuran menyegarkan seperti timun dan tomato, sedikit suhun dan juga buahan mangga, serta dihiasi atau dinaikkan rasa dengan daun ketumbar dan daun bawang. Selain sotong, Mommy boleh tambah juga udang kalau suka. 
Prep Time 15 minutes
Cook Time 5 minutes

Ingredients

Bahan-bahan Untuk Kerabu

  • 4 ekor sotong (dibersihkan dan dipotong)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • sedikit suhun
  • 1/2 batang timun (dihiris nipis)
  • 3 biji tomato cherry (dipotong dua)
  • 1/3 batang lobak merak (dihiris nipis)
  • 1/6 biji lada benggala merah dan kuning (dihiris nipis)
  • 1 batang serai (dihiris nipis)
  • 1 tangkai daun ketumbar (dicincang kasar)
  • 1 tangkai daun bawang (dihiris)

Bahan-bahan Untuk Sos

  • 5 biji cili padi (dihiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 3 sudu sos ikan Thai
  • 1 sudu kicap cair
  • 1 sudu gula Melaka
  • 2 biji limau nipis (diambil jus)

Instructions

Cara-cara

  • Celur sotong dalam air rebus seketika dan toskan.
  • Rebus suhun sehingga lembut dan toskan.
  • Sediakan sos dengan mencampurkan sos ikan, kicap cair, jus limau nipis, gula melaka, bawang putih, dan cili padi dalam mangkuk kecil. Kacau hingga sebati.
  • Tuangkan sos kedalam bahan untuk kerabu.
  • Hiaskan dengan taburan daun ketumbar, daun bawang, serai, dan hirisan cili merah.
Print

Resepi Sambal Tumis Sotong Kering

Prep Time 12 hours 10 minutes
Cook Time 20 minutes

Ingredients

Bahan-bahan

  • 5 ekor sotong kering (direndam, dibersihkan, dan dipotong kecil)
  • 4 senduk cili kisar
  • 5 biji bawang besar (dikisar)
  • 1 labu bawang putih (dikisar)
  • 2 inci halia (dikisar)
  • 3 sudu gula
  • garam
  • asam keping

Instructions

Cara-cara

  • Kisar bawang besar, bawang putih, dan halia.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama cili kisar atau cili boh sehingga garing.
  • Masukkan gula dan kacau sehingga larut.
  • Masukkan sotong dan gaul rata sebelum memasukkan sedikit air.
  • Masak dengan api kecil sehingga sotong masak.
  • Perasakan dengan garam dan masukkan asam keping.
  • Biarkan sambal merenih seketika sebelum menutup api.
Print

Resepi Gulai Sotong (Kari Sotong)

Prep Time 20 minutes
Cook Time 20 minutes

Ingredients

Bahan-bahan

  • 8-10 ekor sotong (dibersihkan dan dipotong kepala)
  • 2 1/2 sudu serbuk rempah kari udang atau ikan (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 sudu serbuk cili
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 6 batang sayur bendi
  • 1 biji tomato (dibelah empat)
  • 3 sudu pati asam jawa
  • garam
  • gula
  • minyak masak

Bahan Kisar / Tumbuk Halus

  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan Tumis Rempah

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 tangkai daun kari

Instructions

Cara-cara

  • Panaskan minyak dan tumis rempah diikuti dengan bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
  • Masukkan rempah kari yang sudah dibancuh dengan air, dan juga serbuk cili dan kacau sehingga warna rempah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak.
  • Tambah sedikit air jika rempah nampak terlalu kering untuk mengelakkannya daripada menjadi hangus. 
  • Masukkan sotong dan pati asam jawa dan gaul seketika.
  • Masukkan santan cair dan masak sehingga kuah mendidih.
  • Setelah mendidih, masukkan santan pekat, bendi, dan tomato.
  • Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa. Masak sehingga mendidih.
Print

Resepi Ketupat Sotong Versi Terengganu

Prep Time 2 hours 15 minutes
Cook Time 30 minutes

Ingredients

Bahan-bahan

  • 18 ekor sotong sederhana (dibersihkan dan dipotong kepala)
  • 1 cawan beras pulut (dibersihkan dan direndam)
  • 2 kotak santan
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 inci halia (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang besar (dicincang atau dipotong dadu)
  • 1 sudu halba
  • garam
  • gula

Instructions

Cara-cara

  • Masukkan beras pulut kedalam sotong yang telah dipotong kepalanya dalam 1/3 hingga separuh panjang sotong.
  • Masukkan pula kepala sotong tadi ke dalam badannya dan tekan sedikit supaya padat.
  • Cucuk dengan lidi yang baru dan bersih untuk mengemaskannya.
  • Panaskan periuk dan masukkan santan kotak berserta air.
  • Masukkan pula batang serai, halia, dan bawang besar. 
  • Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa.
  • Masukkan halba dan gaul sehingga mendidih.
  • Masukkan sotong yang telah disumbat dengan beras pulut dan masak sehingga beras pulut masak.
Print

Resepi Sotong Telur Digoreng

Prep Time 15 minutes
Cook Time 15 minutes

Ingredients

Bahan-bahan

  • 10 ekor sotong saiz sederhana (dibersihkan dan dipotong bulat)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur (direbus dan dihancurkan)
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 tangkai cili padi
  • 3 tangkai daun kari
  • lada hitam
  • garam
  • minyak masak

Instructions

Cara-cara

  • Rebus dan hancurkan telur rebus mengikut citarasa.
  • Salut sotong dalam tepung gandum dengan sedikit garam.
  • Goreng sotong. Angkat dan toskan.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang, cili padi, dan daun kari sehingga naik bau.
  • Masukkan telur yang telah dihancurkan.
  • Perasakan dengan sedikit garam dan lada hitam.
  • Masukkan sotong goreng dan gaul rata.
Print

Resepi Sotong Kangkung

Prep Time 15 minutes
Cook Time 30 minutes

Ingredients

Bahan-bahan

  • 1 ekor sotong kembang (dibersihkan dan dipotong)
  • 1 cekak kangkung
  • 3 sudu sos merah (bahan-bahan dibawah)
  • 1 sudu petis (otak udang)
  • 1 sudu sos plum
  • 1 biji cili padi (dipotong)
  • 3 sudu kacang tanah (ditumbuk dan disangai)
  • 1 sudu bijan (disangai)

Bahan-bahan Sos Merah (dapat 1 cawan)

  • 4 sudu taucu (manis atau masin)
  • 8 sudu gula Melaka
  • 2 sudu minyak bijan
  • 1/2 sudu kecil cili boh
  • 1/2 sudu kecil pes asam jawa
  • 2 sudu kecil tepung jagung

Instructions

Cara-cara Membuat Sos Merah

  • Kisarkan bahan-bahan sos merah (kecuali tepung jagung) bersama sedikit air.
  • Renehkan bahan kisar dalam periuk sehingga cili boh masak.
  • Masukkan tepung jagung yang sudah dibancuhkan dengan air untuk memekatkannya.

Cara-cara Membuat Sotong Kangkung

  • Celur sotong dalam air mendidih seketika selepas dibersihkan dan dipotong.
  • Sementara sotong sedang dicelur, bersihkan dan potong kangkung.
  • Celur kangkung pula.
  • Sediakan sos dengan memasukkan petis dan sos plum dan gaul rata. Masukkan cili padi jika mahu pedas.
  • Susun kangkung dan sotong yang telah dicelur di atas pinggan untuk dihidang.
  • Tuangkan sos keatas sotong dan kangkung.
  • Taburkan kacang tanah dan bijan.
Print

Resepi Sotong Telur Masin

Prep Time 15 minutes
Cook Time 20 minutes

Ingredients

Bahan-bahan

  • 4 ekor sotong (dibersihkan dan dipotong bulat)
  • 5 sudu tepung gandum
  • 5 sudu tepung jagung
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 1 biji telur

Bahan-bahan Sos

  • 4 biji telur masin rebus (dikupas dan diambil bahagian kuning)
  • 3 ulas bawang putihg (dicincang halus)
  • 3 sudu mentega / marjerin
  • 3 tangkai cili padi
  • 3 tangkai daun kari
  • garam
  • gula

Instructions

Cara-cara

  • Sediakan adunan basah iaitu telur biasa, garam atau serbuk perasa, dan lada putih, dan juga adunan kering iaitu tepung gandum dan tepung jagung. 
  • Celupkan sotong dalam adunan telur tersebut kemudian dalam adunan tepung sehingga mensaluti semua bahagian sotong. 
  • Panaskan minyak dan goreng sotong sehingga berwarna keperang-perangan dalam tiga hingga empat minit. Angkat sotong dan toskan.
  • Untuk sos telur masin, lenyekkan kuning telur masin dengan sedikit air masak dan ketepikan dahulu.
  • Panaskan mentega atau marjerin dan tumis bawang putih, cili, dan daun kari sehingga wangi. 
  • Masukkan larutan telur masin dan kacau rata. 
  • Akhir sekali masukkan sotong yang telah digoreng tadi dan gaul rata sehingga sos menyelaputi sotong. 
Print

Resepi Sotong Phat Phet

Prep Time 20 minutes
Cook Time 20 minutes

Ingredients

Bahan-bahan

  • 500 gram sotong (dicuci dan dipotong)
  • 4 batang kacang panjang (dipotong serong)
  • 5 tangkai cili padi merah (dipotong)
  • 1 biji bawang merah (dipotong)
  • 1 batang serai (dihiris)
  • 4 helai daun limau purut (dibuang urat)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil belacan
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1/2 sudu kecil serbuk perasa
  • secubit serbuk kunyit

Bahan-bahan Kisar

  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili hijau
  • sedikit air

Instructions

Cara-cara

  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga kering dan pecah minyak sedikit.
  • Setelah kering, masukkan sotong yang telah dibersihkan dan dipotong.
  • Goreng sehingga sotong masak dan sedikit kering.
  • Masukkan lada hitam, serbuk kunyit, belacan, serbuk perasa, dan sos ikan. Gaul sebati dengan sotong.
  • Masukkan cili padi, serai, daun limau purut, bawang, dan kacang panjang. Kacau sehingga masak.
Print

Resepi Ketupat Sotong

Kalau teringing makan ketupat sotong, sebenarnya amat mudah untuk dibuat sendiri dirumah. Resepi istimewa yang popular di pantai timur.
Course Menu Utama
Cuisine Asia
Keyword Keluarga
Cook Time 30 minutes
Servings 4

Ingredients

Bahan-bahan

  • 300 gram beras pulut (cuci dan rendam 30 minit)
  • 9-10 ekor sotong bersaiz besar (bersihkan dan potong kepala)
  • 1 kotak santan
  • 1 ketul gula melaka (dipotong kecil)
  • 3 helai daun pandan
  • garam
  • gula

Instructions

Cara-cara

  • Cuci dan rendamkan beras pulut di dalam santan atau air.
  • Masukkan beras pulut ke dalam sotong sehingga separuh badan sotong.
  • Masukkan kepala sotong ke dalam badan dan padatkan.
  • Cucuk sotong dengan lidi untuk mengemaskannya.
  • Susun sotong ke dalam periuk bersama daun pandan.
  • Tuangkan santan dan perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
  • Masak sehingga pulut masak.
  • Masukkan gula melaka dan masak sehingga minyak pecah.
Print

Resepi Sotong Masak Asam

Prep Time 15 minutes
Cook Time 15 minutes

Ingredients

Bahan-bahan

  • 8 ekor sotong (dibersihkan dan dipotong)
  • 1 inci halia (dihiris halus)
  • 3 biji bawang merah (dihiris halus)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 1 biji bawang besar (dihiris besar dan tebal)
  • 1 tangkai cili merah (dipotong serong)
  • 1 sudu pes asam jawa (dibuat air asam jawa)
  • minyak masak
  • garam

Instructions

Cara-cara

  • Bersihkan dan sediakan bahan tumis, sotong, dan air asam.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, dan halia sehingga naik bau.
  • Masukkan sotong dan goreng sehingga hampir garing.
  • Tuang sedikit air asam jawa dan masukkan bawang besar dan cili merah.
  • Perasakan dengan garam.
  • Tambah air jika perlu dan kacau sehingga kuah mendidih.
Print

Resepi Sotong Butter

Prep Time 15 minutes
Cook Time 15 minutes

Ingredients

Bahan-Bahan Perap

  • 300 gram sotong (dipotong bulat)
  • 1 sudu tepung gandum
  • 2 sudu kecil serbuk kari
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu gula
  • 1 biji telur

Bahan-Bahan Sos

  • 2 sudu mentega
  • 3 tangkai cili padi (dihiris)
  • 1 pelepah daun kari
  • 230 ml susu cair
  • garam
  • minyak masak

Instructions

Cara-cara

  • Perap sotong dengan bahan-bahan perapan.
  • Panaskan minyak dan goreng sotong yang telah diperap. Ketepikan dahulu.
  • Panaskan minyak untuk menyediakan sos.
  • Masukkan mentega menggunakan api yang kecil dan biar cair.
  • Masukkan cili padi dan daun kari dan tumis sehingga naik bau.
  • Apabila sudah wangi, masukkan susu cair dan kacau sehingga menggelegak.
  • Masukkan sotong yang telah digoreng tadi dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
  • Tuang sedikit tepung gandum yang telah dibancuh dengan air kosong untuk mendapat sos yang pekat.
Print

Resepi Sambal Sotong

Walaupun kadang-kala memasak sambal rasa leceh, tapi kalau dibuat sendiri tentu berbaloi. Jom cuba resepi sambal sotong yang senang & menyelerakan.
Course Menu Utama
Cuisine Asia, Melayu
Keyword Keluarga
Cook Time 25 minutes

Ingredients

Bahan-bahan

  • 500 gram sotong (bersihkan dan potong bulat)
  • 1 biji bawang besar (dihiris atau dikisar)
  • 2 sudu cili boh atau cili kering dikisar
  • 2 sudu teh gula
  • air asam jawa
  • kicap manis
  • garam
  • minyak masak

Instructions

Cara-cara

  • Bersihkan sotong dan tumbuk atau kisar bawang besar dan bawang putih.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing.
  • Masukkan cili boh dan gaul rata.
  • Masukkan gula mengikut citarasa.
  • Masukkan air asam jawa dan kicap manis. Kacau sehingga mendidih.
  • Masukkan garam mengikut citarasa.
  • Masukkan sotong dan gaul sehingga mendidih sekali lagi.
Print

Resepi Sotong Tin

Prep Time 10 minutes
Cook Time 15 minutes

Ingredients

Bahan-bahan

  • 1 tin sotong tin
  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 1 ulas bawang putihg (dihiris atau dicincang)
  • 1 inci halia (dihiris halus)
  • 3 tangkai cili padi
  • 1/2 biji lobak merah
  • daun bawang (dipotong kecil)
  • sos tiram
  • kicap pekat manis
  • garam
  • minyak masak

Instructions

Cara-cara

  • Bersihkan dan potong atau hiris bahan-bahan tumis.
  • Keluarkan sotong dari tin dan buang sos atau airnya. Potong sotong mengikut citarasa.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga naik bau.
  • Masukkan cili api, lobak merah, dan sotong. Goreng seketika.
  • Masukkan sos tiram dan kicap pekat manis dan gaul hingga sebati.
  • Perasakan dengan garam jika perlu.
  • Masukkan daun bawang.
Print

Resepi Sotong Petai

Sambal tumis sotong dengan petai yang lazat
Prep Time 10 minutes
Cook Time 10 minutes

Ingredients

Bahan-bahan

  • 2 ekor sotong (saiz besar)
  • 1/2 biji bawang besar (ditumbuk/dikisar)
  • 5 biji bawang merah (ditumbuk/dikisar)
  • 3 ulas bawang putihg (ditumbuk/dikisar)
  • cili kisar/cili boh secukupnya
  • 1 mangkuk biji petai (buang kulit dan belah)
  • 1 asam keping
  • garam
  • gula

Instructions

Cara-cara

  • Bersihkan sotong dan tumbuk atau kisar bahan tumis.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang merah, dan bawang putih berserta cili boh sehingga garing.
  • Masukkan petai dan gula mengikut citarasa dan kacau.
  • Masukkan sotong dan kacau.
  • Masukkan asam keping dan garam mengikut citarasa.
Print

Resepi Sotong Paprik

Teringin makan di luar tapi takut ramai orang? Cuba resepi sotong paprik yang mudah ini ala hidangan paprik di restoran Thai!
Course Menu Utama
Cuisine Melayu, Thailand
Keyword Keluarga
Cook Time 30 minutes

Ingredients

Bahan-bahan Utama

  • 500 gram sotong (dipotong bulat)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk dan cincang)
  • 2 inci halia (potong mancis)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 3 sudu cili kisar/cili boh
  • 4 helai daun limau purut
  • 6 biji cili padi (dihiris atau tumbuk sehingga pecah)
  • sayuran-sayuran (kacang panjang / jagung kecil / lobak merah)
  • 2 sudu minyak masak

Bahan-bahan Sos

  • 1 sudu sos ikan
  • 1-2 sudu kicap pekat manis
  • 2 sudu sos tiram
  • 3 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos cili

Instructions

Cara-Cara

  • Bersihkan dan potong sotong, bahan tumis, dan sayur-sayuran.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, dan halia.
  • Masukkan serai dan cili kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.
  • Masukkan sotong dan kacau.
  • Masukkan daun limau purut, cili padi, dan sayur-sayuran pilihan.
  • Masukkan bahan sos dan kacau sehingga masak.
  • Tambah sedikit air jika terlalu kering.
Print

Resepi Sotong Masak Kicap

Resepi sotong masak kicap yang mudah dan tidak memerlukan banyak bahan ini sesuai dimasak untuk kanak-kanak dan seisi keluarga.
Course Menu Utama
Cuisine Melayu
Keyword Keluarga
Cook Time 35 minutes

Ingredients

Bahan-bahan

  • 500 gram sotong
  • 1 biji bawang besar Holland
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 helai daun limau purut
  • air asam jawa
  • garam
  • serbuk kunyit
  • serbuk perasa
  • kicap masin
  • gula

Instructions

Cara-Cara

  • Bersihkan sotong dan potong ikut citarasa.
  • Perap sotong dengan garam, serbuk kunyit, dan serbuk perasa secukupnya.
  • Panaskan minyak dan goreng sotong yang diperap tadi. Tutup kuali dan goreng sehingga air sotong keluar dan minyak terbit.
  • Kacau sekali-sekala supaya sotong tidak hangus.
  • Setelah air sotong kering, masukkan air asam jawa dan kacau.
  • Masukkan gula dan kicap masin mengikut citarasa dan kacau hingga sebati.
  • Masukkan hirisan cili, bawang, dan daun limau purut.
  • Masak sehingga cili dan bawang layu.

Video

Print

Resepi Sotong Goreng Kunyit

Prep Time 15 minutes
Cook Time 10 minutes

Ingredients

  • 500 gram sotong
  • 2 sudu serbuk kunyit
  • 10 batang kacang buncis
  • 1/2 batang lobak merah
  • 4 sudu minyak masak
  • 1 biji bawang besar (optional)
  • 2 biji cili merah (optional)
  • garam
  • 1 sudu sos tiram
  • 5 helai daun limau purut dibuang urat

Instructions

  • Basuh sotong sehingga bersih dan buang dakwat, mata, dan mulut sotong.
  • Potong sotong ikut citarasa dan perap dengan garam dan serbuk kunyit.
  • Bersihkan kacang buncis dan lobak merah dan potong mengikut citarasa.
  • Hiris bawang besar dan cili merah.
  • Panaskan minyak masak dan tumis bawang dan cili sehingga naik bau.
  • Besarkan api dan masukkan sotong yang telah diperap, lobak merah, dan kacang buncis.
  • Kacau rata dan masukkan sos tiram dan daun limau purut jika menggunakan bahan-bahan tersebut.
Print

Resepi Sotong Masak Lemak

Sotong masak lemak cili api mudah dan lazat
Prep Time 20 minutes
Cook Time 20 minutes

Ingredients

Bahan Tumbuk

  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 25 biji cili kampung (hijau)
  • 1 inci kunyit hidup

Bahan Lain

  • 500 gram sotong cumit
  • 3 cawan santan
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 4 batang kacang panjang (dipotong)
  • 1 keping asam gelugor
  • garam / gula / perasa pilihan

Instructions

  • Bersihkan sotong dan potong mengikut citarasa.
  • Tumbuk atau kisar bahan-bahan kisaran di dalam blender.
  • Masukkan santan, serai, dan bahan tumbuk ke dalam periuk dengan api sederhana.
  • Setelah kuah santan mula mendidih, masukkan asam keping dan kacang panjang dan kacau.
  • Selepas kacang panjang telah berubah warna, masukkan sotong yang telah dibersihkan dan dipotong.
  • Kacau semula sehingga kuah mendidih sekali lagi.
  • Masukkan garam, gula, dan serbuk perasa pilihan.
  • Kacau sedikit lagi sebelum memadamkan api.
Print

Resepi Sotong Goreng Tepung

Resepi mudah sotong bersalut tepung digoreng
Cuisine Asia
Prep Time 15 minutes
Cook Time 10 minutes
Total Time 25 minutes

Ingredients

  • 600 gram sotong (saiz sederhana)
  • 2 sudu besar cuka epal
  • 1 biji kecil bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 1/4 sudu teh lada sulah
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 2 biji telur

Instructions

  • Bersih dan potongkan sotong. Tambahkan cuka epal.
  • Gaulkan sotong dengan bawang putih, garam, kunyit, lada hitam, dan lada sulah. Letak tepi.
  • Dalam bekas lain, pukul telur hingga sebati.
  • Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
  • Buat adunan tepung dengan mencampurkan tepung gandum dan tepung jagung.
  • Untuk menggoreng, ambil sotong yang telah diperap, cicah ke dalam bekas telur, kemudian masukkan dalam bekas tepung untuk salutkan.
  • Masukkan sotong dalam minyak yang sudah panas dan goreng sehingga keperang-perangan.
  • Keluarkan sotong berserta kerak dan toskan di atas tisu dapur.
  • Goreng selebih sotong sehingga habis.
Print

Resepi Sotong Sumbat

Resepi sotong disumbat dengan inti telur senang
Prep Time 20 minutes
Cook Time 10 minutes

Ingredients

  • 20 ekor sotong (saiz sederhana)

Bahan-Bahan Inti

  • 3 biji telur
  • 1/3 batang lobak merah dicincang halus
  • 1 biji bawang besar dicincang halus
  • 2 ulas bawang putihg dicincang halus
  • sedikit isi udang dicincang halus
  • sedikit daun sup dicincang halus
  • sedikit daun bawang dicincang halus
  • 1/2 biji cili merah dicincang halus
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu besar minyak masak

Bahan-Bahan Sos/Sambal

  • 10 sudu besar cili kisar/cili boh
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sedikit air asam
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat-bulat)
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh gula
  • 1/4 sudu teh lada sulah
  • 2 sudu besar minyak masak

Instructions

  • Campurkan semua bahan-bahan inti dan goreng sehingga telur hancur. Ketepikan.
  • Bersihkan dan potong kepala sotong.
  • Sediakan bahan-bahan untuk membuat sos/sambal dan panaskan minyak.
  • Sumbat inti telur ke dalam sotong yang telah dipotong. Tutup semula dengan kepala sotong dan cucuk dengan lidi pendek atau pencungkil gigi bersih.
  • Tumis cili kisar/cili boh sehingga garing dan pecah minyak.
  • Masukkan sos cili, sos tiram, gula, garam, dan asam jawa secukup rasa.
  • Masukkan sotong yang telah disumbat dan masak sehingga sambal mendidih.
  • Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat-bulat.

Untuk pelbagai resepi lain, Mommy boleh lihat di sini.